Tuesday, March 3, 2020

BEKALAN EMAK ABAH DARI KAMPUNG BUAT ANAK SULUNGNYA

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Jumaat lepas maktek dan keluarganya balik kampung johor. Aku tak dapat balik sekali dek kerana kekangan masa kerja Edy. Selalunya bila balik kuala lumpur semula memang banyakla bekalan yang mak abah bawakkan. Perasaan bahagia tu tak boleh digambarkan.

Mak bawakkan asam pedas ikan pari dengan sambal tomato hijau, sedap sangat rasanya.  Siap ada mak bawakkan nasi sekali tau. Ada juga nenas, bunga kantan dan petai. Tak lupa tanah bakar dari kampung untuk tanaman aku kat sini hehehhe.


apa pun mak bekalkan tak pernah tak sedap bagi aku

walaupun cair tapi cukup rasa, sedap sampai kan aiyan sibuk mintak aku masakkan asam pedas lagi... 

sambal tomato hijau ni memang sedap, kat sini jarang nak jumpa tomato yang keras dan hijau lagi... kalau dapat mesti sedap buat masak gini

nenas kristal 4 biji, sedap betul nenas nih... manis sangat

bunga kantan ni dari rumah makcik, dan petai abah dapat dari jiran sekampung

pagi ini aku bawak nenas ni untuk bekal kat pejabat, memang manis leting

25 comments:

  1. UNTUNGLA masih ada mak abah kat kampung., ;p

    ReplyDelete
  2. wahhhh!! seronok lah Dana dapat ration banyak cam tu. sambal tomato hijau? cam ne buat nya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maktek pun dapat banyak gini gak kak hehh... sambal tomato tu nanti kalau dana jumpa tomato yang hijau dana kongsi resepi nya ya kak

      Delete
  3. macam2 bekalan dr mak utk ank kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, memang tak sah kalu balik kampung tak penuh kereta dengan segala bekalan

      Delete
  4. Sayang emak sampai pos makanan ke Kl. Air tangan emak memang sedap. Hehe Aiyan minta air tangan emak dia pula masak asam pedas tu. Kenalah buat rasa sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau adik balik kg tapi kakak tak balik memang ada je mak bekalkan macam-macam

      Delete
  5. Macam waklah
    Kalau anak2 cucu balik semua nak suruh bawak.
    Yang pasti mesti sembelihkan ayam kampung 2/3 ekor

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye wak, kadang minyak masak, gula pun dia siap nk suruh bawak balik... macam la kat kl tak hehehhe

      Delete
  6. begitulah ibu ni Dana, kak ana pun kalau tiap kali balik ada sahaja bekalan dari mak suh bawa balik, kadang bukan dari kebun pun depa beli tapi tetap nak suruh bawa balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, kadang tu dia punya bagi tu macam kita bawak kete besar, hehehhe semua la nak dibekalkan, pantang kita tanya

      Delete
  7. Seronok dapat macam-macam buah tangan dari kampung, so heaven..
    Terus rindu kampung..

    ReplyDelete
  8. MAK AYAH SYG SGT KAT DANA BANYAK KIRIMANNYA

    ReplyDelete
  9. Saya peminat nenas kak. Adui terliur pulak.

    ReplyDelete
  10. Apa pun air tangan mak, tak pernah tak sedap kan Dana..

    ReplyDelete
  11. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
  12. Asam pedas ikan pari tu memang sedap. Favourite

    ReplyDelete
  13. amboiii sedapnya nenas tu.. time2 panas gini , nenas potong letak dlm freezer pastu ngam makan mmg syahduuu

    ReplyDelete
  14. dulu masa duduk kedah sekejap, merasa jugak mak mertua, ipar bawak makanan datang rumah...rindu pulak bila baca entri akak ni...

    ReplyDelete

  15. ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...