Friday, August 26, 2022

RESEPI MAKARONI CARBONARA TOMYAM

 Assalamualaikum semua,

Hari ini dari pagi dah agak sibuk jadi terlambat sikit buat entri. Aku nak kongsi resepi pasta carbonara yang pernah viral baru-baru ini. Cuma resepi asal gunakan spagheti dan menggunakan seafood tapi sebab Aiyan minta nak makan makaroni jadi aku tukar lah guna makaroni dan dekat rumah takde seafood kita guna apa yang ada.

Tapi hasilnya memang sedap dan wajib di cuba tau. Oklah aku kongsikan bahan-bahan dan cara masaknya. Ini aku ubah sikit ikut pada barang apa yang aku nak tambah ya.

Bahan-bahan:

1 paket makaroni- rebus hingga lembut atau al dente

8-10 ulas bawang putih, cincang kasar

1 biji lada benggala, potong dadu

2 biji tomato, potong dadu

1 paket kecil tomyam

1 keping daging hancur ramly

1 mangkuk bebola daging ramly, potong ikut suka

5 batang crab stik

1 kotak kecil cooking cream

2 kotak kecil susu full cream

3 keping daun limau purut, hiris nipis

garam

minyak

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih hingga warna keperangan. Masukka tomato dan daging hancur gaul semua hingga separuh masak.

- Masukkan crab stik dan bebola daging, gaul lagi  lepas tu masukkan daun limau purut yang dah kita hiris halus. Masukkan lada benggala dan paste tomyam gaulkan hingga semua merata.

- Masukkan cooking cream dan susu full cream, gaul semua biarkan dalam beberapa minit bila dah mendidih sikit masukkan garam dan makaroni.

- Gaulkan hingga kuah dia memekat dan siap boleh matikan api. Sedia di hidang.
















menggoda ke idok heheheh 

18 comments:

  1. Lapar terus tengok gambar...sedapnyaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila cuba masak ye kak... akak kan rajin compom jadi punya

      Delete
  2. nampak menggoda...ditekak jawa awak sedap ke idok??

    ReplyDelete
    Replies
    1. mustilah sedap, kita pencinta makanan western jugak walaupun wong jowo Ammi oi hahahah

      Delete
  3. Unik ada letak pes tomyam. Boleh buat sebab suka spageti. Bagus boleh guna makaroni juga.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kita tiru orang je kak, cuma ikut pada apa barang yg ada je masakannya

      Delete
  5. Sedapnya, akak tengok. Carbonara, tapi ada rasa tomyam. :)

    ReplyDelete
  6. Wah...menarik ni Dana...nak try la nanti

    ReplyDelete
  7. Dana.... Kak Amie rasa lapar bila masuk sini. Kenapa nampak sedap sangat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh alah sesekali kak, dana selalu masuk blog akak mesti lapar hahahah

      Delete
  8. Mesti sedap ada letak pes tomyam. Lemak2 pedas masam gitu ek?
    Menarik untuk dicuba.

    ReplyDelete
  9. Wah, sedapnya nampak. 😋😋😋

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...