Thursday, March 11, 2021

PHOTO DIARY #10/2021

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku cuti rehat, si Aiyan ni selsema badan dedor mana lepas nak hantar sekolah dan taska. Sudahnya dengan mamanya la kene cuti rehat. 

Bekalan kurma untuk bulan puasa nanti, ada kawan pejabat jual

Percubaan buat roti sarang lebah

Siap dah, nasib sos butterscoth jadi cuma agak manis

Ahad ke gerai adik ni beli mangga, elok semua mangga nya 3kg RM10

Dia jual air mangga, sedap pekat lekat memang takde kordial mangga yang di kisar manis pun dari mangga sebab mabis buah ja

Aku duduk kat bangku, rasa ada orang tarik kain... budak ini punya kerja, kaki sekodeng

Sebelah kiri tu cincin kahwin pakai di jari kanan , sampai sekarang masih muat tak tau kenapa jari aku je maintain kurus tapi badan naik je hahahah


Berat gila, nak alih pun susah ingatkan Edy beli apa. Rupanya dia beli pasir kucing kat shopee 

Dua singgit dua singgit, tidur pum berjemaah 4 beradik ni
Ada duit lebih sikit belikan bread maker kecil untuk family kat kampung

Belikan kurma untuk family kat kampung, kurma ajwa dan safawi

Maktek belikan tauhu bergedil... kirim duit je orang hantar... 

 Walaupun kami tak boleh balik kampung, tapi kami akan boleh je belikan macam-macam dari jauh, guna shopee pun mudah. 

Semalam petang, balik dari kerja di transit tak tido tapi dalam kereta boleh lena... masa ni hidung dia dah srit sret srot sret

22 comments:

  1. hai dana!! lama kakmim x jenguk dana... anak dh sihat ke?

    ReplyDelete
  2. pernah jugak belikan pasir kucing untuk abah kat kampung. budak kurier tu siap tanya...beli beras kat shopee ke pakcik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh beras pulak katanya ya.. yelah rasa-rasa lebih kurang kan

      Delete
  3. tauhu bergedil dan air mangga tu sedap betul :D

    ReplyDelete
  4. Untungnya jari tidak kembang, boleh terus pakai cincin.
    Berapa kilo pasir kucing itu?

    ReplyDelete
  5. cantiknya cincin kahwin. simple jak ni

    ReplyDelete
  6. Kalau la dekat akak pun nl oder roti kt dana jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh itulah kak jauh bebeno, akak takpe chef boleh masak macam2

      Delete
  7. Mudah2an aiyan cepat sembuhnya
    Comel aje si putih tu

    ReplyDelete
  8. Sedap minum air mangga musim panas ni. Syukur saya pun masih muat lagi pakai cincin tunang/kahwin. betul kak, senang shopping shopee hantar kat kampung. Lena Aiyan tidur tu.

    ReplyDelete
  9. alahai sian AYYAN...harap dia makin okey la...anak kalau selsema ke nak demam ke mmg kita risau lebih kan

    ReplyDelete
  10. roti sarang lebah tu.... sedap niii

    ReplyDelete
  11. Kalau jari Ai, minggu ni cincin longgar minggu depan belum tentu masih longgar. Pantas dia mengembang.

    ReplyDelete
  12. Teringin nak rasa roti kak dana tu heheee ^_^

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...