Tuesday, December 6, 2022

MAJLIS PERSARAAN DAN PERTUKARAN

 Assalamualaikum semua,

Ini kisah hari jumaat lepas, khamis ada jamuan jumaat ada lagi. Ini majlis di pejabat aku sekarang ni, kami cuma ada 5 orang je wanita dah 45 orang lelaki, meriah kan. Kalau dulu lagi lah cuma 3 orang je wanita tau, tapi mujurlah walaupun ramai lelaki mereka semua ringan tulang. Ini majlis persaraan dan pertukaran pegawai, sebab pekerja lelaki selalu kerja luar itu lambat baru buat majlis. Mereka kalau kerja luar kadang sampai sebulan, masa tu memang pejabat kosong je. 

Jom layan cerita bergambar yang ada banyak ni ya.

aku bawak agar-agar santan je
majlis dimulakan dengan bacaan yassin geng lelaki


menu utama ada nasi beriani, yang lain bawa potluck, ada Nasi dagang, pulut kuning, roti jala, pulut panggang, kuih muih dan buah

perasan je ni, mana ada nya aku jadi emcee

masa ni orang tak ramai lagi ambil gambar dulu, ni pejabat di tingkat 8, pejabat aku di tingkat 7

comel sangat papadom ni bentuk love

orang yang diraikan pun sampai jadi majlis dimulakan lah

Pengarah aku bagi ucapan, ada 2 orang kakitangan yang diraikan tu datang dari Melaka tau, sebab mereka dah bertukar ke JUPEM MElaka

geng lelaki semua sebelah sana

emcee dan tukang ambil gambar

perempuan memang pantang nampak kamera kan

pegawai yang bertukar

cheese tart yang sedap

menu utama

nasi dagang pun ambil juga

Ini  gambar random je ye


kiri setiausaha lama yang bertukar, kanan setiausaha yang ganti tempatnya

aku dan kerani di pejabat, memang kami lah yang selalu uruskan kalau ada majlis


gambar candid


gambar aku paling manis, sebab nampak kecik je hheheheh

Pengarah aku tengah berucap, kitaorang sibuk ambil gambar


terselit antar ramai lelaki

kami tak ramai tapi kami ada

aku wanita paling tua di pejabat ini hahahaha

20 comments:

  1. aida pun ada majlis jumaat lepas, Na.
    but more tu majlis utk pompuan aje.
    best kan. makanan byk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lagi best meriah, tapi kami perempuan sikit sangat kak heheheh

      Delete
  2. Comel popadom tu..ade bentuk love šŸ¤­. Walau sedih sebab majlis persaraan dan pertukaran, tapi best sebab banyak makanan sedap². Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah cute kn bentuk love, tak sedih sebab yang persara dan bertukar tu terjadi sebelum akak masuk kerja jadi tak kenal sangat pun kecuali setiausaha tu

      Delete
  3. papadom jenis tu memang sedap. selalu goreng buh dalam tupperware. buat kudap kudap je...tak buat lauk pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye tak masin pulak tu MY, selalu kalau beli kadang masin sangat rasanya

      Delete
  4. sedapnya menu kenduri kahwin...
    ngam dah tu Dana tak ramai sgt just nice 5orang..kalau ramai2 berpuak menyampah betul hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak sedap nasi beriani nya, itulah bila ramai berpuak2 tak ramai lebih mudah nak jaga

      Delete
  5. Comellah papadom bentuk love... x pernah lg jumpa

    ReplyDelete
  6. biar tak ramai takpe, tak byk kerenah kan kak hehe

    ReplyDelete
  7. Ramai kakitangan lelaki.
    Ada pula papadom bentuk hati. Nampak comel dalam pinggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai sebab bahagian ini selalu kerja luar kak, masuk hutan

      Delete
  8. comeinya papadom bentuk love tu
    seronok bila ada majlis mcm ni, leh gather2...

    ReplyDelete
  9. Aloo comel papadom love tu..
    Saya lebih suka kalau bekerja dalam minoriti wanita & bos lelaki..hihihi

    ReplyDelete
  10. Mana agaknya nak cari papadom love tu.. Hehehe..
    Meriah majlisnya.. Cantik sangat cheese tart tu..

    ReplyDelete
  11. eloklah tak ramai pompuan...kurang sikit drama swasta

    ReplyDelete
  12. Seronok makan-makan ada banyak jenis makanan boleh dijamu. First time nampak papadom beli love. Comellah pulak.

    ReplyDelete
  13. Bab makan- makan memang seronok, masa ni la berkumpul dan beramah mesra kan..x kenal jadi kenal

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...