Friday, August 5, 2022

RESEPI MASAK LEMAK UMBUT KELAPA DENGAN AYAM

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi yang rare dan kegemaran orang lama. Orang bandar mungkin tak kenal lah menu ini, maklumlah umbut kelapa ni payah jugak nak jumpa orang jual kecuali di pasar tani. Aku masak ni minggu lepas, beberapa hari sebelum tu Edy bawak balik umbut kelapa. Kelapa tepi rumah bossnya yang dipotong jadi umbutnya dapat lah dekat dia sikit sebab dia tengah buat pembaikan di rumah boss nya.

Memang dah lama lah tak makan umbut kelapa ni, sedap manis lembut. Memang layan lah. Terbebel panjang pulak, aku kongsikan resepinya ya.

Bahan-bahannya:

Umbut kelapa, ambil bahagian yang lembut potong-potong 

1/2 ekor ayam

2 biji bawang merah besar, kisar

5 ulas bawang putih, kisar

2 inci kunyit hidup, kisar

2 batang serai, ketuk

1 sudu kecil jintan manis, kisar

2 sudu besar biji ketumbar, kisar

2 kotak kecil santan

2 sudu besar minyak masak untuk menumis

Air secukupnya

garam

Cara Masak:

- Tumiskan serai dan bumbu kisar hingga pecah minyak. Lepas tu masukkan ayam gaulkan dengan bumbu dan tutupkan periuk untuk 5 ke 10 minit dengan api sedang.

- Bila ayam tu dah separuh masak, masukkan umbut tu semua. Gaulkan dengan bumbu dan tambah air masak 2 cawan. Tutupkan periuk dengan penutup untuk 10-25 minit biarkan umbut lembut. Jangan lupa sentiasa buka penutup dan kacau umbut biar masak sekata.

- Bila umbut dah lembut tambahkan santan dan air secukupnya. Perasakan dengan garam dan boleh matikan api. Siap

ini umbutnya, yang bahagian keras kena buang jangan korang masak pulak. Boleh juga kalau nak rebus dulu umbutnya jadi tak perlu masak lama

Kalau nak tukar ayam dengan daging pun boleh 


umbut ni manis betul tau bila dah masak, aku takde letak gula pun






masa ni nampak penuh lagi

bila umbut dah lembut


sedap betul wei, tengok ni pun aku terliur sendiri

16 comments:

  1. Assalamualaikum Dana.... lapar nih! Sedapnya umbut masak lemak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak, itulah teringin pulak bila tengok gambar umbut ni

      Delete
  2. sedap tu masak lemak umbut terasa manisnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak PI, kalau dapat bahagian yang lembut makan gitu je pun dah sedap

      Delete
  3. Sedapnya umbut buat masak lemak campur ayam camni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kak oi.... kene cuba ni kalau jumpa umbutnya

      Delete
  4. Ya Allah, sedapnya umbut kelapa. Ngam masak lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu, masak lemak putih pun sedap juga sebab dia manis

      Delete
  5. Pandai Dana masak umbut, akak pandai makan aje 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je kak nak masaknya, macam masak lemak biasa cuma dana suka letak ketumbar dan jintan

      Delete
  6. sedap umbut kelapa tu., x jumpa lak kat jakarta nih., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sini pun susah nak jumpa orang jual masak lemak umbut wak

      Delete
  7. Ma syaa Allah..
    Lauk rare dan nostalgia ni...
    Buat kerabu kerisik pun sedap ni..kalau dapat kat saya kokak umbut mentah tu pun dah sedap🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak tak semua kenal atau pernah makan kan, yelah buat kerabu dan makan gitu je pun sedap manis lembut.

      Delete
  8. Lama sangat dah Mrs. A tak makan umbut kelapa.
    Celah mana nak cari umbut pun Dana hahahaa... kena tunggu orang panjat kelapa atau tebang

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak susah nak jumpa kan, kat pasar tani pun kadang payah nak jumpa. Ini pun kalau boss Edy tak tebang pokok kelapa tepi rumah dia tak merasa jugak

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...