Assalamualaikum semua,
Setelah hampir 5 bulan berlalu akhirnya baru aku rasa nak kongsi kisah dugaan aku pada bulan april yang lepas. Kalau ada yang perasan, aku menghilang dalam 1 bulan lebih dari bulan 4 hingga akhir bulan 5. Dekat facebook aku ada kongsikan kisahnya tapi belum di blog ini. Ini aku kongsikan kisahnya yang aku copy dari tulisan aku di facebook. Sekarang aku masih ada follow up dengan doktor pakar sakit puan untuk masalah aku ini, mohon doakan semoga di permudahkan dan diberi kesembuhan sepenuhnya untuk sakitku ini.
Ini kisahnya.
Hari ini aku akan ceritakan kronologi ringkas apa jadi pada aku yg sampai kene ddk 3 minggu dlm ward. Ramai yg tanya kenapa, sakit apa, macam mana boleh masuk jd aku ceritakan ya walaupun susah jugak. Sebab memori aku untuk minggu pertama memang blur. Ceritanya macamni
6/4/22 aku cuti rehat sebab perut rasa tak sedap, lain macam rasa dengan perut yg buncit dan keras. Lps solat maghrib perut makin sakit jd aku tidur tp aku terbangun dan perut sakit sgt pastu susah nak nafas, tercungap2. Pg ke klinik, doc bg ubat tahan sakit dia pesan kalau xok lg pergi kecemasan. Malam aku xboleh tidur sebab tak boleh nafas, call maktek minta tumpangkan Aiyan dan trs ke kecemasan. Smp hkl dlm 12lbh lpas daftar terus masuk bilik/unit Resus (Non Sari) dkt bhgian emergency.
- Doktor dh check semua,dh mula makin susah nk bernafas. 1lbh doktor panggil bagitau nk tidorkan sbb nk bantu untuk blh pernafasan.kul 3lbh/4am doktor tidorkan.
- Doktor panggil bagitau kena buat operation segera sebab suspek usus bocor/pecah. Doktor bgtau operation 50/50 sbb jantung pun dh lemah, klau masa operate oksigen kurang dan kurang naik ke otak blh kena strok. Risiko lain sebb oksigen,jantung lemah boleh meninggal.
- Doktor x nk ambik risiko utk bt ct scan sbb klu bt kena inject liquid warna masuk dlm bdn dan masuk buah pinggan dan akn effect lgi buah pinggang. Last doktor akan operate dan tengok apa punca sakitnya.masa kul 4lbih masuk resus tengok perut dh makin besar.
7/4/22
- Pagi tu doktor pangil bagitau dh booking slot utk operation n tungu confirmation slot tu.
- Tghari doktor pangil utk sign form kebenaran operation, kebenaran bius. Lps jmpa pakar bius dia brief procedure n risiko operation.
- Lps tu dh dpt slot operation tpi doktor hold sbb tekanan darah,oksigen xstabil. Klau operate high risk. Dr kata pindah ke icu dlu utk pantau dh stabil trus operate.
- 1lbh dktor pngil utk iring pindah dri resus, tpi xjdi pindah icu dr trus simpan dlm dewan bedah OT6.
-Lbih krg kul 5lbh dkt 6pm, hkl call sruh dtg dkt bhgian menungu dewan bedah.smp sana katanya operation tgh jln. Lps operate dtg Dr pkar O&G yg operate tdi. Dia bgtau mula2 dr pakar lain bedah, bila check usus ok xde bocor/pecah. Dia jmpa nanah,trus oncall pakar O&G tdi utk take over dan buka lgi smp bhgian bwh. Dia bgtau dh sedut nanah bnyak,sample nanah,tisu ambik n htr ke lab utk dianogsis. Lps settle dlm dwn bedah trus hantar ke icu untk pantau. Dlm kul 3pagi, doktor call bgtau masa operation ptg dh sedut nanah dlm 2liter.
8/4/22
- Pagi tu doktor call utk jmpa nk soal slidik. Masa masuk icu tu wak xsedor lg sbb Dr bgi ubàt than sakit dgn ubat tido lgi.
- Duk icu doktor start antibiotik,ubat lain. Duk icu smp 13/4, lps tu transfer ke wad biasa di wad 8B.
13/4/22
Aku dihantar ke ward OnG utk pemantauan lanjut, masa tu badan aku keras nk bgn dan berjalan pun susah bayangkan aku dh 6hr baring je di katil icu. Lepas beberapa hri dekat situ aku dh jumpa fisio dan boleh jln perlahan2 ke tandas aku ditukarkan ke bilik lain. Dptkan rawatan, tunggu luka jahitan kering.
18/4/22
Doc pakar bt rutin lawatan pg dan tgk luka jahitan aku yg nampak tak ok, sebab jahitan terlalu bsr dan jarak2, doc pkr suh buka semula beberapa jahitan tp bila tgk luka tak cantik, jd doc buka semula semua jahitan dan kene bt prosedur dressing@cuci luka 2kali sehari hingga luka ok. Luka jahitan tu bsr dan dlm, dr perut hingga ke bwh pusat.
24/4 -26/4/22
Doc pakar tgk luka dh makin ok dan suruh jahit semula. Tunggu slot isnin tp penuh jadi tunggu utk selasa. Lepas sarapan nurse pesan suh puasa standby masuk bilik bedah utk jahit semula. Aku kene msk bilik bdh sbb luka tu besar dan kene amik bius 1 badan. Ptg pkl 5 lbh aku ditolak msk blk bedah itu ini kul6 lbh mula dan aku sedar semula bila sampai katil ward dh pkl 10.30mlm. Lama aku tidur lps ken3 bius, mmg rasa la pedih dkt jahitan tu.
27/4/22
Rutin doc bt lawatan, dia tgk luka aku yg masih bertutup. Dia kata tunggu doc ptg round utk buka plaster jahitan kalau ok boleh balik. Ptg kul1 lbh doc round dan buka plaster tu dia tgk jahitan dan kata ok blh balik. Gembiranya hati masa tu genap 3 minggu dlm hospital.
Aku ringkaskan, doc pakar bagitau tiup falopio belah kanan aku ada infection itu sebabkan bernanah. Nanah tu jd banyak sampai perut aku kembong. Itu yg bahayakan nyawa aku sebab masa tu nanah terlalu banyak sampai aku sesak nafas.
Aku dapat mc dari 14 April hingga 8 Jun 2022.
* Luka aku menegak dari perut hingga ke bawah pusat. Sampai sekarang aku masih tak berani nak cangkung sebab pernah cangkung dan terus rasa sakit di jahitan dekat dengan pusat.
gambar Edy ambil dengan hp aku, masa malam kejadian. Edy tungu malam tu sampai ke esokkan nya iaitu 7hb April, sampai Aiyan pun tak sekolah. |
gambar lepas aku di masukkan wad biasa dari ICU HKL |
seminggu awal tu nak duduk sendiri pun seksa rasanya, yelah 6 hari cuma baring je dekat katil masa di ICU, HKL |
kesan pasang jarum masa di ICU HKL |
ini pun sama lebam sana sini |
pemandangan dari tingkap katil aku |
luka di pelipat siku yang ambil masa berbulan untuk timbul dan baik semula |
Allahu seram dengar la...bab ni yang menakutkan...teringat plak akak 3 bulan dalam ICU masa 2009 dulu...
ReplyDeleteitulah kak, masa duduk dalam icu tu memang blur tak sedar sangat
Deletetak baca kat fb..tapi perasan akak hilang lama..allahu..besar ujian..moga cepat sembuh dan kuat selalu
ReplyDeleteamin mekasih dik
DeleteBaru tahu secara terperinci sakit Dana.
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan hospital. Cepat selesai.
terima kasih untuk doa nya kak
Deletengeri kisahnya moga cpt pulih sediakala jaga kshtn diri sakit sgt nmpknya tu
ReplyDeletenama pun dugaan kak, terima jelah dengan redha...
DeleteAllahuakbar. Begitu rupanya. Terkejut tiba2 dana senyap dan tup tup update warded.
ReplyDeleteDugaan tak disangka. Allah bg pengalaman buat kita. alhamdulillah.
Baca kisah dana buat teringat 10 thn lalu kena g kecemasan sb sesak nafas jga. Kuman dlm.paru2.
itulah kak, dugaan yang kita tak sangka sampai begitu sekali .
DeleteAllahuakbar. Bila sebut icu dan major operation ni buat PC fobia. Sungguh.
ReplyDeleteitulah akak pun bila laki akak cerita mcm tak caya... tapi mmg Allah nak bagi peluang untuk akak lagi kan
DeleteAllahuakbar.. Berdebar2 baca.. Semoga dah takde sebarang masalah kesihatan lagi.. Cpt sihat..
ReplyDeleteya amin-amin...
Deleteoo gitu kisahnya., tulalh wak pon perasan lama mghilang., semoga cepat semboh dan dipermudahkan urusan cikkak dana ye., aminn
ReplyDeletegitulah wak, dugaan kan
DeleteSalam Dana, sy silent reader. Bila baca kisah ni teringat kisah arwah ibu sy. Bermula dengan sakit perut jugak ke emergency doc suspect usus bocor jugak and scheduled operate segera dan risiko macam Dana, masa operation tu usus ok, panggil O&G check rupanya ovari pecah, lepas operate trus ke icu dan tak sedar tapi masa tu kuman dah merebak disebabkan ovari pecah, tekanan darah dah drop. Lepas dua hari arwah pergi tinggalkan kami.
ReplyDeleteSy doakan Dana trus sihat dan dipermudahkan urusan. Semoga cepat sembuh.
allahuakbar.... itulah sebab tu doktor tu kata situasi saya masa dekat ICU antara hidup dan mati. Terima kasih berkongsi cerita dan jd silent reader blog saya.
DeleteSyafakillah kak Dana. semoga diberi kesembuhan dan kesihatan berpanjangan.
ReplyDeleteteringat kisah mak saya ulang-alik hospital tahun lepas pun lebih kurang macam ni. suspek usus berdarah sbb lama sangat sakit perut sampai muntah darah dan najis berdarah. tp puncanya kuman dalam darah sbb dia pesakit buah pinggang yg kena dialisis. mujur tak kena operate tp makan minggu jugak duduk dalam wad utk drip antibiotik. trauma bila ingat balik
moga mak NaSa pun terus sihat hendaknya... duduk dalam ward tu aduhla tensen
DeleteTerasa-rasa nyilunya Dana uiii... moga diberi kesembuhan yang baik dan di jauhkan dari segala yang mudarat ya Dana.. jaga diri..
ReplyDelete