Assalamualaikum semua kawan-kawan,
Sudah beberapa minggu aku teringin nak makan laksa penang. Selalu ada jual kat kedai puspanita di lobi bangunan pejabat aku tapi dah lama takde. Jadi aku pun google lah resepi untuk buat laksa penang ini. Dulu masa bujang aku biasa lah buat dengan kawan tapi dah lama sangat takut lupa dan juga aku nak cuba buat dengan ikan makerel dalam tin heheheh.
Aku ni bukan la rajin sangat itu pasal nak cuba yang mudah, tak rajin rasanya nak rebus ikan dan asingkan isi nya. Sedap tau walaupun guna ikan dalam tin, kira lulus nih.
Bahan-bahan:
2 tin besar ikan makerel king cup- buang sos dan kisar
2 ekor ikan kita hancurkan kasar
2 biji bawang merah besar - kisar
1 1/2 inci belacan- kisar
2 sudu besar cili boh
2 batang bunga kantan- potong 4
segenggam daun kelsum
5 keping asam keping
garam/ gula
air secukupnya
salad- potong kecil
cili api potong bulat
bawang merah- potong nipis
limau kasturi- potong 2
nenas - potong dadu
telur rebus- potong 2
Cara Masak:
- Masukkan cili boh, bahan kisar , bunga kantan, daun kelsum dan asam keping dengan 1 liter air.
- Masak dengan api sedang untuk 20 ke 30 minit, perasakan dengan gula garam.
- Kepekatan kuah ikut kesukaan korang ya, kalau nk cair lagi boleh tambah air lagi .
- Bila dah cukup semuanya boleh la matikan api dan siap
ini bahan yang di kisar tau |
gini rupanya bila dah di kisar tau |
makerel 2 ekor yang aku hancurkan kasar |
warna dia menarik kan... kita masakan la hingga betul-betul masak segala cili apa semua ya |
dah siap, ulaman tu ikut korang nak boh apa |
nak potong timun pun lupa... gini pun sedap dah... |
sampai ke malam ini lah menu aku... hehehhe |
Bolehlah cuba dengan ikan makerel.
ReplyDeletecuba jangan tak cuba tau
Deletesedapnya laksa..akak tk pernh buat..slalunya MIL yg buat
ReplyDeleteuntungla akak MIL suka masak macam-macam, dana ni jenis suka masak sendiri kalau teringin
DeleteSenang guna ikan dalam tin, dah tak perlu nak perisi ikan dari tulang. sedap ni.. betul2 enjoy makan laksa ni
ReplyDeletebetul tu, sesuai untuk orang yang kurang rajin macam akak ni
DeleteWaa..simple saja cara buat.. 👍👍👍
ReplyDeletesimple dan sedap, cuba la nnti
Deletewah.. ini lagi senang mau buat kan kak. dari rebus-rebus ikan.. heheh
ReplyDeletetulah pasal, untuk orang yang kurang rajin macam akak mmg suka
Deleteoh kami tak pernah guna ikan sardin. selalu guna ikan temenung tu ja. hehe
ReplyDeletesebab malas nk ngerjakan ikan rebus kak oi, nak buang tulang la apa la
DeleteAssalamualaikum sis Missha, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.
ReplyDeleteSangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI
Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.
insyallah
Deletekwn abe kie citer dia campurkan ikan selayang n ikan sardin dlm tin tu utk buat kuah laksa penang. mmg lazat rasanya!
ReplyDeleteini jenis terlalu malas nak ngerjakan ikan rebus abe, itu pakai dalam sardin je
DeleteBila tak sempat, kena pandai mengolahlah kan Dan.. Sedap nampak menu tu bila dah siap.. Ikan dalam tin pun ikan juga.. hehehe.. lagi mudah sebab tak payah buang tulang..
ReplyDeleteitulah nak makan sedap tapi malas, kenelah kretif konon nya heheheehh
Deleteutk kita, cepat dan praktikal, ikan dlm tin pun ok kan :)
Deletejanji ada rasa dan lepas mengidam!
sedapnya alahai.. pos shsh alam sikit dana
ReplyDeletehaaa ini la dia yang nampak sedap sangat kat facebook tu kannn...hahahha
ReplyDeletesedap nyer.
ReplyDeleteye la... da lama x pekena laksa penang la, dana.
sedap nyer. sedap nyer!!!
Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802