Friday, August 19, 2022

RESEPI DAGING GORENG DAUN SELASIH

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi daging lagi, menu ini memang sedap dan wajib dicuba tau. Resepi ini aku pakai reka sendiri je, tak sangka sedap memang terus kongsi lah dekat sini. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara masaknya ya.

Bahan-bahan:

500gm daging, kita hiris nipis

5 ulas bawang putih , hiris nipis

1 biji bawang merah besar, hiris nipis

1 inci halis, hiris nipis dan halus

2 batang serai, ketuk

7-9 biji cili api, potong 2

1 genggam daun selasih

1 sudu besar sos nampla

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos cili

1 sudu kecil kicap manis

1 sudu besar tepung jagung

sedikit serbuk lada hitam

minyak untuk menumis

garam

Cara masak:

- Daging tu gaulkan dengan sos nampla, sos tiram, 1 sudu sos cili, kicap manis, serbuk lada hitam, dan tepung jagung gaulkan hingga rata dan perapkan paling kurang 30 minit.

- Bila daging dah perap kita gorengkan dalam kuali yang dah kita letak minyak sedikit, goreng hingga nampak daging separuh masak baru masukkan serai dan bawang putih, bawang merah, halia, serai dan cili api.

- Gaulkan sebati biar daging dah masak sepenuhnya tambahkan garam sikit je lepas tu masukkan daun selasih dan siap. 


gaulkan semua ya, saja aku tambah hirisan bawang putih sikit masa gaul tu



api guna besar tapi jangan tinggal lama-lama 

ni dia dah separuh masak gitu baru kita masuk bawang apa semua tu





dia punya aroma daun selasih tu... memang sedap, rajib di cuba tau

17 comments:

  1. Boleh cuba nanti ni....nampak sedap..akak pun selalu macam tu la...resepi cipta sendiri lepas tu share...puas hati kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan kak, jenis yang senang lepas tu rasa sedap dan mudah kita pun kongsi lah kan kak

      Delete
  2. Sedapnya..Mudah pula tu.. tq share dana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kalau yg susah tu dana pun tak rajin sangat buat kak heheheh... kalau yg mudah gini laju je

      Delete
  3. Macam terasa kat tekak pulak..Pasti harum dengan aroma daun selasih tu...

    ReplyDelete
  4. Daging goreng sedapp nya
    campur daun selasihh mesti wangi je kan .tak penah lg buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul kak... mmg wNgi daun selasih sebab tu letak akhir2

      Delete
  5. nampak sedap sangat Dana, boleh lah nanti kak ana try :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Subjek utama daun selasih wak...bau serai pun hilang bila dh boh selasih

      Delete
  7. Mudah dibuat bahan-bahan itu kebanyakkannya ada.

    ReplyDelete
  8. sebelum masak tu pun da nampak sedap dagingnya, apatah lagi bila da masak ek...sampai ke sini bau dia..hahaha

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...