Thursday, August 4, 2022

PHOTO DIARY #22/2022

 Assalamualaikum semua,

Bersiaran semula kita di pagi yang sejuk dan dingin ni. Sekarang ni memang tengah musim hujan kan, hampir setiap subuh akan hujan kadang tengahari tau lewat petang hujan. Memang tak menentu, pagi tadi pun hujan lebat jugak mujurlah aku memang jenis gerak awal jadi takde lah hadap jem.

Terbebel panjang pulak, jom kita layan cerita bergambar.

pasu pokok pudina ni masa balik raya haji aritu dah kering semua, tapi lepas dua minggu keluar tunas baru... lega

jumaat lepas maktek dan Aisyah datang dolan dekat rumah, aku belikan dia bantal bobba kecil comel tu

karipap malongnya kene makan tikus, semua hilang bahagian kelimnya

Beberapa minggu dia merajuk sebab kami tak belikan kolar untuk dia, dah ada kolar baru bila panggil baru menjawab, muka pun gembira je tak muka garang

batang pokok bunga ros ni ada macam-macam jenis rupanya. Ada yang jenis duri rapat, duri jarang ada yang macam takde duri

aku tengah cuba semaikan bunga ros dekat rumah ni, tapi kadang tak menjadi jugak

Dia ni kadang memang jadi sejenis monyet, monyet putih

macam manusia jugak, ada yang normal ada yang pelik. Semua elok je kan baringnya tapi tengok si Cik Teh memang gitu lah gaya kegemaran dia 

Lif pejabat aku yang dah berbulan rosak

larat tak larat kene buat jadi larat jugak panjat tangga sampai tingkat 7

Korang nampak kucing tak dekat gambar ni? kalau nampak sila bagitau kat mana

semalam buat mee goreng pulak dekat pejabat, siap ada kawan bawak nugget goreng lagi

ini lah akibatnya bila makan mee goreng sampai 2 pinggan

aku nak fokus dekat bunga ros tu tapi eh rumput tu lagi menarik perhatian, sebab banyak sangat huhuhu

aku suka makan maruku halus ni, pedas lemak gitu

bila ajak ambil gambar kadang tak berapa ikhlas, lagi lah bila dah menghadap tab dia

hari gaji Edy belanja makan dekat McD

minggu lepas masa dia batuk-batuk, lepas makan  ubat terus tertidur gini...

17 comments:

  1. Banyaknya kucing.... gebu gebas pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8 ekor semuanya MY, ada yang gebus ada yang selim

      Delete
  2. Tak nampaklah Dana mana kucingnya dalam gambar tu.
    Menggembirakan hati anak dan isteri semoga bertambah-tambah rezeki Edy.
    Kalau kucing-kucing Mrs. A tak suka depa pakai colar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat pintu yang terbuka tu kak kucingnya, dia hitam memang tak nampakla hehehhe... kucing dana ook je kolar tu janji tak ketat

      Delete
  3. Suka tgk kebun Dana.. esp daun pudina Tu teringat daun pudina akak yg dah arwah hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebun dana pun baru nak naik semula kak, masa dana cuti lama banyak yang mati

      Delete
  4. Allah…sian Dana, penatlah hari2 nak kena manjat tangga ke tingkat 7. Kot memang tengah bersenam ok jugak, pakai baju senam.

    Geli hati tengok gelagat kucing yang jadi monyet tu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bersenam pun kak mana larat setiap hari turun naik tingkat 7 tu kak oi, itulah diaorang kadang memang dah serupa monyet bila memanjat

      Delete
  5. Mana kucingnya..puas tenung..celah langsir tu ke? tudiaaa lelap sungguh Ayyan ye...musim batuk ni jgn bagi dia minum ais tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kat pintu yang terbuka tu kak, kucing tu hitam bila duduk situ memang tak nampak apa. Nampak kolar je sikit heheheh...

      Delete
  6. letih juga mendaki tangga 7 tingkat kan dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan letihjuga kak..tapi memang letih sakit juga

      Delete
  7. laa kucing tu depan pintu tu
    Wak kalau makan epok2, kelimnya wak buang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye wak kucing hitam itu tak nampak sebab dah sama hitam gelap malam.... tukar lak ye wak tak suka kelimnya

      Delete
  8. Hahahhaaa... kelim karipap kena makan tikus. Saya pula kalau makan karipap suka makan intinya saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa Aiyan kecik dia macamni jugak kak suka makan kelim dengan kulit je isi takmo dan besar semua dia makan, tapi ni tikus kecil pulak heheheh... abis kulit dengan kelim buang ke kak ? ke ada tikus lain makan hehehhe

      Delete
  9. Comey kucing tuhhh.. Hahaa.. Amboi.. siap terbongkang gitu.. penat sgt nampak.. hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...