Monday, March 2, 2020

SOSEJ AYAM PULUT, LOKCHING DAN SOSEJ AYAM CHEESE BAKAR ALA SIAM

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Cepat nya masa berlalu, dah masuk bulan mac di tahun 2020 ini.  Maaf la ye entry hari ini bertema kan makanan lagi. Makanan antara gambar paling banyak dalam hp aku ni kan heheheh.

Dah beberapa bulan aku teringin nak makan sosej ayam pulut, sosej ayam cheese bakar yang biasa ada di kedai siam atau di jual tepi pantai di belah pantai timur dan utara yang bersempadan dengan siam.  Aku biasa makan menu ini bila aku ke Kuala Terengganu di tepi pantai Batu Burok. Sedap rasanya, layan betul makan tepi pantai. Bila lama tak balik Terengganu aku tercari-cari lah kat kuala lumpur ni. Terjumpa yang jual di tepi tasik seri rampai, laju-laju suruh Edy beli.

Aku kongsi alamatnya ya, kalau korang nak cuba.

Waktu petang dia akan beroperasi dengan motor 
di tepi Tasik Seri Rampai

Waktu malam pula di
Medan Selera D`tasek
(Bersebelah tasik seri rampai)
Gerai no.12 SG padi Tomyam
Sabtu tutup

D`Wann Lokching
01136507397

sebelum letak sos, ada 2 jenis sos manis dan pedas manis
26hb Februari edy dah beli, sedap rasanya puas hati.., satay ikan tu 3 cucuk rm1

ini sosej ayam pulut, nampak dalamnya tu ... secucuk rm2

ini pulak ayam cheese, rm2 jugak sedap aku suka

malam tadi aku minta Edy belikan lagi... ambil juga sosej pulut tomyam pun sedap semua ni RM2 secucuk


gini rupa sosej ayam pulut... nampak kan cebisan pulut tu

ini pulut tomyam, nampak ada rempah tu

bila dia kelar-kelar dan bakar memang rasa dia lain... makan rendam dengan sos dia tu best
antara pilihan yang ada sebelum di bakar

waktu petang dia buka gerai atas motor tepi medan selera

teringat-ingat... meleleh air liur

36 comments:

  1. meleleh ailio akak menengoknya ni haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, kene cari tuh kak kalau dh terliur

      Delete
  2. Pertama kali dengar sosej pulut tu. Seronok ye dapat jumpa apa yang diinginkan.

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi rasa lok ching...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang ada yang manggil lokching tu satay ikan , ada jugak sebut lokching tu makanan bakar gini

      Delete
  4. lokching mmg fav..nanti kalo jmpa sosej pulut nk try la

    ReplyDelete
    Replies
    1. try tau kak, rasanya kt kedai suraya kampung baru ada jual jugak kak

      Delete
  5. tergugat kejap iman sy yg tgh berpuasa ni.. haha..

    sosej pulut sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali akak jumpa masa ke pantai batu burok lah dik... sedap kan sampai teringat-ingat

      Delete
  6. Dalam banyak-banyak tu, sosej pulut Sis tak suka makan rasanya...yang lelain tu sedap..tak tau laa, tak boleh masuk dek tekak sosej pulut tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana sejak pertama kali dah jatuh suka kak hehehe... kalau sosej biasa kat pasaraya tu kadang macam bosan lak

      Delete
  7. suka makan lokching dengan sosej pulut tu. Rendam dengan sos dia memang mantul kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun suka makan cara Farhana, rendam dengan sos tu baru best kan

      Delete
  8. Sedapnya.. dulu ada juga staf jual kat dalam ini tapi sebab susah dapat bekalan, dia dah stop.. huhuhu.. sedih.. suka ayam cheese..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kalau dulu time balik terengganu baru jumpa, sekarang bila dah tau kat area kl memang tuju situ jelah

      Delete
  9. Ala Dana...kenapa tunjuk....sedapnyaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau teringin cuba lah cari kak SA, try wassap no tu kot lah nk beli yang frozen dan bakar sama-sama dgn family

      Delete
  10. sedapnyaa sosej.. tak pernah try lagi sosej pulut, nak kena cari la lepas ni..

    ReplyDelete
  11. Baru tau pasal sosej ayam pulut tu...sosej ayam, ada inti pulut la tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam dengan sosej tu dia campur sekali pastu jadikan sosej kak...

      Delete
  12. Asalam..memang berselera nak beli..sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, itulah bila teringin memang bila dapat tak boleh lepaskan

      Delete
  13. sedap ni.. favourite.. makan panas2 cicah sos dia mmg heaven

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan, akak suka rendam dgn sos nya puas hati

      Delete
  14. Alamak sedapnya kak. Terliur tengok. Ni favourite kita jugak.

    Bila sebut pata batu burok, huuu teringat negeri kelahiran ku Kak.

    Makan situ syok, sambil tengok² laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, disitu la ku kenal ini makanan sedap ni

      Delete
  15. kalo saya, kurang sikit makan benda2 gini...huhuhuh..tak tahu lah kenapa, dari kecik macam tu...sosej kosong aje boleh lagi lah...

    ReplyDelete
  16. ayo daftar di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  17. Alamak sedapnya kak. Terliur tengok. Ni favourite kita jugak. slot microgaming

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak. nak minta izin pinjam gambar lokcing.

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...