Saturday, March 14, 2020

19 HOTEL DI KUALA LUMPUR TERBAIK! MURAH DAN DEKAT BANYAK TEMPAT MENARIK

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Hujung minggu ini cuti sekolah dah bermula. Selalunya cuti sekolah memang kita akan bercuti ke mana-mana. Tapi sekarang kita perlu lebih berhati-hati dek penangan covid19, jadi berjalan di hotel area kuala lumpur pun menarik jugak. Cumanya semua langkah penjagaan untuk mengelak jangkitan covid19 perlu di lakukan. Jom kita jenguk hotel-hotel sekitar kuala lumpur yang dekat tempat menarik di SINI

Pilihan Hotel di Kuala Lumpur untuk percutian menarik.

Hotel viral di Kuala Lumpur.

1. Tamu Hotel & Suites

Tamu Hotel & Suites
Kelebihan Hotel Tamu & Suites
  1. Kita boleh menikmati pemandangan KLCC yang indah dari bilik hotel milik muslim ini.
  2. Biliknya bersih, selesa & terhias indah. Saiznya luas pula tu. 
  3. Sangat disyorkan untuk ambil sarapan & makanan malam semasa booking bilik hotel, kerana pilihan yang sangat banyak lagi enak.
  4. Kolam renang infiniti di hotel ini berhadapan dengan KLCC, memang puas hati mandi manda sambil menikmati pemandangan bandaraya metropolitan. Tak pasti pula kalau hotel ini  sama dengan Hotel Grand Bluewave di Shah Alam yang mempunyai tingkat khas untuk wanita. Kalau ada lagi bagus kan.
Ulasan mengenai Hotel Tamu di internet
  • 4.4/5.0 berdasarkan 1,760 ulasan dari Google reviews
  • 4/5 berdasarkan 59 ulasan dari TripAdvisor
  • 8.8/10 berdasarkan 909 ulasan dari Agoda
  • 8.4/10 berdasarkan 119 ulasan dari Hotels.com
  • 4.2/5 berdasarkan 119 ulasan dari Expedia.com.my
  • 8.7/10 berdasarkan 700 ulasan dari Booking
Alamat: 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Harga: RM265 / malam


Hotel di Kuala Lumpur dengan pemandangan malam KLCC terbaik.

2. Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

hotel mandarin oriental kuala lumpur

Kelebihan Hotel Mandarin Oriental
  1. Sesiapa yang kerap duduk hotel di KL, pasti dah tahu hotel 5 bintang ini antara yang terbaik di bandar metropolitan.
  2. Hotel ini terletak berhampiran menara berkembar Petronas, sebab itu pilih bilik hotel yang dengan pemandangan menara ini. Mesti tak menyesal sebab lawa benar view dimalam hari.
  3. Walaupun hotel ini sudah agak lama, tetapi hiasan dalaman hotel ini pasti mempesonakan setiap mata yang menatapnya, bilik hotelnya pula besar, bersih & selesa.
  4. Lokasinya yang berada di pusat bandar, memudahkan kita untuk bersiar siar di pusat beli belah & menjamu selera di pelbagai restoran yang sedap. 
  5. Kalau tak rajin nak keluar, hotel ini sendiri mempunyai 5 restoran dengan pelbagai tema.
Ulasan tetamu Mandarin Oriental di internet
  • 4.6/5.0 dari 4,668 ulasan pengguna di Google reviews
  • 9.2/10 dari 520 ulasan pengguna di Agoda
  • 4.5/5 dari 6,491 ulasan pengguna di TripAdvisor
  • 9.4/10 dari 873 ulasan pengguna di Hotels.com
  • 4.7/5 dari 1,657 ulasan pengguna di Expedia.com.my
  • 9.4/10 · 3,215 ulasan pengguna di Booking.com
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Harga: RM660 / malam

Mesti baca: 10 Tempat menarik di Kuala Lumpur yang pasti disukai anak anak. Pilihan ibubapa bijak.


Hotel di Chow Kit Kuala Lumpur.

3. Hilton Garden Inn Kuala Lumpur

Hilton Garden Inn Kuala Lumpur
Kelebihan Hilton Hotel Garden Inn
  1. Hotel yang bersih dan berada berhampiran banyak tempat tarikan pelancong. Terutama sekali Jalan Chow Kit. Boleh naik Grab ataupun memandu sendiri untuk ke lokasi ini dalam beberapa minit saja dari hotel. 
  2. Nikmati pemandangan indah dari bumbung hotel.
  3. Biliknya pun kemas & bersih. Menu makanan paginya sedap dan beraneka jenis. Memang memenuhi standard rangkaian hotel milik Hilton. Tidak hairanlah Hilton Garden Inn menjadi pilihan penginapan di kuala lumpur.
  4. Tempat letak kereta percuma diberikan kepada para pelanggan.
Ulasan pelancong yang pernah menginap di Hilton Garden Inn
  • 7.9/10 dari 351 ulasan di Agoda
  • 4/5 dari 375 ulasan di TripAdvisor
  • 8/10 dari  330 ulasan di Hotels.com
  • 4/5 dari 371 ulasan di Expedia.com.my
  • 8.1/10 dari 1,222 ulasan di Booking
Alamat: Jalan Tuanku Abdul Rahman North 449, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Harga: Dari RM150/ malam


Hotel di Jalan Tar Kuala Lumpur.

4. Premiera Hotel

Premiera Hotel kuala lumpur
Kelebihan Hotel Premiera
  1. Hotel yang berada di Jalan TAR ini sudah agak berusia. Namun masih diselenggara dengan baik. Hiasan dalaman bilik hotel 4 bintang ini kemas dengan saiz yang besar. Sesuai untuk keluarga kecil yang mebawa anak anak. Ia juga kalis bunyi walaupun hotel ini berada di kawasan sibuk. Pada malam hari, boleh nikmati pemandangan bandar waktu malam & pagi yang cantik dari bilik hotel.
  2. Pusat beli belah SOGO berada hampir dengan hotel ini, memang senang nak shopping. Boleh jalan kaki saja.
  3. Sarapan yang disediakan oleh pihak Premiera pun sedap. Berbaloi dengan harganya. Setanding dengan pengalaman yang kita dapat di Hotel Concorde di Shah Alam.
Ulasan tetamu Hotel Premiera yang diberikan di internet.
  • 4.0/5.0 dari 1,249 ulasan pelancong yang ditinggalkan di Google reviews
  • 8.2/10 dari 2,754 ulasan pelancong yang ditinggalkan di Agoda
  • 4/5 dari 337 ulasan pelancong yang ditinggalkan di TripAdvisor
  • 7.5/10 dari 62 ulasan pelancong yang ditinggalkan di Hotels.com
  • 8.2/10 dari 582 ulasan pelancong yang ditinggalkan di Booking
  • 3.8/5 dari 132 ulasan pelancong yang ditinggalkan di Expedia.com.my
Alamat: Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Harga: RM180 / malam


Hotel di KL Sentral Kuala Lumpur.

5. Aloft Kuala Lumpur Sentral

Kelebihan Hotel Aloft
  1. Hotel yang tersergam indah dengan hiasan moden ini berstatus 5 bintang & mempunyai banyak kemudahan.
  2. Restorannya menyediakan banyak menu yang sedap dengan suasana yang menarik.
  3. Hotel ini terletak bersebelahan dengan banyak jenis pengangkutan awam & pusat membeli belah Nu Sentral.
  4. Mempunyai kolam renang khusus untuk kanak kanak & orang dewasa di bumbung hotel. Bolehlah kita nikmati keindahan kota KL semasa mandi manda.
    Ulasan pelancong yang pernah bermalam di Aloft Hotel.
    • 4.4/5.0 dari 3,615 ulasan di Google reviews
    • 4.1/5 dari 4,793 ulasan di Aloft Kuala Lumpur Sentral (Laman web rasmi hotel ini)
    • 8.8/10 dari 6,548 ulasan di Agoda
    • 4.5/5 dari 4,164 ulasan di TripAdvisor
    • 8.9/10 dari 1,726 ulasan di Hotels.com
    • 4.5/5 dari 2,587 ulasan di Expedia.com.my
    • 9/10 dari 4,407 ulasan di Booking
    Alamat: No. 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Harga: RM262 / malam


    Hotel menarik Kuala Lumpur.

    6. Grand Hyatt Kuala Lumpur

    Grand Hyatt Kuala Lumpur
    Kelebihan Hotel Grand Hyatt KL
    1. Hotel ini juga mempunyai reputasi yang baik dikalangan pelancong.  Bilik yang berada di tingkat atas mempunyai pemandangan KL yang sangat cantik. Apatah lagi menara KLCC di malam hari.
    2. Saiz bilik yang luas dengan rekaan dalaman yang menarik pasti memberikan pengalaman indah kepada para tetamu. Sememangnya hotel menarik di kuala lumpur.
    3. Juadah sarapannya sungguh banyak pilihan & enak sekali. 
    4. Kedudukan hotel Grand Hyatt juga sangat hampir dengan tarikan pelancong, dan boleh diakses melalui kemudahan awam seperti bas & LRT.

    Ulasan pelanggan Grand Hyatt di internet
    • 4.6/5.0 dari pengalaman 3,411 yang diberikan di Google reviews
    • 4.5/5 dari pengalaman 4,195 yang diberikan di TripAdvisor
    • 9.1/10 dari pengalaman 1,687 yang diberikan di Agoda
    • 9.3/10 dari pengalaman 858 yang diberikan di Hotels.com
    • 4.7/5 dari pengalaman 1,415 yang diberikan di Expedia.com.my
    • 9.3/10 dari pengalaman 2,869 yang diberikan di Booking.com
    Alamat: 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Harga: RM620 / malam


    Hotel 3 bintang di Kuala Lumpur.

    7. Ceria Hotel Bukit Bintang

    Ceria Hotel Bukit Bintang KL
    Kelebihan Hotel Ceria
    • Hotel 3 bintang yang memberikan nilai tambah pada para tetamunya. Harga pun sangat berpatutan.
    • Stafnya terlatih & sangat mesra. Sedia menyambut tetamu.
    • Lokasi hotel yang strategik di Bukit Bintang.
    • Bilik yang luas dengan tilam & bantal yang selesa. Syampoo & sabun saguhati diberikan kepada tetamu (Sesuatu yang jarang tau untuk hotel berstatus 3 bintang).
    Ulasan tentang Hotel Ceria Bukit Bintang
    • 4.0/5.0 dari 605 ulasan di Google reviews
    • 7.9/10 dari 5,309 ulasan di Agoda
    • 4/5 dari 286 ulasan di TripAdvisor
    • 7.7/10 dari 92 ulasan di Hotels.com
    • 3.9/5 dari 289 ulasan di Expedia.com.my
    • 8.3/10 dari 1,023 ulasan di Booking
    Alamat: 270, Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, 55100 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Harga: Dari RM56 / malam


    Hotel best di Kuala Lumpur


    Hotel di Bukit Bintang Kuala Lumpur

    8. The Kuala Lumpur Journal Hotel

    The Kuala Lumpur Journal Hotel
    Kelebihan hotel ini
    1. Hotel berstatus 4 bintang ini menerima banyak pujian dari pelancong dalam & luar negara. Lokasinya strategik berhampiran banyak tempat menarik di KL. Hampir dengan stesen Monorail Bukit Bintang.
    2. Banyak juga kedai makan yang sedap sedap.
    3. Sarapannya pun sedap dengan ruang makan yang selesa.
    Ulasan para tetamu Hotel Journal KL
    • 4.4/5.0 berdasarkan 1,729 ulasan di Google reviews
    • 8.7/10 berdasarkan 753 ulasan di Hotels.com
    • 8.7/10 berdasarkan 2,742 ulasan di Agoda
    • 4.5/5 berdasarkan 1,270 ulasan di TripAdvisor
    • 4.4/5 berdasarkan 1,079 ulasan di Expedia.com.my
    • 8.8/10 berdasarkan 1,873 ulasan di Booking
    Alamat: 30, Jalan Beremi, Off, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

    Harga: RM312 / malam


    Hotel murah di Kuala Lumpur

    9. Hotel CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang

    CitizenM Kuala Lumpur
    Kelebihan Citizen M Hotel.
    1. Hotel bajet yang berbaloi untuk kita cuba. Hotel ini mempunyai rekaan moden pada hiasan dalamannya & parking percuma.
    2. Stafnya ramah.
    3. Walaupun biliknya kurang luas, tetapi saiz katilnya besar. King size.View biliknya pun lawa.
    4. Surau disediakan. Jarang untuk hotel murah area kl sediakan surau. Syabas.
    Ulasan terkumpul di internet tentang CitizenM Hotel
    • 4.7/5.0 dari 161 ulasan di Google reviews
    • 9.6/10 dari 361 ulasan di Booking.com
    Alamat: 128, Jalan Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Harga: RM200 untuk 1 malam.


    Hotel bajet Kuala Lumpur

    10. Container Hotel.

    Contena Hotel Kuala Lumpur

    Kelebihan Container Hotel Kuala Lumpur.
    1. Hotel bajet area kl ini memang unik, dibina dari kontena yang diubahsuai.
    2. Lokasi hotel kontena sangat strategik di tengah bandar tetapi suasananya sunyi.
    3. Terdapat 2 jenis bilik penginapan, bilik peribadi ataupun bilik dengan bilik air dikongsi.
    4. Sesuai untuk percutian bajet, terutama sekali untuk backpacking.
      Ulasan pengguna tentang Hotel Container.
      • 3.9/5.0 dari 259 ulasan di Google reviews
      • 7.6/10 dari 1,587 ulasan di Agoda
      • 7.9/10 dari 35 ulasan di Hotels.com
      • 4/5 dari 289 ulasan di TripAdvisor
      • 7.9/10 dari 303 ulasan di Booking
      • 3.8/5 dari 68 ulasan di Expedia.com.my
      Alamat: Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

      Harga: RM103 / malam


      Hotel best di KL.

      11. Lantern Hotel

      Lantern Hotel kl

      Kelebihan Hotel Lantern KL
      • Hotel murah dan selesa di kuala lumpur ini terletak berdekatan dengan pintu masuk Petaling Street. 
      • Harga untuk 1 malam sangat murah. Bawah RM100. Kebersihan hotel ok lah, boleh dipertingkatkan lagi.
      • Sarapan disediakan.
      • Hotel ini sangat hampir dengan pengangkutan awam.
      Ulasan di internet tentang Hotel Lantern
      • 3.7/5.0 dari 195 ulasan di Google reviews
      • 7.8/10 dari 736 ulasan di Agoda
      • 3.5/5 dari 244 ulasan di TripAdvisor
      • 8/10 dari 681 ulasan di Booking
      • 6.5/10 dari 47 ulasan di Hotels.com
      • 3.6/5 dari 106 ulasan di Expedia.com.my
      Alamat: 38, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

      Harga: RM70 / malam


      Hotel di Kuala Lumpur dekat KLCC

      12. Acappella KLCC Suites - Kuala Lumpur

      Acapella KLCC Suites
      Kelebihan Suite Acapella.
      1. Penginapan ini sangat sesuai untuk percutian keluarga dengan 2 anak.
      2. Para tetamu disambut mesra & permainan untuk kanak kanak disediakan. Memang diurus dengan profesional.
      3. Biliknya besar, bersih terhias cantik & sunyi tanpa gangguan. Sarapan yang disediakan sedap.
      4. Capaian internet sangat laju & lancar. Sememangnya Acapella Suite salah satu hotel di klcc kuala lumpur yang paling bagus.
      Ulasan pelancong tentang Acapella Suites KLCC
      • 4.6/5.0 bintang dari 30 ulasan di Google reviews
      • 9.1/10 bintang dari 44 di Hotels.com
      • 5/5 bintang dari 209 di TripAdvisor
      • 9.3/10 bintang dari 139 di Agoda
      • 4.5/5 bintang dari 44 di Expedia.com.my
      • 9.5/10 bintang dari 191 di Booking
      Alamat: 3, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

      Harga: RM580 / malam


      Hotel 4 bintang di kuala lumpur

      13. Red by Sirocco

      Red by Sirocco

      Kelebihan Hotel Red
      1. Hotel 4 bintang ini mempunyai staf yang terlatih & ringan tulang dalam membantu para tetamu.
      2. Biliknya luas, bersih & kalis bunyi dengan pemandangan yang cantik.
      3. Kolam renang yang disediakan mendapat pujian dari ramai pelancong & sesuai untuk mandi manda dengan keluarga.
      4. Sarapan yang disediakan sedap, tapi kurang pilihan. Boleh pelbagaikan lagi, pelanggan yang tinggal lama di hotel ini pasti jemu makan sarapan yang sama setiap hari.
        Ulasan pelancong yang pernah menginap di Hotel Red by Siroco.
        • 4.3/5.0 bintang dari 594 ulasan di Google reviews
        • 8.3/10 bintang dari 165 ulasan di Hotels.com
        • 8.5/10 bintang dari 558 ulasan di Agoda
        • 4/5 bintang dari 191 ulasan di TripAdvisor
        • 4.2/5 bintang dari 172 ulasan di Expedia.com.my
        • 9/10 bintang dari 2,388 ulasan di Booking
        Alamat: Menara M101 Dang Wangi, 3, Jalan Kamunting, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

        Harga: Dari RM180 / malam


        Hotel unik di Kuala Lumpur

        14. Chaos Hotel

        Chaos hotel kuala lumpur
        Kelebihan hotel ini
        1. Hotel moden lagi ringkas ini dibina dengan berada hampir dengan hiruk pikuk Bukit Bintang, tetapi dengan suasana yang lebih santai & rileks.
        2. Lokasinya yang strategik berada hampir dengan banyak kemudahan awam & kedai makan.
        3. Sangat sesuai untuk penginapan ekonomi di Bukit Bintang.
        Ulasan tentang Hotel Chaos
        • 3.9/5.0 dari 99 ulasan di Google reviews
        • 7.8/10 dari 1,268 reviews di Agoda
        • 7.4/10 dari 52 reviews di Hotels.com
        • 3.9/5 dari 93 reviews di Expedia.com.my
        • 8/10 dari 537 reviews di Booking
        • 4/5 dari 110 reviews di TripAdvisor
        Alamat: Lot B-1 Fahrenheit 88 179, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

        Harga: RM150 / malam


        Hotel paling murah di Kuala Lumpur

        15. The Bed, KLCC - Capsule Hotel KL

        The bed klcc kuala lumpur

        Kelebihan Hotel Kapsul The Bed.
        1. Kapsul hotel 2 bintang yang bagus & memberikan pengalaman yang mirip dengan penginapan kapsul di jepun.
        2. Sarapan pagi ala Malaysia yang enak.
        3. Kemudahan tandas & bilik air yang bersih, lengkap dengan pengering rambut.
        4. Saiz kapsul yang agak luas & selesa. Dengan lokasi yang strategik pada harga yang berpatutan, memang patut jadi tumpuan backpackers.
        Kekurangan hotel ini
        1. Capaian internet yang kurang memuaskan.
        2. Staf hotel kurang mesra dengan tetamu.
        Ulasan pelancong tentang Hotel The Bed KLCC
        • 4.5/5.0 bintang dari 429 ulasan pelancong di Google reviews
        • 9.1/10 dari 1,601 ulasan di Agoda
        • 4/5 dari 66 ulasan di TripAdvisor
        • 9.2/10 dari 2,077 ulasan di Booking.com
        • 4.5/5 dari 43 ulasan di Expedia.com.my
        • 9/10 dari 38 ulasan di Hotels.com
        Alamat: Vortex KLCC, 12, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

        Harga: Dari RM116 / malam


        Hotel 5 bintang di Kuala Lumpur

        16. Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph Collection

        Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph Collection

        Kelebihan Stripes Hotel Kuala Lumpur
        1. Hotel 5 bintang di bawah rangkaian Marriot ini memang cantik dengan rekaan moden. Staf hotel ini dilatih dengan baik & membuatkan para tetamu rasa dialu alukan.
        2. Biliknya juga dihias rapi dengan banyak perincian yang pastinya memberi inspirasi pada peminat hiasan dalaman. Selain bersih, tilam yang digunakan sangat selesa & membantu kita tidur lena.
        3. Sarapan yang disediakan sedap tetapi kurang pilihan juadah.
        Ulasan tentang Hotel Stripes KL
        • 4.4/5.0 bintang dari 1,350 ulasan di Google reviews
        • 8.9/10 bintang dari 1,314 ulasan di Agoda
        • 4.5/5 bintang dari  993 ulasan di TripAdvisor
        • 9.2/10 bintang dari 618 ulasan di Hotels.com
        • 4.6/5 bintang dari 637 ulasan di Expedia.com.my
        • 9.1/10 bintang dari 1,878 ulasan di Booking
        Alamat: 25, Jalan Kamunting, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

        Harga: RM345 / malam


        Hotel menarik di KL

        17. Anggun Boutique Hotel and Spa

        Anggun Boutique Hotel and Spa

        Kelebihan
        1. Hotel yang dikelilingi kawasan SOHO yang meriah ini terletak di bangunan yang telah dibina sejak 1920 an dengan pengaruh senibina zaman kolonial british.
        2. Kedudukannya hampir dengan pelbagai kemudahan seperti kedai makan, pengangkutan awam & pusat membeli belah.
        3. Stafnya pun banyak membantu para tetamu.
        4. Pakej bilik + sarapan disediakan.
        Ulasan pelancong tentang Hotel Anggun Boutique
        • 4.2/5.0 bintang dari 187 ulasan di Google reviews.
        • 8.2/10 bintang dari 1,112 ulasan di Agoda
        • 4/5 bintang dari 536 ulasan di TripAdvisor
        • 8.3/10 bintang dari 227 ulasan di Booking
        Alamat: 9, Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

        Harga: RM250 / malam


        Hotel mewah di Kuala Lumpur.

        18. Banyan Tree Kuala Lumpur.

        Banyan Tree Kuala Lumpur
        Kelebihan Banyan Tree Hotel KL.
        1. Jika anda mahu nikmati pemandangan indah kota Kuala Lumpur dari aras tinggi, inilah antara lokasi terbaik. Kita boleh nampak seluruh kota ini & juga menara berkembar Petronas dari kafe di bumbungnya.  Terdapat juga premis restoran, bakeri, gym & banyak lagi.
        2. Pekerjanya ramah dan persekitaran hotel ini membuatkan kita seronok sampai malas nak keluar berjalan jalan.
        3. Hotel ini hanya 7 minit berjalan kaki ke stesen Monorail Raja Chulan & 12 minit ke taman KLCC.
        4. Bilik hotel Banyan Tree dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Kalau anda nak hotel yang ada bathtub di Kuala Lumpur, inilah hotelnya. Boleh berendam dalam tab mandi sampai puas hati.
        Ulasan tentang Hotel Banyan Tree KL.
        • 4.8/5.0 dari 163 ulasan pelancong di Google reviews
        • 9.2/10 dari 249 ulasan pelancong di Agoda
        • 4.5/5 dari 391 ulasan pelancong di TripAdvisor
        Alamat: 2, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

        Harga: Dari RM875 / malam.


        Hotel terbaik di Kuala Lumpur.

        19. The RuMa Hotel and Residences.

        The RuMa Hotel and Residences

        Kelebihan Hotel The RuMa.
        1. Jarang ada hotel yang bagus serba serbi. Kalau fasiliti tip top, makanan pula tak sedap dan macam macam lagi. 
        2. Jadi, jika anda mahukan penginapan hotel 5 bintang yang terbaik dalam semua sisi, menginaplah di The Ruma & Residences. Hotel yang masih baru beroperasi. Ramai pengembara tegar dari dalam & oversea yang rekemen hotel ni.
        3. Rekabentuk hotel ini memang SWAG dengan sentuhan moden chic. Kemas lagi anggun.
        4. Servis, makanan, kebersihan & pemandangan hotel ini memang hebat. Hotel ini berada hampir dengan KLCC.
        5. Mereka mempunyai pasukan petugas yang bagus. Sampai dipuji puji dalam review pelancong diinternet. Harap dapat kekalkan kecemerlangan anda.
        6. Makanan kat sini memang sedap. Setanding dengan status hotel 5 bintang yang diberikan.
        Ulasan pelancong mengenai Hotel The Ruma & Residences.
        • 4.7/5.0 dari 374 ulasan di Google reviews.
        • 5/5 dari 274 ulasan di TripAdvisor
        • 9.5/10 dari 67 ulasan di Hotels.com
        • 9.4/10 dari 53 ulasan di Agoda
        • 4.8/5 dari 94 ulasan di Expedia.com.my
        Alamat: 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

        Harga: Dari RM590 / malam

        16 comments:

        1. Banyaklah hotel yang bagus ikut peruntukan yang ada.

          ReplyDelete
          Replies
          1. area Kuala lumpur memang banyak hotel di sekitar bandar

            Delete
        2. Akibat ancaman wabak covid-19
          ramai yang menghadkan perjalanan dan penginapan di hotel2

          ReplyDelete
          Replies
          1. ya wak, nak jalan jauh ke bercuti pun risau ni

            Delete
        3. banyaknya hotel yang unik-unik...

          ReplyDelete
          Replies
          1. memang banyak, akak yang duk Kl pun tak pernah sampai semua hotel ni

            Delete
        4. Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

          Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
          1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
          2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
          3 - Filter2 yg berkualiti dan mendapat Sijil HALAL JAKIM
          4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
          5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)
          6 - Tiada bayaran bulanan
          7 - Lebih 15 Model penapis air / water filter / master filter / water cooler dan lain2

          HARGA bermula dr RM699

          KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE

          http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

          Hubungi:
          0178895990 atau whatsapp click https://wa.me/60178895990

          ReplyDelete
        5. banyak hotel menarik dan murah la ni..blh staycation juga

          ReplyDelete
          Replies
          1. betul kak, nak ke mall pun senang kebanyakkan di bandar kan... cuma di masa sekarang ni risau jugak lah nak ke tempat yang ramai orang

            Delete
        6. Banyak je hotel yang boleh dipilih kalau ke KL..

          ReplyDelete
        7. mostly hotelnya sgt mem udahkan tapi buat masa skrg ni, mmg pendek lah langkah. elok duk rumah je

          ReplyDelete
        8. kalau ada kolam renang infiniti mmg rasa dah rare dah pula tu kalau view dia mabeles.. waaa

          ReplyDelete
        9. kalau gi KL, kadang2 belek jugak hotel2 ni walopun rumah adik ade kat shah alam tu...saje je kekadang rasa nak duk hotel, tapi tak pernah lagi lah terealisasi angan2 tu..hahahahah

          ReplyDelete
        10. cantik cantik hotelnya. Seronoklah kalau dapat stay hotel macam ni.

          ReplyDelete
        11. ehehehee ni hotel2 kena banyak kaching.. hehe..
          tapi best jugak sesekali apa salahnya escapism kan..

          ReplyDelete
        12. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
          Kesempatan Menang Lebih Besar,
          || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

          ReplyDelete

        sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...