Hujung minggu ini cuti sekolah dah bermula. Selalunya cuti sekolah memang kita akan bercuti ke mana-mana. Tapi sekarang kita perlu lebih berhati-hati dek penangan covid19, jadi berjalan di hotel area kuala lumpur pun menarik jugak. Cumanya semua langkah penjagaan untuk mengelak jangkitan covid19 perlu di lakukan. Jom kita jenguk hotel-hotel sekitar kuala lumpur yang dekat tempat menarik di SINI.
Pilihan Hotel di Kuala Lumpur untuk percutian menarik.
Hotel viral di Kuala Lumpur.
1. Tamu Hotel & Suites
Kelebihan Hotel Tamu & Suites- Kita boleh menikmati pemandangan KLCC yang indah dari bilik hotel milik muslim ini.
- Biliknya bersih, selesa & terhias indah. Saiznya luas pula tu.
- Sangat disyorkan untuk ambil sarapan & makanan malam semasa booking bilik hotel, kerana pilihan yang sangat banyak lagi enak.
- Kolam renang infiniti di hotel ini berhadapan dengan KLCC, memang puas hati mandi manda sambil menikmati pemandangan bandaraya metropolitan. Tak pasti pula kalau hotel ini sama dengan Hotel Grand Bluewave di Shah Alam yang mempunyai tingkat khas untuk wanita. Kalau ada lagi bagus kan.
- 4.4/5.0 berdasarkan 1,760 ulasan dari Google reviews
- 4/5 berdasarkan 59 ulasan dari TripAdvisor
- 8.8/10 berdasarkan 909 ulasan dari Agoda
- 8.4/10 berdasarkan 119 ulasan dari Hotels.com
- 4.2/5 berdasarkan 119 ulasan dari Expedia.com.my
- 8.7/10 berdasarkan 700 ulasan dari Booking
Harga: RM265 / malam
Hotel di Kuala Lumpur dengan pemandangan malam KLCC terbaik.
2. Mandarin Oriental, Kuala Lumpur
- Sesiapa yang kerap duduk hotel di KL, pasti dah tahu hotel 5 bintang ini antara yang terbaik di bandar metropolitan.
- Hotel ini terletak berhampiran menara berkembar Petronas, sebab itu pilih bilik hotel yang dengan pemandangan menara ini. Mesti tak menyesal sebab lawa benar view dimalam hari.
- Walaupun hotel ini sudah agak lama, tetapi hiasan dalaman hotel ini pasti mempesonakan setiap mata yang menatapnya, bilik hotelnya pula besar, bersih & selesa.
- Lokasinya yang berada di pusat bandar, memudahkan kita untuk bersiar siar di pusat beli belah & menjamu selera di pelbagai restoran yang sedap.
- Kalau tak rajin nak keluar, hotel ini sendiri mempunyai 5 restoran dengan pelbagai tema.
- 4.6/5.0 dari 4,668 ulasan pengguna di Google reviews
- 9.2/10 dari 520 ulasan pengguna di Agoda
- 4.5/5 dari 6,491 ulasan pengguna di TripAdvisor
- 9.4/10 dari 873 ulasan pengguna di Hotels.com
- 4.7/5 dari 1,657 ulasan pengguna di Expedia.com.my
- 9.4/10 · 3,215 ulasan pengguna di Booking.com
Harga: RM660 / malam
Mesti baca: 10 Tempat menarik di Kuala Lumpur yang pasti disukai anak anak. Pilihan ibubapa bijak.
Hotel di Chow Kit Kuala Lumpur.
3. Hilton Garden Inn Kuala Lumpur
Kelebihan Hilton Hotel Garden Inn- Hotel yang bersih dan berada berhampiran banyak tempat tarikan pelancong. Terutama sekali Jalan Chow Kit. Boleh naik Grab ataupun memandu sendiri untuk ke lokasi ini dalam beberapa minit saja dari hotel.
- Nikmati pemandangan indah dari bumbung hotel.
- Biliknya pun kemas & bersih. Menu makanan paginya sedap dan beraneka jenis. Memang memenuhi standard rangkaian hotel milik Hilton. Tidak hairanlah Hilton Garden Inn menjadi pilihan penginapan di kuala lumpur.
- Tempat letak kereta percuma diberikan kepada para pelanggan.
- 7.9/10 dari 351 ulasan di Agoda
- 4/5 dari 375 ulasan di TripAdvisor
- 8/10 dari 330 ulasan di Hotels.com
- 4/5 dari 371 ulasan di Expedia.com.my
- 8.1/10 dari 1,222 ulasan di Booking
Harga: Dari RM150/ malam
Hotel di Jalan Tar Kuala Lumpur.
4. Premiera Hotel
Kelebihan Hotel Premiera- Hotel yang berada di Jalan TAR ini sudah agak berusia. Namun masih diselenggara dengan baik. Hiasan dalaman bilik hotel 4 bintang ini kemas dengan saiz yang besar. Sesuai untuk keluarga kecil yang mebawa anak anak. Ia juga kalis bunyi walaupun hotel ini berada di kawasan sibuk. Pada malam hari, boleh nikmati pemandangan bandar waktu malam & pagi yang cantik dari bilik hotel.
- Pusat beli belah SOGO berada hampir dengan hotel ini, memang senang nak shopping. Boleh jalan kaki saja.
- Sarapan yang disediakan oleh pihak Premiera pun sedap. Berbaloi dengan harganya. Setanding dengan pengalaman yang kita dapat di Hotel Concorde di Shah Alam.
- 4.0/5.0 dari 1,249 ulasan pelancong yang ditinggalkan di Google reviews
- 8.2/10 dari 2,754 ulasan pelancong yang ditinggalkan di Agoda
- 4/5 dari 337 ulasan pelancong yang ditinggalkan di TripAdvisor
- 7.5/10 dari 62 ulasan pelancong yang ditinggalkan di Hotels.com
- 8.2/10 dari 582 ulasan pelancong yang ditinggalkan di Booking
- 3.8/5 dari 132 ulasan pelancong yang ditinggalkan di Expedia.com.my
Harga: RM180 / malam
Hotel di KL Sentral Kuala Lumpur.
5. Aloft Kuala Lumpur Sentral
Kelebihan Hotel Aloft- Hotel yang tersergam indah dengan hiasan moden ini berstatus 5 bintang & mempunyai banyak kemudahan.
- Restorannya menyediakan banyak menu yang sedap dengan suasana yang menarik.
- Hotel ini terletak bersebelahan dengan banyak jenis pengangkutan awam & pusat membeli belah Nu Sentral.
- Mempunyai kolam renang khusus untuk kanak kanak & orang dewasa di bumbung hotel. Bolehlah kita nikmati keindahan kota KL semasa mandi manda.
Mesti baca: 22 Hotel di Langkawi dengan kolam renang di tepi pantai. Nikmati keindahan laut andaman yang mempersona.
- 4.4/5.0 dari 3,615 ulasan di Google reviews
- 4.1/5 dari 4,793 ulasan di Aloft Kuala Lumpur Sentral (Laman web rasmi hotel ini)
- 8.8/10 dari 6,548 ulasan di Agoda
- 4.5/5 dari 4,164 ulasan di TripAdvisor
- 8.9/10 dari 1,726 ulasan di Hotels.com
- 4.5/5 dari 2,587 ulasan di Expedia.com.my
- 9/10 dari 4,407 ulasan di Booking
Harga: RM262 / malam
Hotel menarik Kuala Lumpur.
6. Grand Hyatt Kuala Lumpur
Kelebihan Hotel Grand Hyatt KL- Hotel ini juga mempunyai reputasi yang baik dikalangan pelancong. Bilik yang berada di tingkat atas mempunyai pemandangan KL yang sangat cantik. Apatah lagi menara KLCC di malam hari.
- Saiz bilik yang luas dengan rekaan dalaman yang menarik pasti memberikan pengalaman indah kepada para tetamu. Sememangnya hotel menarik di kuala lumpur.
- Juadah sarapannya sungguh banyak pilihan & enak sekali.
- Kedudukan hotel Grand Hyatt juga sangat hampir dengan tarikan pelancong, dan boleh diakses melalui kemudahan awam seperti bas & LRT.
Mesti baca: 22 Hotel di Melaka yang dekat dengan banyak tempat menarik. Boleh lihat sunset di Selat Melaka dari bilik.
- 4.6/5.0 dari pengalaman 3,411 yang diberikan di Google reviews
- 4.5/5 dari pengalaman 4,195 yang diberikan di TripAdvisor
- 9.1/10 dari pengalaman 1,687 yang diberikan di Agoda
- 9.3/10 dari pengalaman 858 yang diberikan di Hotels.com
- 4.7/5 dari pengalaman 1,415 yang diberikan di Expedia.com.my
- 9.3/10 dari pengalaman 2,869 yang diberikan di Booking.com
Harga: RM620 / malam
Hotel 3 bintang di Kuala Lumpur.
7. Ceria Hotel Bukit Bintang
Kelebihan Hotel Ceria- Hotel 3 bintang yang memberikan nilai tambah pada para tetamunya. Harga pun sangat berpatutan.
- Stafnya terlatih & sangat mesra. Sedia menyambut tetamu.
- Lokasi hotel yang strategik di Bukit Bintang.
- Bilik yang luas dengan tilam & bantal yang selesa. Syampoo & sabun saguhati diberikan kepada tetamu (Sesuatu yang jarang tau untuk hotel berstatus 3 bintang).
- 4.0/5.0 dari 605 ulasan di Google reviews
- 7.9/10 dari 5,309 ulasan di Agoda
- 4/5 dari 286 ulasan di TripAdvisor
- 7.7/10 dari 92 ulasan di Hotels.com
- 3.9/5 dari 289 ulasan di Expedia.com.my
- 8.3/10 dari 1,023 ulasan di Booking
Harga: Dari RM56 / malam
Hotel best di Kuala Lumpur
Hotel di Bukit Bintang Kuala Lumpur
8. The Kuala Lumpur Journal Hotel
Kelebihan hotel ini- Hotel berstatus 4 bintang ini menerima banyak pujian dari pelancong dalam & luar negara. Lokasinya strategik berhampiran banyak tempat menarik di KL. Hampir dengan stesen Monorail Bukit Bintang.
- Banyak juga kedai makan yang sedap sedap.
- Sarapannya pun sedap dengan ruang makan yang selesa.
- 4.4/5.0 berdasarkan 1,729 ulasan di Google reviews
- 8.7/10 berdasarkan 753 ulasan di Hotels.com
- 8.7/10 berdasarkan 2,742 ulasan di Agoda
- 4.5/5 berdasarkan 1,270 ulasan di TripAdvisor
- 4.4/5 berdasarkan 1,079 ulasan di Expedia.com.my
- 8.8/10 berdasarkan 1,873 ulasan di Booking
Harga: RM312 / malam
Hotel murah di Kuala Lumpur
9. Hotel CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang
Kelebihan Citizen M Hotel.- Hotel bajet yang berbaloi untuk kita cuba. Hotel ini mempunyai rekaan moden pada hiasan dalamannya & parking percuma.
- Stafnya ramah.
- Walaupun biliknya kurang luas, tetapi saiz katilnya besar. King size.View biliknya pun lawa.
- Surau disediakan. Jarang untuk hotel murah area kl sediakan surau. Syabas.
- 4.7/5.0 dari 161 ulasan di Google reviews
- 9.6/10 dari 361 ulasan di Booking.com
Harga: RM200 untuk 1 malam.
Hotel bajet Kuala Lumpur
10. Container Hotel.
Kelebihan Container Hotel Kuala Lumpur.
- Hotel bajet area kl ini memang unik, dibina dari kontena yang diubahsuai.
- Lokasi hotel kontena sangat strategik di tengah bandar tetapi suasananya sunyi.
- Terdapat 2 jenis bilik penginapan, bilik peribadi ataupun bilik dengan bilik air dikongsi.
- Sesuai untuk percutian bajet, terutama sekali untuk backpacking.
- 3.9/5.0 dari 259 ulasan di Google reviews
- 7.6/10 dari 1,587 ulasan di Agoda
- 7.9/10 dari 35 ulasan di Hotels.com
- 4/5 dari 289 ulasan di TripAdvisor
- 7.9/10 dari 303 ulasan di Booking
- 3.8/5 dari 68 ulasan di Expedia.com.my
Harga: RM103 / malam
Hotel best di KL.
11. Lantern Hotel
Kelebihan Hotel Lantern KL
- Hotel murah dan selesa di kuala lumpur ini terletak berdekatan dengan pintu masuk Petaling Street.
- Harga untuk 1 malam sangat murah. Bawah RM100. Kebersihan hotel ok lah, boleh dipertingkatkan lagi.
- Sarapan disediakan.
- Hotel ini sangat hampir dengan pengangkutan awam.
- 3.7/5.0 dari 195 ulasan di Google reviews
- 7.8/10 dari 736 ulasan di Agoda
- 3.5/5 dari 244 ulasan di TripAdvisor
- 8/10 dari 681 ulasan di Booking
- 6.5/10 dari 47 ulasan di Hotels.com
- 3.6/5 dari 106 ulasan di Expedia.com.my
Harga: RM70 / malam
Hotel di Kuala Lumpur dekat KLCC
12. Acappella KLCC Suites - Kuala Lumpur
Kelebihan Suite Acapella.- Penginapan ini sangat sesuai untuk percutian keluarga dengan 2 anak.
- Para tetamu disambut mesra & permainan untuk kanak kanak disediakan. Memang diurus dengan profesional.
- Biliknya besar, bersih terhias cantik & sunyi tanpa gangguan. Sarapan yang disediakan sedap.
- Capaian internet sangat laju & lancar. Sememangnya Acapella Suite salah satu hotel di klcc kuala lumpur yang paling bagus.
- 4.6/5.0 bintang dari 30 ulasan di Google reviews
- 9.1/10 bintang dari 44 di Hotels.com
- 5/5 bintang dari 209 di TripAdvisor
- 9.3/10 bintang dari 139 di Agoda
- 4.5/5 bintang dari 44 di Expedia.com.my
- 9.5/10 bintang dari 191 di Booking
Harga: RM580 / malam
Hotel 4 bintang di kuala lumpur
13. Red by Sirocco
- Hotel 4 bintang ini mempunyai staf yang terlatih & ringan tulang dalam membantu para tetamu.
- Biliknya luas, bersih & kalis bunyi dengan pemandangan yang cantik.
- Kolam renang yang disediakan mendapat pujian dari ramai pelancong & sesuai untuk mandi manda dengan keluarga.
- Sarapan yang disediakan sedap, tapi kurang pilihan. Boleh pelbagaikan lagi, pelanggan yang tinggal lama di hotel ini pasti jemu makan sarapan yang sama setiap hari.
- 4.3/5.0 bintang dari 594 ulasan di Google reviews
- 8.3/10 bintang dari 165 ulasan di Hotels.com
- 8.5/10 bintang dari 558 ulasan di Agoda
- 4/5 bintang dari 191 ulasan di TripAdvisor
- 4.2/5 bintang dari 172 ulasan di Expedia.com.my
- 9/10 bintang dari 2,388 ulasan di Booking
Harga: Dari RM180 / malam
Hotel unik di Kuala Lumpur
14. Chaos Hotel
Kelebihan hotel ini- Hotel moden lagi ringkas ini dibina dengan berada hampir dengan hiruk pikuk Bukit Bintang, tetapi dengan suasana yang lebih santai & rileks.
- Lokasinya yang strategik berada hampir dengan banyak kemudahan awam & kedai makan.
- Sangat sesuai untuk penginapan ekonomi di Bukit Bintang.
- 3.9/5.0 dari 99 ulasan di Google reviews
- 7.8/10 dari 1,268 reviews di Agoda
- 7.4/10 dari 52 reviews di Hotels.com
- 3.9/5 dari 93 reviews di Expedia.com.my
- 8/10 dari 537 reviews di Booking
- 4/5 dari 110 reviews di TripAdvisor
Harga: RM150 / malam
Hotel paling murah di Kuala Lumpur
15. The Bed, KLCC - Capsule Hotel KL
- Kapsul hotel 2 bintang yang bagus & memberikan pengalaman yang mirip dengan penginapan kapsul di jepun.
- Sarapan pagi ala Malaysia yang enak.
- Kemudahan tandas & bilik air yang bersih, lengkap dengan pengering rambut.
- Saiz kapsul yang agak luas & selesa. Dengan lokasi yang strategik pada harga yang berpatutan, memang patut jadi tumpuan backpackers.
- Capaian internet yang kurang memuaskan.
- Staf hotel kurang mesra dengan tetamu.
- 4.5/5.0 bintang dari 429 ulasan pelancong di Google reviews
- 9.1/10 dari 1,601 ulasan di Agoda
- 4/5 dari 66 ulasan di TripAdvisor
- 9.2/10 dari 2,077 ulasan di Booking.com
- 4.5/5 dari 43 ulasan di Expedia.com.my
- 9/10 dari 38 ulasan di Hotels.com
Harga: Dari RM116 / malam
Hotel 5 bintang di Kuala Lumpur
16. Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph Collection
Kelebihan Stripes Hotel Kuala Lumpur
- Hotel 5 bintang di bawah rangkaian Marriot ini memang cantik dengan rekaan moden. Staf hotel ini dilatih dengan baik & membuatkan para tetamu rasa dialu alukan.
- Biliknya juga dihias rapi dengan banyak perincian yang pastinya memberi inspirasi pada peminat hiasan dalaman. Selain bersih, tilam yang digunakan sangat selesa & membantu kita tidur lena.
- Sarapan yang disediakan sedap tetapi kurang pilihan juadah.
- 4.4/5.0 bintang dari 1,350 ulasan di Google reviews
- 8.9/10 bintang dari 1,314 ulasan di Agoda
- 4.5/5 bintang dari 993 ulasan di TripAdvisor
- 9.2/10 bintang dari 618 ulasan di Hotels.com
- 4.6/5 bintang dari 637 ulasan di Expedia.com.my
- 9.1/10 bintang dari 1,878 ulasan di Booking
Harga: RM345 / malam
Hotel menarik di KL
17. Anggun Boutique Hotel and Spa
- Hotel yang dikelilingi kawasan SOHO yang meriah ini terletak di bangunan yang telah dibina sejak 1920 an dengan pengaruh senibina zaman kolonial british.
- Kedudukannya hampir dengan pelbagai kemudahan seperti kedai makan, pengangkutan awam & pusat membeli belah.
- Stafnya pun banyak membantu para tetamu.
- Pakej bilik + sarapan disediakan.
- 4.2/5.0 bintang dari 187 ulasan di Google reviews.
- 8.2/10 bintang dari 1,112 ulasan di Agoda
- 4/5 bintang dari 536 ulasan di TripAdvisor
- 8.3/10 bintang dari 227 ulasan di Booking
Harga: RM250 / malam
Hotel mewah di Kuala Lumpur.
18. Banyan Tree Kuala Lumpur.
Kelebihan Banyan Tree Hotel KL.- Jika anda mahu nikmati pemandangan indah kota Kuala Lumpur dari aras tinggi, inilah antara lokasi terbaik. Kita boleh nampak seluruh kota ini & juga menara berkembar Petronas dari kafe di bumbungnya. Terdapat juga premis restoran, bakeri, gym & banyak lagi.
- Pekerjanya ramah dan persekitaran hotel ini membuatkan kita seronok sampai malas nak keluar berjalan jalan.
- Hotel ini hanya 7 minit berjalan kaki ke stesen Monorail Raja Chulan & 12 minit ke taman KLCC.
- Bilik hotel Banyan Tree dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Kalau anda nak hotel yang ada bathtub di Kuala Lumpur, inilah hotelnya. Boleh berendam dalam tab mandi sampai puas hati.
- 4.8/5.0 dari 163 ulasan pelancong di Google reviews
- 9.2/10 dari 249 ulasan pelancong di Agoda
- 4.5/5 dari 391 ulasan pelancong di TripAdvisor
Harga: Dari RM875 / malam.
Hotel terbaik di Kuala Lumpur.
19. The RuMa Hotel and Residences.
- Jarang ada hotel yang bagus serba serbi. Kalau fasiliti tip top, makanan pula tak sedap dan macam macam lagi.
- Jadi, jika anda mahukan penginapan hotel 5 bintang yang terbaik dalam semua sisi, menginaplah di The Ruma & Residences. Hotel yang masih baru beroperasi. Ramai pengembara tegar dari dalam & oversea yang rekemen hotel ni.
- Rekabentuk hotel ini memang SWAG dengan sentuhan moden chic. Kemas lagi anggun.
- Servis, makanan, kebersihan & pemandangan hotel ini memang hebat. Hotel ini berada hampir dengan KLCC.
- Mereka mempunyai pasukan petugas yang bagus. Sampai dipuji puji dalam review pelancong diinternet. Harap dapat kekalkan kecemerlangan anda.
- Makanan kat sini memang sedap. Setanding dengan status hotel 5 bintang yang diberikan.
- 4.7/5.0 dari 374 ulasan di Google reviews.
- 5/5 dari 274 ulasan di TripAdvisor
- 9.5/10 dari 67 ulasan di Hotels.com
- 9.4/10 dari 53 ulasan di Agoda
- 4.8/5 dari 94 ulasan di Expedia.com.my
Harga: Dari RM590 / malam
Banyaklah hotel yang bagus ikut peruntukan yang ada.
ReplyDeletearea Kuala lumpur memang banyak hotel di sekitar bandar
DeleteAkibat ancaman wabak covid-19
ReplyDeleteramai yang menghadkan perjalanan dan penginapan di hotel2
ya wak, nak jalan jauh ke bercuti pun risau ni
Deletebanyaknya hotel yang unik-unik...
ReplyDeletememang banyak, akak yang duk Kl pun tak pernah sampai semua hotel ni
DeleteMencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?
ReplyDeleteBio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
3 - Filter2 yg berkualiti dan mendapat Sijil HALAL JAKIM
4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)
6 - Tiada bayaran bulanan
7 - Lebih 15 Model penapis air / water filter / master filter / water cooler dan lain2
HARGA bermula dr RM699
KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE
http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/
Hubungi:
0178895990 atau whatsapp click https://wa.me/60178895990
banyak hotel menarik dan murah la ni..blh staycation juga
ReplyDeletebetul kak, nak ke mall pun senang kebanyakkan di bandar kan... cuma di masa sekarang ni risau jugak lah nak ke tempat yang ramai orang
DeleteBanyak je hotel yang boleh dipilih kalau ke KL..
ReplyDeletemostly hotelnya sgt mem udahkan tapi buat masa skrg ni, mmg pendek lah langkah. elok duk rumah je
ReplyDeletekalau ada kolam renang infiniti mmg rasa dah rare dah pula tu kalau view dia mabeles.. waaa
ReplyDeletekalau gi KL, kadang2 belek jugak hotel2 ni walopun rumah adik ade kat shah alam tu...saje je kekadang rasa nak duk hotel, tapi tak pernah lagi lah terealisasi angan2 tu..hahahahah
ReplyDeletecantik cantik hotelnya. Seronoklah kalau dapat stay hotel macam ni.
ReplyDeleteehehehee ni hotel2 kena banyak kaching.. hehe..
ReplyDeletetapi best jugak sesekali apa salahnya escapism kan..
Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802