Tuesday, April 20, 2021

KEDAI BAKER'S COTTAGE

 Assalamualaikum semua,

Semalam lepas ambil Aiyan dari sekolah, tanya dia nak berbuka apa? Katanya nak makan nasi ayam dan nasi pelangi (nasi hujan panas yang aku masak pada ahad). Bila suruh pilih salah satu, dia kata nak nasi ayam la. Kat rumah pulak takde ayam seekor, ada la ayam 4 ketul. Jadi aku suruh Edy beli ayam bakar pastu aku masak nasi ayam dan buat sup. 

Teringat adik cody pernah sebut nama kedai jual ayam bakar di Taman Melawati, Baker` Cottage namanya. Petang tu balik dari kerja Edy beli ayam, pastu kedai tu ada juga jual roti dan pastri jadi kirim jugak la beberapa. Harga ayam tu memang kira murah sebab kedai baru buka jadi ada promosi hingga Jun. Kedai ini ada sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, negeri lain macam tak de lagi ( silap aku, kedai ini juga ada di negeri Johor, Melaka, Penang, Perak, N Sembilan dan Pahang.)


antara yang nak dicuba

Edy dan Aiyan kata sedap juga 

Mushroom chicken pie, kalau makan panas-panas mesti lagi sedap

Donat untuk Aiyan... 

Muffin coklat, yang ini tak cuba makan lagi...

Ayam lada hitam, ayam panggang biasa dah habis

Ayam nya agak pedas tapi sesuai makan dengan nasi ayam dan sup 

inti pie nya kira banyak dan sedap juga

ambil dari blog Baker`s ini kedai yang di Taman Melawati

Ada juga kek, ini nanti nak cuba jugak lah

40 comments:

  1. Akak selalu kalau ke sana memang beli ayam panggang jer. Heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah berbaloi ye kak, kalu takde promo pun rm16 seekor kira murah la jugak

      Delete
  2. Akak pun selalu pergi Baker's Cottage, beli ayam panggang. Muffin dan tart telor dia sedap. Cake belum cuba. Ada cawangan dia di Sitiawan, Perak, Dana. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhhh dana jelah yang jakun tak tahu ingat area kl n selangor je kak... hehehhe itulah sebab yang di taman melawati tu baru bukak... itu baru kenal

      Delete
  3. portugis egg tart..sedapnya la dana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah memang menggoda, lagila bila panaskan semula ranggup

      Delete
  4. SS suka pie...
    haiiihh,.... lambatnya waktu berbuka. ehhehe

    ReplyDelete
  5. Mushroom chicken pie tu nampak sedap sangat!

    ReplyDelete
  6. Sedap ayam Baker's Cottage ini.. Kat Tanjung Malim ada satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. merata negeri ada rupanya ye kak, dana je tak tau

      Delete
  7. macam mana ni terbaca time tghari, telan air liur tengok roti ty

    ReplyDelete
  8. mcm menarik pastry tu..biasa beli ayam je kt bakers cottage

    ReplyDelete
  9. Lain maciamm terbaca entri ni pukul 4.10 petang, nak nak pie tu, favoriteeeee!

    ReplyDelete
  10. Aduii tertengok gambar2 kek yg dok tersusun tu pulak..

    ReplyDelete
  11. liez tak sempat lg nak ke sana.. mcm menarik je ayam panggang dia.. murah lagi.

    ReplyDelete
  12. Baker's Cottage ada juga di Melaka. Banyak juga beli.
    Belum cuba pai.

    ReplyDelete
  13. Memang selalu beli kek Bakers Cottage, sedap especially cake aiskrim dia..suka ayam panggang dia..murah dan sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek dana tak pernah beli lagi, nanti nak cuba jugak

      Delete
  14. Selalu juga beli ayam panggang baker's cottage. Beli masa promo memang berbaloi. Pastry lain semua sedap sedap. Tapi itulah, sos ayam bakar dia tak berapa nak ngam. huhu

    ReplyDelete
  15. Poker online dengan presentase menang yang besar
    ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  16. nampak sedap semua tu kak. harga kek ok sangat tu tak mahal.

    ReplyDelete
  17. sedap belaka kak dana..shida suke juga!

    ReplyDelete
  18. Bakers Cottage selalu buat promosi, macau egg tart tu kalau beli 4 lagi murah, serupa juga dgn muffin boleh campur,beli 3 lagi murah.roti2nya pun sedap.kalau raya selalu beli dia punya swiss roll, buat trifle

    ReplyDelete
  19. Ayam panggang and tart telur dia sedap sangat. recommended!
    bengkel kereta
    minyak hitam
    servis kereta
    mekanik

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...