Friday, March 6, 2020

RESEPI NASI AYAM THAI DENGAN RICE COOKER

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Maaf semua, aku kongsi resepi berulang. Cuma masa tu aku masak dengan periuk noxxa, tapi ini aku guna periuk nasi biasa.  Minggu ini aku agak malas nak masak kat rumah yang istimewa. Semua lauk yang mudah je. Bulan lepas aku ada masak menu ini, menu mudah cepat dan ringkas tapi sedap. Aku memang dah jarang masak nasi ayam yang biasa tu.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam belah 4 (aku guna ayam belah tight 2 dan peha 4 ketul) 
1 ketul sup bunjut
2 inci halia , potong besar
5 ulas bawang putih
5 biji bawan merah kecil
2 pokok akar daun ketumbar
2 pokok akar daun sup
1 kiub ayam
garam
air secukupnya ( air untuk sup dan untuk masak nasi)
3 cawan beras

Cara Masak Ayam dan Sup:

- Masukkan semua bahan kecuali beras dalam satu periuk besar dan masakkan hingga ayam masak.
- Bila ayam dah masak, keluarkan separuh sup untuk di masak dengan beras .
- Tambahkan hirisan daun sup untuk sup yang telah siap

Cara Masak Nasi:

- Masukkan beras yang telah dicuci dalam rice cooker dan susunkan ayam di bahagian atasnya.
- Masukkan sup tadi secukupnya untuk 3 cawan beras dan masakkan hingga nasi masak.

Bahan untuk sos kicap:

10 biji cili api bangla - hiris bulat
1 ulas bawang putih - cincang
1 pokok daun ketumbar - cincang
5 sudu besar kicap manis jalen
2-3 sudu besar sos cili thai
1 sudu kecil cuka
sedikit air panas

- Campurkan semua bahan dalam satu bekas kacau hingga sebati.

bawang putih dengan bawang merah tu memang aku tak potong, boh sebijik-sebijik gitu

masa kita susunkan beras dan ayam untuk masak nasi

sementara tunggu nasi masak, kita buatlan cili kicap dia ni yang memang umpph betul

nasi ayam yang dah siap masak, nasi tu memang moist dia lain macam

aku suka makan gaya gini curah je sup lepastu boh ayam dan sos kicap... 

52 comments:

  1. Cili kicap tu macam cili kicap untuk buat cicah ikan goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa dana cicah ikan goreng pakai sambal kicap kak bukan jenis gini

      Delete
  2. SEDAPNYA NASI AYAM DANA SPECIAL TU SAMBALNYA

    ReplyDelete
  3. Alaaaaaa...terus kakak lapar ni.....mana nak carik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok akak buat boleh makan dengan family... senang je kak

      Delete
  4. sedapnyaaaa..tak pernah try cara ni

    ReplyDelete
  5. Wah! Sedapnya. Kebetulan anak lelaki kita suka nasi ayam. Nanti boleh cuba :)

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap betul nasi ayam siamnya tu.... dah makan tadi, tapi ternampak nasi ayam siam ni rasa laparlah pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah sebab nasi nya jadi lembut dan berperisa betul

      Delete
  7. Replies
    1. aah lebih kurang cuma takde la rempah macam nasi arab tu

      Delete
  8. sedapppnyeeee.. hishh ni rase nak masak nasi ayam lagi ni. walaupun haritu dah masak hehehehe.

    ReplyDelete
  9. Hari ni pegi majlis nikah, jamuan nasi ayam.
    Teringin nak makan nasi bebek pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi wak, wak kan teror masak korbankan bebek wak...

      Delete
  10. sedap tu nampaknya. terima kasih dana sbb sudi berkongsi resepi di blog.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. sedap kak, kat rumah tu semua peminat nasi ayam

      Delete
  12. Sedap tu kak Dana. Makan pula dengan kicap ada cabai. Nyummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, makan dengan kicap sambal tu pun terangkat rasa

      Delete
  13. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
  14. Waa nampak sedap dan mudah... bole try masak ni.. hehe dah follow Dana.. hope we can be friends... BTW dah tekan iklan Dana ari ni..

    ReplyDelete
  15. sedap dan senang nak buat kan. dlm malas2 rajin juga kau dari aku dana weh. aku lagi dlm malas mode ni. masak sup ayam kampung je hjg minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sedap dan mudah... kadang aku ni datang malas, lauk telur kicap je ko hahhaha

      Delete
  16. Terima kasih resipi mudah ni

    ReplyDelete
  17. Alahai.. nampak Dana buat senang je...
    Mrs. A nak cuba jugaklah.
    Tengok gambar yang "masa kita susunkan beras untuk masak nasi" tak pernah buat macam Mrs. A ni seriau pulak kalau nasi lembik huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak masak macam kita masak nasi biasa cuma lebihkan la sikit supaya nasi jadi gebus gebas

      Delete
  18. pernah tau buat gini dulu, dana. resepi google.
    aida suka. tapi asben tak prefer gini. dia tu memang lain skit citarasa.
    still nak asingkan nasi dgn ayam.
    tapi dia makan jer lah yg aida buat tu hi hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana bukan apa kak, sebab malas nk sediakan 2 jenis sos, kicap dan sos merah... lepastu malas nk bakar atau goreng ayam tu semula hehehe...

      Delete
  19. Semalam buat jugak nasi ayam. Nanti nak try nasi ayam thai ni pulak

    ReplyDelete
  20. nak try la yg version thai ni.. anak-anak suka sgt nasi ayam.. so mmg fav la

    ReplyDelete
  21. owhh kiranya ayam tu dimasak sekali bersama dengan nasi ek...ok okkkkk

    ReplyDelete

  22. ayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...