Thursday, August 25, 2022

PHOTO DIARY #24/2022

 Assalamualaikum semua,

Terasa cepat betul udah sampai hari khamis, duduk dekat pejabat baru ni banyak juga kerja. Itu kadang sedar-sedar udah tengahari, rasa cepat masa berlalu bila kerja ada banyak. Tapi bila takde kerja rasa macam jarum jam tu tak bergerak hahah. Terbebel panjang pulak, jom la kita layan ceita bergambar.

Ahad lepas , makan yee mee sizzling di Aeon AU Keramat, layan jugak lah

singgah ke kedai Romantika, meriah bunga-bunga nya

memacam jenis, warna dan saiz

welfie dengan budak bulat ni

lepas pusing sana sini belek bunga-bunga akhirnya pilih yang dah siap gubah gini, nak gubah sendiri memang jenis tak berseni

belah kiri bunga lama, kanan tu bunga baru nampak ceria warna dia tu

nampak ceria kan warna oren tu dengan meja baru aku ni


pandai dah beli aiskrim sendiri, ini kalau papa yang ambil balik sekolah memang kene bebel lah dia

si Tom yang sangat suke tidur sebelah Aiyan, setiap malam kalau Aiyan main tab nya mesti dia akan datang dan baring sebelah


perbezaan daun bawang merah dan bawang putih


dia ni kan, suka sangat mengesel melekat je dengan aku, geram kadang tu.

hari khamis kan, kena lah pakai baju batik. Dah diwajibkan setiap hari khamis penjawat awam wajib pakai baju bermotif batik. Mujur la ada beberapa helai

16 comments:

  1. sizzling tu fav tp akak slalunya amik yg mee bkn yee mee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana amik yg mee kak, yee mee ini Edy punya, tapi dia punya rupa lagi menggiurkan dari yg dana punya hahahha

      Delete
  2. Cantik bunga tu Dana...akak kat meja letak keladi..dah besar dan meninggi pindahkan ke area tingkap biar kena matahari...yee mee tu nampak sedap plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana tak rajin nak menjaga kalau bunga hidup kak, itu prefer yang tak payah siram terus hahahhaa....

      Delete
  3. apa nama dia , si hidung hitam tu. Misai putih twringat kucing akak ty

    ReplyDelete
  4. Cantik gubahan bunga pilihan Dana tu, memang lebih menyerlah dari yang lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak nak gubah sendiri kita tak pandai, beli yang dah siap jelah mudah

      Delete
  5. Rajin tukar bunga baru di meja kerja. Ambil semangat untuk kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pejabat baru bunga pun nak baru kak, biar naik seri sikit hehehhe

      Delete
  6. orang cakap daun bawang putih lagi sedap baunya..betul ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bau dia lagi kuat. Akak suka guna daun bawang putih tp takde org jual

      Delete
  7. baru diwajibkan ke pakai batik every Thursdays? ingatkan mmg dah lama diwajibkan

    ReplyDelete
  8. Cantik warna bunga yang oren tu Dana. Lebat!

    ReplyDelete
  9. Memukau betul sizzling mee tu... hahaha

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...