Assalamualaikum semua,
Sabtu lepas ada sambutan Pelancaran Bulan Patriotisme di sekolah Aiyan. Kebetulan pulak dia ambil bahagian dalam perbarisan jadi kene lah sediakan apa yang patut. Kena pakai baju melayu, bersongkok siap samping. Songkok dia udahla dah sempit, kain samping pun sama udahnya pinjam dekat anak kawan Edy. Jumaat balik kerja tu terus la keluar carikan songkok dia dan tali pinggang.
Sabtu awal pagi macam pergi sekolah tu dah gerak sampai depan sekolah dalam pukul 7.05 minit. Siap sarapan hantar dia ke tempat berbaris aku dan Edy pun tunggu lah bawah khemah. Siap ada tetamu jemputan Dato Yusof Haslam tau, rupanya dia adalah alumni sekolah tu pada tahun 1960an. Di pendekkan cerita lepas perbarisan ada pelbagai persembahan dan yang paling aku suka persembahan anjing K9. Lepas tengok persembahan tu kita layan kan hari keushawanan pulak beli la apa yang dijual. Ada beberapa lagi permainan yang disediakan. Aiyan la yang seronok kami peneman je.
songkok Johor namanya... sebab dia tinggi |
tapi kami tak beli,mahei kami beli songkok biasa je |
pakai samping dekat rumah |
pakai baju gaya johor samping duduk dalam baju... Kacak ke tidak? |
mask pun dia minta yang warna maroon juga |
masa ni Dato Yusof Haslam tengah bagi ucapan |
anjing K9, memang dinantikan betul persembahan |
budak lepas berparisan, berpeluh comot. Sebelah tu kawan kelas nya, cikgu suruh kami tengokkan sebab dia sendiri je |
aku yang geram tengok anjing-anjing ni baik je dia |
Edy pun nak bergambar jugak... anjing dia senyap je takde berbunyi pun dia |
beratur nak beli makanan |
Aiyan dengan kawan nya tengah tunggu untuk mewarna |
masing-masing dah lapar duk lepak depan kelas Aiyan belakang tu la kebun yang selalu kelas PPKI jaga |
redup je dekat sini |
ada permainan memancing, tapi caranya dengan jaring kecil tangkap ikan...dapatlah 3 ekor tapi sebab Aiyan takut dengan ikan dia tak nak bela. Jadi pulangkan semula pada cikgunya |
mewarna lah dia dengan Papa nya teman |
Yusof Haslam alumni sekolah. Sekolah mana itu?
ReplyDeleteNampak betul meriah.
tu , dah tulis nama sekolah dekat tajuk tu kak... SK Polis Depot
DeleteTq Dana. Tidak perasan nama tajuk betul-betul.
Deletehehhee tulah musti akak cari dekat dlm entri kan, tapi takde
Deletewah..meriah. mana Datuk Yusuf Haslam nya...
ReplyDeleteada tu kak, lupa lak tadi nak selit gambarnya hehehehe
Deleteamboi Ayyan, segaknya semangat nak sambut merdeka naa :)
ReplyDeletehehehe itualah kak, kang kalau tak lengkap macam di minta bising lak dia tu
DeleteSeronok macam ni. Lagi ada mewarna tu..
ReplyDeletemewarna tu anjuran McD dik, dapatlah burger mchiken 1, sijil dengan mainan 1
Deletewah bestnya, nampak sangat meriahnya... tentu semua semangat dan gembira
ReplyDeletealhamdulillah memang suka lah dia ustaz
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete