Friday, December 9, 2022

RESEPI UDANG LEMAK CILI API DGN NANAS DAN PUCUK UBI

 Assalamualaikum semua,

Selamat pagi yang indah semua kawan-kawan, hari ini merupakan hari terakhir anak-anak bersekolah pada tahun 2022. Minggu depan jalan dah mula lenggang sebab cuti sekolah, pejabat aku ni pun akan mula kosong sebab ramai yang akan cuti panjang. Aku je lah tak tau nak cuti bila ni, apa pun moga semua yang nak mula bercuti berhati-hati di jalan raya, lagi lah musim banjir ni kan.

Oklah pagi ini aku nak kongsi resepi udang cili api, sebelum ini dengan nanas kali ini up tambah pucuk ubi pulak. Aku meratah je pun dah sedap lahai, tak tau nak cakap apa lah. Wajib kawan-kawan cuba tau. Terutama buat pencinta udang.

Bahan-bahan:

1cekak pucuk ubi ( rebus hingga lembut daunnya, cuci dan potong)

1/2 kilo udang 

4-5 ulas bawang putih, kisar

3 biji bawang merah kecil, kisar

20-30 biji cili api, kisar

2 inci kunyit, kisar

2 batang serai ketuk

2 helai daun limau purut

1 kotak santan kecil

1 biji nanas, potong sedang

1 keping asam keping

Air secukupnya

garam

Cara masak:

- Rebuskan semua bahan kisar dan serai dengan 2 cawan air. Masak kan untuk 10 minit lebih kurang hingga bumbu kisar masak.

- Masukkan nanas gaul supaya rata dengan bumbu, tutup kuali dengan penutup dan masak untuk 10  minit, lepas tu masukkan pucuk ubi rebus dan udang.

- Gaulkan hingga rata semua, masukkan daun limau purut dan asam keping. Tutupkan kuali dengan penutup hingga udang separuh masak.

- Masukkan santan, tambahkan air 2 cawan dan garam. Biarkan sebentar hingga kuah mendidih sikit boleh matikan api. 

aku guna pucuk ubi kerenteng sekejap je rebus

bahan-bahan utama







boleh juga kalau nak gantikan dengan susu fresh milk, full cream atau susu sejat

mendidih sikit boleh la matikan

aku ratah je tak makan dengan nasi

nasib tak sakit badan makan pucuk ubi banyak hehehhe

26 comments:

  1. lama tak jumpa pucuk ubi fesyen tu Dana hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak nak jumpa orang jual payah yang kerinting tu

      Delete
  2. ammi tak pernah nampak pucuk ubi kerenteng ni dana...selalu yg kurus mulus tu je.
    sejuk2 ni takut gak nak makan pucuk ubi kan..kang cramp pulak kaki memalama

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak payah nk jumpa, tapi dana suka sebab tak rasa pahit kalau makan tak sakit urat

      Delete
  3. makan sayuran mcm pucuk ubi bukan lagi elok ke banding dgn makan udang seafood camtu., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang angin wak kalau mkn pucuk ubi, yelah wak yang ada gout tu tak digalakkan makan seafood. Wak makan pucuk ubi sesuaila

      Delete
  4. beria tengok resipi kak dana sebab nak tengok kuali tu, cantik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuali kumpul2 kupon kat aeon dulu ni Fana, lama dah

      Delete
  5. resepi Dana ni sentiasa nampak sedap.nak2 dah nak masuk pukul 12 ni tgk lauk ada pucuk ubi lagi la telan ayaqliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe, kene nampak sedap kak baru lah orang nak cuba resepi ni kan

      Delete
  6. saya suka makan selera kampung mcm ni. kalau ada ikan bakar cicah budu lagi sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu dah ada udang memang tak masak lauk lain lagi cikgu, budu kat rumah jarang sangat ada heheheh. Lauk kampung memang tambah selera

      Delete
  7. Menarik la gandingan udang dengan sayur dan buah...cukup semua khasiat.

    ReplyDelete
  8. tak pernah masak camni tapi nampak sedap. daun ubi tu selalu tumbuk halus pastu tumis dgn ikan bilis. mabeles!!! tapi minyak kena banyak sebab daun ubi kuat serap minyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah biasa nampak orang sarawak dan sabah masak pucuk tumbuk tapi aku tak pernah cuba wei, nampak sedap je orang masak kan

      Delete
  9. Uishh lauk sodap ni kak dana. Saya pencinta udang, pucuk ubi kerinting dan nanas. Betullah tu, ratah pun syok makan.

    ReplyDelete
  10. Akak x pernah makan pucuk ubi jenis tu...eh lauk ni kalau depan akak...lawankan plak ngan ikan masin...memang x segan menambah la...

    ReplyDelete
  11. Gandingan yang snagat best nie, nanas tambah pucuk ubi tambah udang.. Pergh.. maveles..

    ReplyDelete
  12. Allahu, sedapnya pucuk ibu kerinting tu!

    ReplyDelete
  13. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...