Wednesday, March 11, 2020

BELAJAR BERCUCUK TANAM

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Sejak duduk rumah sendiri dan ada lah tanah separuh kangkang kera aku macam bersemangat sikit la nak menanam. Buat masa ini pokok pandan la paling subur menghijau, pokok mulberi dengan pokok buah tin meninggi je buah tak keluar sangat. Tapi aku ada jugaklah tanam beberapa tanaman kat dalam pasu. Hari tu mak siap bekalkan tanah bakar dan baja lagi dari kampung. Harapnya subur la tanaman aku lepas ni.

Bunga rose jepun tapi kenapa entah dia merajuk takmo berbunga.
Bayam brazil, yang ini memang aku biakkan banyak tempat. 
Pokok kucai dari kampung hidup tapi tak membiak. 
Poko bawang, aku tanam je bawang kecil 3 biji untuk dapatkan daunnya
Pokok cekur@ kencur , benih dari kampung
kunyit, baru semai
halia, baru semai
batang kelsum, tak tau hidup ke tidak

ada bunga melur, bunga kertas yang tak berbunga-bunga, mulberi pun meninggi je, pandan juga lah yang subur 

gambar aku amik 29 februari, hari ahad jelah ada masa untuk aku jenguk tanaman ni

hasil tuaian bayam brazil, dapatlah sekali masak campur dalam apa-apa sayur hehehe


ahad lepas ni, aku tambah lagi semai bawang, semai kunyit, halia dan pokok daun kelsum

46 comments:

  1. Banyak jugak jenis Dana tanam. Rajin!

    Ros Jepun kalau ikut pengalaman akak, dia nak kena matahari dan letak baja bunga. Yg akak rasa leceh, ros jepun kena rajin semai semula utk pastikan sentiasa berbunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jenis kak tapi tak tau berapa je yang hidup nanti hahahha...
      tulah kawasan dana boh tu tak berapa kene matahari kene tukar tempat la tu nnti...

      Delete
  2. Popular bayam Brazil ni. Mak pun tanam pokok ni.
    Rajin Dana tanam pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab mudah nk hidup bayam brazil tu kak tu pasal tanam hehehe... dana tanam pokok yang boleh digunakan untuk seharian kak, itu pun kadang idung kadang tak hehehe takde bakat

      Delete
  3. ada tanah bole bercucuk tanam tu bgs juga..tunggu hasilnya berbuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tanah sikit je kak, itu pun dana banyak tanam kat pasu je, cuma tulah kadang idup kadang tak... try nk tanam serai asik la mati je

      Delete
  4. Ada jiran akak dulu bg petua supaya tanaman hidup sibur,harus ditanam pd hari rabu...akak nk gelak pun bimbang dia kecik bati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhhh ada ye kak petua gitu hehehhe, hari kerja memang tak sempat la nak bercucuk tanam kak, takat siram pokok bolehla

      Delete
  5. rajinn., harap tanaman tumbuh subur

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la rajin mana wak, tapi tulah teringin juga ada tanaman bila ada tanah sekangkang kera tu

      Delete
  6. Selalu orang kata berbakti kepada tanah dapat hasilnya.
    Mama saya pun suka gardening juga aunty.

    ReplyDelete
  7. RAJIN BERTANAM PASTI MENJADI MUDAH NAK GUNA KALA PERLU

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, harapnya berhasil lah semuanya tu kak

      Delete
  8. rajin Dana..tanah akak kat belakang rumah ni agak besar tapi dah lama tak bercucuk tanam walau teringin nak kembali menanam tapi tunggu la waktu yang sesuai sbb skrg ni musim panas kan..hehaha alasannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit-sikit boleh la kak, itu pun seminggu sekali je baru dapat kerjakan

      Delete
  9. agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  10. pernah duduk rumah sewa mcm ni dekat UKay perdana tapi 1st floor.. tgk org bawah tanam mcm ni la sbb tanah sekangkang kera.. tp ok la walaupun sikit boleh la buat makan sendiri kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ukay perdana kat mana tu? akak memang duk ukay perdana kat sri wira...

      Delete
  11. Wah rajin nya bercucuk tanam. Banyak jenis pula tu..moga ada hasilnya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam banyak-banyak tu tak semua hidup rasanya tu kita semai banyak2 heheheh

      Delete
  12. Bestnya kan.. dapat tanam walau sikit².. saya terfikir nak buat gini... entah bila nak sampai mood rajin cucuk tanam ni..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kene mulakan dengan tanaman yang paling mudah, bila dia hidup subur baru kita semangat nak tanam yang lain

      Delete
  13. Akak suka makan tapi bab nak bercucuk tanam tu.. eemm.. aahhh... eeerrr... hehehe..

    ReplyDelete
  14. Ya Allah kak, ku jeles yakmat tau...

    ReplyDelete
  15. waalaikummusalam
    bayam brazil tu buat kerabu
    sedap sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa goreng atau buat masak lemak, nanti kalau ada banyak lagi nk buat kerabu jugak lah

      Delete
  16. Wah. Berjaya. Orang kata ular suka duduk kat pokok pandan. Betul ke tak saya tak tau. Mungkin pokok tu dlm ssemak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, tapi jenis pokok pandan yang rimbun sangat macam di kampung... kalau macam umah saya ni cicak pun segan nak sembunyi hehehhe

      Delete
  17. Sedap ke bayam tu? pokok pandan akak macam nak jalan dah asyik diambik oleh chef ciju. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak, nak tanam pun mudah je.... kalau ada jumpa di kedai beli lah kak boleh buat ulam, buat sayur goreng dan macam-macam

      Delete
  18. Salam bertani
    Pokok mulberi tu nak kena pangkas bari bebunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pangkas wak tapi kok tak muncul-muncul lagi... merajuk dah agaknya

      Delete
  19. kami punya tanaman yang nak guna, bukan main payah nk hidup. yang xleh nk makan mcm pkok hiasan, kaktus bukan main hidup dgn jayanya.. Bayam brazil baru start tanam.. pokok kari kami alahai.. daun 2helai je gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tulah, buat masa ni cuma pandan je lah yang nampak segar bugar, bayam brazil menjadi jugak tp idok la subur maacam mak tanam

      Delete
  20. Seronok sgt bolamdh mulnnampl.hasilmya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, berhasil tapi tak memberansangkan heheheh

      Delete
  21. alhamdulillah seronok tengok ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tulah tak sesubur macam mak tanam... banyak yg hidup segan mati tak mau hehehe

      Delete
  22. bayam brazil kat rumah ni segan hidup mati tak mau sejak2 cuaca panas ni...kadang2 lentok ke bumi bila takdan nak siram... siram balik, bangun segar semula...hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes sunah.
      sama la dgn bayam brazil aida ari tu.
      kemarau teruk kan kat melaka.
      hidup. tapi daunnya tak menjadik!

      Delete
  23. aida sedang mencari daun kesum ni.
    kedai depan ni, dia jual daun kesum takde berakar! aduhai...
    kalau ada akar, dpt la aida cambahkan akar nyer tu kan.
    tiap ptg hujan ni, elok sgt tanam daun kesum.

    ReplyDelete
  24. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
  25. Terbaekk sis. Berbudi pada tanah :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...