Tuesday, August 30, 2022

JOM BASUH KERONGSANG

 Assalamualaikum semua,

Aku ni suka letak keronsang aku dalam 1 bekas besar yang digunanya ada lah dalam 3-4 ketul je. Yang lain selalunya terbiar sampai berhabuk dan berdebu. Beberapa minggu lepas aku rasa rajin sikit jadi aku basuhla kerongsang aku, rendam dengan sabun basuh pinggan dan air suam rendam untuk 15 ke 30 minit. Gosok-gosok sikit guna berus gigi lama lepas tu bilas, keringkan dan jemur dekat panas. Lepas tu simpanla tempat bertutup ya jangan la letak tempat terbuka hahahha.

Perempuan gini lah, nampak yang cantik beli, beli dan beli yang digunanya sikit je. Aku pulak tak pakai selendang jadi memang pakai 3 bentuk kerongsang jelah tiap hari. Sejenis aku akan guna kerongsang yang sama je dekat bahagian bawah dagu dan bahu kiri , bahu kanan je kadang tukar-tukar juga.

kerongsang bawah dagu selalu sama je, belah kiri lak tak nampak, keronsang belah kanan tu yang selalu nya besar sikit .Bulat ini

atau bentuk bunga ni yang selalu aku guna untuk keronsang belah kanan

ada keronsang mahal dan murah, paling mahal keronsang zhulian

rendam kejap ya

lepas dah dibilas, masa untuk keringkan

terjumpa pulak cincin habib jewel ni, dah lama ni rasanya ada lah dalam 6 ke 8 tahun dulu aku beli ni

Letak dekat luar rumah biar cepat kering

12 comments:

  1. orang hado-hado ni....cincin habib main campak2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. halamak... hado lah sangat ammi oi, masa tu murah je dlm rm300 lebih ke rm500 regenya

      Delete
  2. betul kerongsang simpan tempat bertutup baru tahan lama. tak pernah lagi try basuh brooch ni sebab biasa kalau dah tak comey buang je sebab ada berkotak lagi brooch

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang dik non oi, selagi belum karat akak tak buang, yg biasa-biasa tu kalau karat mmg buang... lagilah yg zhulian tu rm90 seketui hahahha

      Delete
  3. Banyak sangat kerongsang Dana sampai tidak terpakai.
    Kena gilir-gilir pakai jawabnya.
    Sudah simpan tempat bertutup tidak berdebu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah perempuan ni pantang nampak cantik beli, beli ... yang makainya sorang je

      Delete
  4. tk pernh lg basuh brooch...akak suka brooch beli kt korea...rambang mata..perempuan dgn brooch kecik2 mmg bertabah..kan ada yg ilang kan hehe

    ReplyDelete
  5. rajin dana kumpul kerongsang cantik

    ReplyDelete
  6. Boleh cuci kerongsang ye Dana. Kak Amie tak pernah cuci. Suka pakai kerongsang putih sebab tak nampak pudar walau lama pakai.

    ReplyDelete
  7. Bolehlah tambah2 lagi penuhkan semangkuk tu

    ReplyDelete
  8. sama kak ana pun Dana suka kumpul keronsang dan batu blink2 tapi tak pernah basuh lak haha :)

    ReplyDelete
  9. Amboi....cincin Habib jewels letka cenggitu je....serammm....

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...