Monday, March 15, 2021

TAHNIAH ABAH

 Assalamualaikum semua,

Hari ini  aku nak cerita pasal abah aku, alhamdulillah minggu lepas abah di lantik jadi Ketua Kampung Parit Kahar dan kampung sekitar di Kawasan 9. Sebenarnya dari akhir tahun lepas abah dah di calonkan dan sudah pergi temuduga. Tahun lepas 9 Julai 2020, genap 60 tahun usia abah dan telah bersara paksa. Oh ya, abah aku cuma kerja sebagai tukang kebun sekolah atau pembantu am rendah di sekolah kampung kami semasa dia berpencen. 

Sambutan hari bersara abah, memang meriah siap ada persembahan kugiran dari kawan-kawan sekampung. Dia punya meriah macam guru besar hehehhe. Sebenarnya kami ingat lepas bersara mungkin abah akan rehat atau kerjakan kebun nya di kampung tapi rupanya mak kata abah sibuk ikut kerja kontrak buat rumah di kampung. Bila dia di lantik jadi ketua kampung, sebenarnya kami risau yelah tanggungjawab dan amanah memegang jawatan itu besar. Moga abah dapat jalankan tugas dengan baik dan semua AJK akan membantu, sebab abah ni jenis cepat buat kerja tak suka duduk melepak berborak kosong. 

Abah seorang yang sangat menepati masa, garang, tegas , ringan tulang dan macam-macam lagi. Dalam adik beradik abah yang 14 orang, abah anak nombor 9 tetapi kalau berbincang selalu abah jadi ketua atau orang yang di minta nasihat. Mungkin sebab perangai abah semua abang dan kakak abah hormat pada dia. Dulu masa kami kecil nak bergurau dengan abah memang tak berani tapi bila kami dah semakin dewasa, ada cucu dia pun semakin berlembut sikit. Itu lah sedikit sebanyak perangai abah aku. 

Abah berdiri 4 dari kanan ye
Sambutan di hari bersara abah tahun lepas

Abah memang suka pakai baju batik kalau ada majlis rasmi atau ke kenduri kahwin 
Masa abah buat ucapan, nangis abah ... masa ni ramai yang ingat abah guru besar bila aku kongsi gambar ini tahun lepas


Petang tu adik-adik aku yang seronok buat unboxing hadiah bersama abah... selipar jepun tu bukan hadiah ye hehehe

22 comments:

  1. nanti boleh la raya rumah tok ketua. biasa rumah ketua kampung dapat duit raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha buleh2, tok ketua rajin buat dodol time raya tau

      Delete
  2. Alhamdulillah.. Tahniah buat abah Dana..

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam
    Tahniah Wak Miswan
    Wak macam pernah jumpalah orang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah kadang merata perginya.,simpang renggam atau kampung sekitar kadang ada jemputan apa semua wak

      Delete
    2. camne wak tahu nama abah dana? sebab dana jarang mention

      Delete
  4. Tahniah abah sis Dana. Semoga success sebagai Tok ketua.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..semoga Abah mampu jalankan tanggungjawab yang besar..amin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tahniah abah dana

    ReplyDelete
  7. Tahniah jadi ketua kampung. Orang rajin bekerja selalu sedih kena pencen. Mak akak macam itu juga masa pencen 60 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia dh biasa kerja dari muda, tak reti nak duduk saja

      Delete
  8. alhamdulillah..tahniah abah akak..moga semua yang lain membantu sepanjang abah pegang jawatan..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Tahniah Abah kak dana :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Tahniah abah Kak Dana. Semoga diberikan kesihatan yang baik dalam menjalankan tugas baru :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...