Friday, August 12, 2022

RESEPI ASAM PEDAS DAGING DAN TETEL DENGAN NOXXA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi asam pedas daging dan tetel,buat ni ahad lepas. Nak habiskan daging korban yang mak bagi, yang bahagian banyak daging dan masak tinggal yang banyak tetel itu masak asam pedas. Sedap betul hasilnya wajib di cuba tau.

Bahan-bahan:

1 kilo daging dan tetel, potong sedang

3 biji bawang merah besar, kisar

5-6 ulas bawang putih, kisar

2 inci halis, kisar

2 inci kunyit hidup, kisar

4-5 sudu cili boh

1 sudu besar asam jawa

2 batang serai, ketuk

3 tangkai daun kesum

3 kuntum bunga kantan

kacang bendi/ tomato

Air secukupnya

garam

Cara Masak:

- Panaskan minyak masukkan serai dan semua bahan kisar, cili boh, gunakan fungsi stir fry. Tumiskan untuk 10 minit hingga pecah minyak.

- Masukkan hiris daging dan tetel, masukkan air 2 cawan, 1 kuntum bunga kantan dan masak guna fungsi HP untuk 35 minit.

- Lepas 35 minit dah keluarkan wap nya, masukkan air lagi tumis guna stir fry masukkan asam jawa, daun kesum, bunga kantan lagi , bendi, tomato dan akhir sekali garam. 

- Masak kejap lepas tu matikan fungsi stir fry dan siap.

*aku guna noxxa sebab nak daging dan tetelnya cepat empuk.









dah siap... 

17 comments:

  1. Selalu asam pedas kitorang kosong tiada sayur.
    Teruja tengok hasil akhir masakan Dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana kalau masak asam pedas memang suka letak daun kesum, bunga kantan, tomato dan bendi kak... lauk dan sayur sekali

      Delete
  2. Fuhh sedapnyaaa uii... ni kalau makan, cecah roti panaskan 3 hari pun sodap...

    ReplyDelete
  3. Cukup dah satu lauk ni, dah ada sayur dan ikan tinggal cari nasi jew ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, orang `rajin` memang macamni kak hehehe... tpi dana masak daging bukan ikan kan heheheh

      Delete
  4. wah asam pedas daging sedap tu xpernah cuba lagi

    ReplyDelete
  5. wak selalu makan asam pedas ikan pari jeeew.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Periuk noxxa ni mmg cepat empuk kan daging. tapi SS tak pernah makan asam pedas daging. biasa makan ikan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul nak cepat masak itu guna noxxa, akak semua jenis lauk dah cub masak asam pedas kecuali seafood

      Delete
  7. Uiii...lauk mengancam...dapat pulang gu dengan lempeng cair vs Kopi O Panas...nyum nyum

    ReplyDelete
  8. memang sesuai untuk menternak lemak ni Dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahah tulah wak, abis takkan nk dibuang sayang pulak kan

      Delete
  9. Sedapnya...selalu tetel akak buat masak lemak cili api atau buat sup...nanti nak cuba la buat masak asam pedas

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...