Tuesday, November 24, 2020

KEK PISANG KUKUS

 Assalamualaikum semua 

Hari ini bersiaran dari pejabat, minggu ini kerja hari ini je jumaat BDR. Duduk rumah sebenarnya lebih memenatkan dari kerja di pejabat. 

Minggu lepas 2 hari berturut buat kek pisang kukus. Campur serbuk koko dan coklat chip laku keras. Melambung-lambung Aiyan puji kata sedap nya mama. Masa tengah kukus tu pun di sibuk tanya mama masak apa ni bau sedap. Aku buat dengan pisang berangan, kali ini tak guna pengisar tapi guna mixer itu tambah gebu sikit. 

19hb buat biasa tanpa coklat cip... 

tambah cokla coin kat atas je... 

makan pulak panas-panas memang best

Aiyan dok puji, sedap mama lembut

rupa yang letak coklat coin lebih moist

orang tak reti sangat membakin, ini pun dah rasa seronok sangat

20hb buat lagi,,, kali ini tambah coklat chip 

siap tabur atasnya lagi

kira jadi lah ni... gembiranya hati

janji Aiyan puji melambung aku dah gembira sangat

32 comments:

  1. Nampak sedap kek tu Dana. Aritu dah cuba resepi kek pisang Dana. Memang menjadi. Alhamdulillah 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, dana takat kek mudah2 gini bolehla kak oi... heheheh

      Delete
  2. Betul Dana. BDR sebenarnya lebih meletihkan. Kalau tak menghadap komputer, HP mesti dibawa ke mana-mana, takut terlepas arahan atau tambahan tugasan. Tengah masak pun terpaksa bawa HP. Dah bau apa entah HP tu...segala belacan, bawang dan melekat!
    Memang nampak moist kek pisang kukus tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana lg nak masak kemas umah apa lg, kadang nk duduk toilet pun tak senang...
      dana kek yg mudah ni rajinla cuba kak... kalau susah memang tak terbuatla jawabnya

      Delete
  3. Penat kerja kat rumah kan Dana jadi lebih multi-tasking.
    Sedap tengok kek tu boleh sekeping mata je habis kalau di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak rela lagi kerja di pejabat dari kerja di rumah hehehe...

      Delete
  4. Replies
    1. yang simple dan mudah boleh la dik oi... hehehhe

      Delete
  5. tak pernah lagi buat kek pisang campur serbuk koko atau letak choc..good idea Dana..memang nampak sedap!

    ReplyDelete
  6. Memasak ini yang buat kita bahagia bila anak-anak suka makan kan Dana.. Rasa seronok nya sukar diungkapkan..
    Nampak moist sangat kek pisang dana tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.,, masak banyak kali pun takpe kan

      Delete
  7. sedapnya Ya Rabbi, terliur tgk ni.. nak buat malas tapi klu ada org buatkan.. bestnyaa!! how i wish my mom rajin mcm sis dana haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe apa kata atie yang try buat... senang je dik, ada akak kongsi kan sebelum ni

      Delete
  8. Memang nampak sedap pun, Dana. Memang puas hati kita penat masak, anak-anak suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, masak setiap hari pun rasa takpe... ok je hehehhe

      Delete
  9. akak suka cake pisang. bau wangi kan. sedapnyaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, itu yang si Aiyan asik tanya mama masak apa... bau wangi ni

      Delete
  10. Replies
    1. resepi sama macam kek sebelum ni cuma tambah serbuk koko dan coklat chip

      Delete
  11. Macam-macam hiasan letak.
    Boleh tahu mana lagi sedap.

    ReplyDelete
  12. Kalau aiyan dah puji sedap tu maknanya sedap sangat tu kak. Nampak kelembutan kek pisang akak. Kukus memang terasa lembut gebu dia.

    ReplyDelete
  13. betul kak dana..shida setuju sgt..keje dr rumah lg penat kot..huhuuu
    shida kelaut benar..dah, x suke keje dr rumah huhuuu

    ReplyDelete
  14. Sama macam anak-anak akak kalau buat kek pisang kena ada coklat.Kadang2 tak letak coklat chip tu masa bakar, akak keluarkan coklat ganache dalam peti sejuk, cair kan kejap dan piping atas kek .

    ReplyDelete
  15. tengok pun dah tau mesti sedap punya...no wonder aiyan asik puji je :-)

    ReplyDelete
  16. Rajin betul sis buat dessert. Jelous sebab xde kerajinan tu. Huhuhu

    ReplyDelete
  17. Nampak sedap...terus bagai terasa- terasa nak makan kek plak ni...tapi tgh diet..acaner tu?

    ReplyDelete
  18. sedapnya kak...nampak kegebuan dia tu..

    ReplyDelete
  19. mlm2 tgk kek pisang kukus dana..lpr la plak

    ReplyDelete
  20. kalau pakai pisang berangan ni mcm kena kurangkan gulakan..sebab pisang tu sendiri dah manis leting

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...