Monday, August 29, 2022

SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN

 Assalamualaikum semua,


Sebulan aku ambil masa untuk cerita tentang kisah ini di entri aku. Hari ini 29 Ogos 2022 genap sebulan aku dapat berita yang agak mengejutkan, mengundang kesedihan. Setelah 15 tahun aku kerja di Bahagian yang lama akhirnya aku kena tukar ke bahagian lain tapi masih di JUPEM juga. Dapat surat pertukaran pada 29 Julai 2022 waktu tengahari masa rehat dia punya tergamam tu tak terkata. Aku lapor diri di pejabat lama 8 April 2007 dan akhirnya kena bertukar pada 1 Ogos 2022. Disebabkan terlalu cepat banyak kerja tak siap aku minta 7 hari pengangguhan , pagi di pejabat lama petang aku masuk pejabat baru. Mujurla pejabat baru aku tu dekat je dengan pejabat lama. 

Pejabat lama aku di tingkat 6, pejabat baru di tingkat 7 tapi tetap bahagian yang lain. Setelah habis penangguhan minggu seterusnya 11 Ogos 2022 mereka buat majlis perpisahan untuk aku. Masa sampai pejabat lama tu gelak-gelak je dengan kawan lama tapi masa di minta bagi ucapan depan semua baru 2-3 patah aku dah nangis. Yelah 15 tahun aku dekat pejabat tu banyak kisah suka duka, pahit manis aku dekat situ. Mujur senang dan boleh jumpa kawan-kawan lama bila-bila masa je. Apa pun kene `move on` jugak lah kan. Itulah kisah sedih aku di bulan Ogos ini. Moga aku ok je di pejabat yang baru ini. 

masa baca surat ni memang nak makan pun tak lalu dah

1 Ogos, hari lapor diri di pejabat baru

Bilik setiausaha pejabat di tempat baru comel aje

bilik pejabat di tempat lama, luas kan... 

bersihkan papan kenyataan tepi aku

gambar di hari terakhir di bilik pengarah yang lama

gambar dah simpan semua dah



minggu pertama duduk di pejabat lama, masuk je lif jari ni terus tekan angka 6 dah terbiasa kan.

kawan yang kene tangguh kerja setiausaha pejabat di tempat lama





hari jamuan perpisahan



makanan menambah lemak

dah tak sedih sangat makan jelah kan masa tu

hadiah dari kawan-kawan pejabat

geng-geng budak nakal... ada 5 orang mereka beri beg duit 


ada lagi hadiah dari kawan pejabat yang lain


Pengarah yang sempat ada setiausaha pejabat 10 hari je... heheheh 

gelak-gelak lagi masa ni

ketua geng budak nakal... 




ini kawan yang aku ganti tempatnya, sebab dia pun kena bertukar juga

ini gambar bilik baru aku sekarang, bunga oren tu buat jadi berseri

26 comments:

  1. Harap dapat menyesuaikan diri di pejabat baru. Tukar jabatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak, tukar bahagian lain je kak bukan tukar jabatan. Jabatan sama je

      Delete
  2. Tahniah....semoga Dana happy di tempat baru..mula2 mmg rasa sedikit sedih..nanti lama2 should be ok kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde tahniah nya kak, tukar tempat je takde apa yg naik pangkat nya hahahha

      Delete
  3. Banyaknya kek. Yelah, masa makan takyah sedih. Rugi..haha
    Semoga Dana cepat serasi di opis baru.

    ReplyDelete
  4. Tahniah dana... teruskan kecemerlangan di tempat baru... ala x jauh tu boleh je keluar makan sama time lunch.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde tahniahnya kak, tukar tempat je takde dpt kenaikan apa2 pun

      Delete
  5. Tukar angin tu Dana. Lamaanya 15 tahun. Mesti sedih kan
    tapi kalau akak suka , blh rasa suasana baru pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama sangat dah rasa selesa dengan opis lama kan

      Delete
  6. nasibaik tk jauh berpindah ye...meriah dpt mcm2 adiah tu..smoga trus success di tmpt baru

    ReplyDelete
  7. MERIAH MAJLIS PERPISAHAN TAPI SEDIHNYA TERASA KAN DANA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu kak... sedih sebab dah lama sangat dekat situ kan

      Delete
  8. Lama dah rupanya Dana mulakan episod baru di pejabat lain.
    Apa pun semoga sentiasa gembira. Masih boleh jumpa rakan -rakan lama.

    ReplyDelete
  9. Sedihnya terasa sekali..Apapun semoga bertambah rezeki di tempat baru inshaAllah amin..

    ReplyDelete
  10. Sesuatu yang saya juga sedang berdebar takut termasuk dalam list...huwaaa..
    Baca coretan Dana dan tahun lepas rasanya baca catatan Kakmim...tiap kali tu saya yang berdebar

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak kalau kerja kerajaan ni lagilah macam dana yg bawah gunasama ni memang kemana saja akan gi letak nya

      Delete
  11. Semoga dimudahkan urusan di tempat baru yang comel itu

    ReplyDelete
  12. All the best Dana.. rezeki di tempat baru..

    ReplyDelete
  13. very short notice gitu...tak sempat nafas.
    karpet kat bilik baru alahaiiiii coraknya..

    ReplyDelete
  14. Selamat bertugas di tempat baru
    kerja elok2
    kerajaan pun dah umum kenaikan gaji baharu

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...