Monday, March 30, 2020

RESEPI TAUHU BERLAUK

Assalamualaikum semua,

Maafla ye kawan-kawan, dah cuti ni entry pun ikut dan. Rasanya memang akan ada banyak perkongsian tentang resepi ye hehehe. 

Teringin nak cuba tauhu berlauk yang ramai orang buat. Cuma resepi aku tak cukup bahan, tapi ini aku kongsi resepi yang cukup bahan tau. Bagi aku rasa tahu berlauk ini memang sedap dan menarik untuk dicuba.

Bahan-bahan
3 ketul tauhu keras,kisar
3 tiub tauhu telur, kisar
2 ketul dada ayam, kisar
3 biji telur, kisar
1 batang lobak merah cincang halus
Daun sup cincang halus
1 biji bawang merah cincang halus
Kiub ayam
Serbuk lada hitam
Garam

Cara masak
- campurkan semua bahan yang kita kisar dan semua bahan lain dalam bekas dan gaulkan hingga sebati.
- masukkan dalam loyang yang telah di sapu planta, dan kukus untuk 15 ke 25minit
- setelah sejuk potong tauhu dan gorengkan dengan bancuhan tepung atau dengan telur seperti goreng bergedil.

*kalau ada bekas kecil untuk kuih lompang boleh guna sebagai tempat acuan untuk di kukus, supaya tak perlu di potong.

Lobak merah tu patut kenr cincang halus lagi

Siap untuk dikukus

Yang sudah siap dikukus

Aku goreng dengan tepung beras dan tepung gandum, ranggup si aiyan pun suka

29 comments:

  1. Pertama kali tahu pasal tauhu berlauk.

    ReplyDelete
  2. Waaa boleh cuba ni, biasa Sis beli dengan jiran sini dia jual RM10 sebekas besar..

    ReplyDelete
  3. br tgk smlm org share kt fb...tgk2 dana dh try..nmpk menarik tu

    ReplyDelete
  4. Akak suka sgt..kalau dpt sambal kicap yg berdesing lg syok

    ReplyDelete
  5. Mauuu tapi nak goreng tu pikir banyak kali. haha

    ReplyDelete
  6. Mintak sikit sedap nie cicah sambal kicap pedass T_T

    ReplyDelete
  7. Bila dah siap, nampak serupa dgn tauhu begedil. Tapi cara buat tak sama. Tauhu bergedil takyah kukus, just sumbat isi ke dalam tauhu.

    Tauhu berlauk Dana ni nampak lebih sedap 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini takde kentang kak dan tauhu nya lain... dh siap mmg sdp kak

      Delete
  8. ooo baru pestime ni tengok...ingatkan macam tauhu sumbat tu, rupanya begini...nampak menarik!

    ReplyDelete
  9. Mesti sedap tu dah kukus pastu goreng wallaweh! yummy.
    Mujur Dana tak buat bentuk corona kan hehehee...

    ReplyDelete
  10. Sedappppp ni Dana.. Buat tiap hari pun mcm tak jemu..

    ReplyDelete
  11. Wah! Sedap ni buat kudap-kudapan. Kali pertama baca nampak talam berlauk... kecikkan mata... baru nampak tauhu berlauk hihihiiii! tq for sharing.

    ReplyDelete
  12. saya tak pernah makan ni tapi menariknya..
    saya sukaaa tauhuu..

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap.. Macam masakan vegetarian India pun ada juga, tak ingat nama apa. Terima kasih sudi berkongsi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubala nanti macam vegetarian sebab pakai tauhu tapi ini ada ayam tau

      Delete
  14. Tak pernah makan kak. Nampak sedap dan menarik. Rajin betul akak ni bab masak² 💜

    ReplyDelete
  15. Sedapnya makan panas panas goreng rangup tu.

    ReplyDelete
  16. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...