Monday, November 22, 2021

MAIN MASAK-MASAK DENGAN ADIK-ADIK

 Assalamualikum semua,

Plan nak balik kampung memang sebulan sebelum tu pikir dan rancang dengan maktek (adik no 3). Aku teringin main masak-masak beroden atau steamboat dan grill dengan adik beradik. Jadi 2minggu sebelum balik kampung aku dah pesan di shopee 2 in 1 Electric Hot Pot BBQ Pan Grill, ambil yang saiz sedang. 

Sabtu malam 13hb kami buat masak-masak ni, masa tu Edy dan adik ipar dah sampai. Seronok betul rasa malam tu, main masak-masak borak riuhla . Lepas ini memang kalau balik kampung akan ulang lagi, abah dengan emak tukang makan je. Perap udang, ayam , sosej yang lain bebola, cendawan dan sayur kangkung je. Aku buat sos thai ala kharulaming tu. 

Nasib ada meja ala-ala jepun ni... semua duduk bersila

Ayam kami bakar dekat oven

bakar udang dan sosej je dekat sini

bau dia semerbak harum



masa baru sampai di kampung... 

nasibla kira ok sedang elok je saiznya

24 comments:

  1. syok tu beroden dan grill dgn adik2..yum2

    ReplyDelete
  2. Boleh buat lagi aktiviti begini. Masak-masak sambil borak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kene balik kampung lagi la kalau gitu hehehhe

      Delete
  3. Seronoknya dapat berkumpul reramai sambil makan2

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kalau main masak-masak kat rumah sendiri tak best kene ada ahli reramai baru meriah

      Delete
  5. seronokkan makan ramai-ramai gini.
    haritu balik seremban bulan 9 pun ammi buat stimbot gak. family ammi kecil jadi nak taknak sorang kenelah pikir mcm mana cara nak berkumpul sekali sekala

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah lama tak kumpul, bila ada peluang memang tak sia-sia kan lah peluang.. memacam nak buat

      Delete
  6. Bestnya makan macam ni ramai- ramai...nak beli gak la...

    ReplyDelete
  7. Bestkan? Tapi keluarga saya besar. Balik kampung kalau berkumpul lebih 20 org, steamboat bawah pokok dpn rumah je huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lagi best buat steamboat bawah pokok... lagi meriah bila ahli keluarga ramai

      Delete
  8. wah.. meriahnya. Paling seronok bila dapat berkumpul ramai2 macam ni

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dapat menjamu selera bersama keluarga. Hidangannya pun sedap semuanya tu Dana.

    ReplyDelete
  10. Best ni makan ramai ramai ala steamboat. Ada periuknya makan makan kat rumah lagi syok kan.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam ni..

    ReplyDelete
  12. ari tu, berkumpul adik beradik, bbq dan oden jugak tau, dana.
    seronok kan :)
    makan ramai2, rebut2. seronok abis lah!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...