Thursday, March 12, 2020

PHOTO DIARY #11/2020 OVEN KU SAYANG DI SAYANG

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Photo Diary hari ini ringkas je, gambar pun tak banyak mana. Korang ingat tak tahun lepas aku ada cerita pasal oven ku merajuk. Di entry ini bila cik oven ku merajuk.  Oven tu aku sayang, dapat masa hadiah kahwin tahun 2010. Tapi lepas 3 tahun tak guna dia merajuk api bawah dia tak menyala, dah pesan kat Edy suruh baiki tapi tak terbuat-buat lagi.

Sudahnya aritu dapat e voucher RM100 kat Aeon Big, aku pun mintak la Edy tukar dengan oven. Kecik pun takpe buat lepas kot aku teringin nak bakar apa-apa. Bakar dengan magic pan ok cuma kadang ada benda yang aku nak bakar dengan oven jugak. Jadi dapatlah aku sebijik oven yang comel lote, jadilah kan sebab kene tambah rm19 je.


aku sayang oven lama ni sebab besar, boleh buat bakar 2 ekor ayam sekali
lepas pindah rumah baru sekali je guna lepas api bawah dah tak nyala, nak kene baiki jugak harapnya ok lagi

sabtu lepas dok la pilih yang mana satu, kami tengok yang comel je sebab nak yang murah heheheh

oven lama dah baru, comel lote je kan oven ni... takmo beli besar jimat ruang

ayam terkangkang seekor ini lah yang aku paling teringin nak bakar dengan oven baru

sebab oven ni kecik ayamnya kene duduk gini hehehhe 

kalau oven lama, rupa gini aku masukkan ayam sebab dia besar... 

terubat rindu nak bakar ayam seekor gini... puas hati rasa ayam pun moist je lain rasa dengan bakar dengan magic pan

32 comments:

  1. Oven rumah kami pun rosak. tak g beli oven baru lagi.. Teringinnya nak masak cupcake. Skrg masak cupcake, kami kukus je la.. Tunggu menabung nanti kami nak beli Oven dan Mesin Jahit baru. btw sis, ayam sis menggoda seler ai.. kalah renny roger ni,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak kerana dapat evoucher rm100 tu memang takla akak beli oven tu dik oi heheheh

      Delete
  2. Oven kawen ai sampai sekarang tak buka kotak lagi. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan simpan lama-lama dalam kotak nanti kalau rosak susah dik oi... baik guna dari sekarang

      Delete
  3. mmg kalo bakar ayam sekor terkangkang gtu sesuai guna oven..wah oven lama bole muat 2 ekor ye...tkpela oven comel ni pn ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak,kalau guna magic pan dana potong 8 gitu ... tak moist cam bakar sekor gini

      Delete
  4. Nampak menyelerakan. Belum pernah lagi bakar seekor ayam dalam oven. Selalu bakar bahagian peha ayam banyak-banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakar sekor ni best moist ayam dia, dulu selalu buat bila dah lama tak buat itu yang teringin ehehehhe

      Delete
  5. mata dok tergoda dengan ayam tu je Dana..hehe.

    ReplyDelete
  6. bila kecik kita buat sikit..buat sikit makan sikit. ada can nak kurus dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha aduhai makan sikit cepat kurus ye kak

      Delete
  7. Oven saya pun tengah gila-gila juga nih, suhu tak berapa nak konsisten. Doakan saya ada peluang beli baru /atau baiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga dapat beli yang baru, moga dapat membaking dan masak macam-macam dengan oven tu

      Delete
  8. Sedapny dana. Geram tengok ayam sekor masuk trus dalam oven😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh tulah kak, dah lama tak masak sendiri sekor gini

      Delete
  9. wow cantik ovem baru Dana cadang nk beli juga sebijik

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli yang murah dan kecik je kak, jnji boleh guna heheheh

      Delete
  10. Woooo... tengok ayam terkangkang tu teringat kat oven yang suami simpan dalam stor belakang dapur. Nak bagi dapur lapang, habis semua barang dapur dia angkut ke belakang sampai kita terlupa apa barang dapur yang kita ada hahahaaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe yelah nak lapang dapur oven yang jarang guna memang kene simpan la dulu kan,lepasni boleh kuarkan lah kak

      Delete
  11. Macam best je nengok ayam bako tu. Share sikit resepi hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi nya sama dengan resepi ayam mayo, ada share resepinya kat tepi tuh... cuma ni tambah serbuk cili dan madu je

      Delete
  12. WAa sedapnya.. nak Resepi dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe resepi dia sama dengan resepi ayam mayo kak, cuma kene tambah serbuk cili dan madu,nanti kalau buat lagi ayam ni dana share yek resepinya

      Delete
  13. oven baru ada waranti setahun tu kak dana., hehehe

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Wr Wb

    Adakah anda mempunyai masalah kewangan dan anda sedang mencari bantuan dengan pinjaman tulen, kami di sini untuk membantu anda dengan pinjaman untuk memudahkan perniagaan anda dan menyelesaikan semua hutang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang anda untuk kebebasan kewangan. tawarkan perkara berikut.

    √ Pinjaman Perniagaan Besar

    √ Pinjaman Perniagaan Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman kereta

    √ Pinjaman Ladang Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk projek jangka panjang atau jangka pendek

    √ Memulakan pinjaman perniagaan

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Projek sedia ada

    Mengapa anda perlu memilih kami.

    + Kami memberi pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah

    + Tidak peduli di mana negara anda berasal, kami akan meminjamkan anda.

    + Proses kami sangat mudah dan mudah. sangat orang boleh memahaminya.

    + Kami adalah syarikat yang sangat jujur dan boleh dipercayai.

    + Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja,

    Maklumat anda selamat dengan kami.

    Matlamat utama kami adalah untuk memberi pinjaman seberapa banyak yang anda mahu dan bersedia untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu mengatakan kepada diri anda cukup, anda tidak boleh terus membiarkan kekurangan wang menghadkan pertumbuhan perniagaan anda. hubungi kami dengan maklumat hubungan kami di bawah dan marilah kita bersatu dengan memberikan pinjaman yang akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Anda tidak perlu bimbang, kami sangat boleh dipercayai dan bersedia memberi pinjaman kepada anda.

    Hubungi kami dengan:
    Syarikat: Firma Pinjaman Femi Otedola
    E-mel: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    E-mel: femiotedolaloanfirm1@outlook.com
    WA: +1 (469) 464-5833 (Chat Only)
    WA: +1 (806) 395-2203 (Chat Only)

    atau lawati Laman Web kami dan gunakan Hubungi Kami dan kami akan membalas anda.

    Laman web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari membantu mengembangkan perniagaan anda.

    ReplyDelete
  15. saya pun suka jenama pensonic ni..selama berjualan buat brownies dengan kek lapis, memang oven saiz ni je la saya guna...

    ReplyDelete
  16. pensonic brand yg dipercayai.
    tak rugi kalau beli, dana.
    best kan dpt bakar ayam ala ayamas gini.
    jimat duit. sedap pun sedap, kan :)

    ReplyDelete
  17. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...