Thursday, September 30, 2021

PHOTO DIARY #36/2021

 Assalamualaikum semua,

Kejap je dah hari khamis ya, cepat betul rasa hari berlalu. Seperti biasa jom kita layan cerita bergambar, malas nak tulis panjang-panjang.

Sekarang Edy dah mula kerja, jadi dia kena bangun awal untuk pergi ke rumah Maktek, lewat petang sambil tengok tv senyap je... rupanya dah tidur

pokok ketumbar yang dah mula membesar, ini letak atas rak belakang rumah selamat dari siput dan tikus


setiap petang sampai je rumah, lepas dah bukak pintu suruh Aiyan masuk aku pun terus belek bunga dulu...

dalam banyak ekor kucing kat rumah ini seekor je suka tidur gini... dia suka kita gosok perut dia

kucing memang faham apa kita cakap, ni muka dia tak puas hati bila aku bebelkan dia... dia perati je aku dari jauh


antara pokok strawbery yang rajin berbunga tapi buahnya tak menjadi

dia nak keluar bunga lagi... harapnya menjadi buahnya kali ini

bila bunga ros dah mula keluarkan tunas baru, gembiranya hati

ini dah masuk 2 minggu lebih baru bertunas baru, lega rasa hati ni


Hari kelmarin aku beli nasi kerabu, sedang elok sedap cuma sambal cili tu tak pedas langsung

ini bukan rumput tau tapi  kucai hehehhe... cuba tanam dengan biji benih 


tengah rajin, bawa bekal salad kentang dan telur

comel kan budak kecik ini... heheeh masa ni dia umur setahun lebih ke 2 tahun aku pun lupa dah, dulu orang selalu ingat dia ni perempuan tau

semalam petang dalam pukul 12.00 tengahari hujan lebat berangin

Mujurlah petang dalam pukul 3.00 lebih dah mula panas, masa ni pukul 5.00 dah sampai rumah tengah tunggu Aiyan kat rumah Maktek

Wednesday, September 29, 2021

WW SAKIT HATI, SAKIT SEKALI

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi sebelum pergi kerja... memang sakit hati, sakit sangat 😡😡😡


kejadian pagi tadi, ini kerja tikus ni sebab kalau siput aku bagi racun siput dah... biadab

sabtu lepas punya gambar... siap aku tabur racun siput takmo kene makan siput tapi... 

Tuesday, September 28, 2021

HANDSOME KE IDOK....

 Assalamualaikum semua,


Sejak PKP 3.0 kedai gunting rambut tutup, Edy pulak malas nak gunting rambut dia. Sebab beberapa kali pernah potong tapi ada tersalah, terpotong lebih dan macam-macam lagi ter jadi dia tak berani nak gunting lagi. Bila kedai gunting dah buka, aku suruh pi potong rambut Aiyan, dahla rambut dia jenis tebal, kasar kalau berpeluh bau masam. Semalam petang Edy balik kerja awal, suruh bawak pi kedai gunting rambut, sampai rumah tu baru lah `ensem` hehehe.


handsome ke idok?


rambut dia dah rupa topi keledar dah... 
tak menaham mama nengok rambut dia tu

Monday, September 27, 2021

PKP, PKP ASYIK TAMBAH TAMBAH LAGI...

 Assalamualaikum semua,

PKP ni buat aku jadi malas, malas makeup dah lama muka tak berbedak bergincu. Lagilah bila pakai mask sepanjang masa di pejabat ni, selalu jadi comot mask tu. Sudahnya gitu jelah heeheh...

Budak yang makin bulat sejak pkp ni... 

Nampak pucatla sikit tapi apa ada hal kan hehehe

Nampak mata je, itu yang lagi malas nak berias

Saturday, September 25, 2021

GIVEAWAY BY SHIDA RADZUAN

 Assalamualaikum semua,

Sekian kali nya aku turut serta dalam giveaway lagi, kali ini dari blogger Shida Radzuan, kalau syarat mudah insyallah aku turut serta. Kalau berminat nak turut serta boleh klik gambar bawah ini tau.


klik sini 

Apa yang aku suka di blog Shida ni, sebab blog nya yang ada pelbagai cerita, panduan dan perkongsian yang boleh boleh membantu kita. Blog nya pun santai je memang layan untuk di baca.

Friday, September 24, 2021

RESEPI PAIS TEMPOYAK IKAN TALAPIA

 Assalamualaikum semua,

Aku ni dah lama teringin dan teringat nak makan pais. Selalu ada kawan aku yang jual ikan pais dari Temerloh sebab emaknya ada kedai makan tapi dah lama dia tak jual. Hari tu Maktek bagi pais, sedapnya tapi rasa macam tak puas makan. Kat rumah ada lagi tempoyak, jadi aku buatla sendiri cuma tukar guna ikan talapia.

Aku kongsikan resepinya yang mudah yang amat.

Bahan-bahan:

6-7 sudu besar tempoyak

2 ekor ikan talapia, kelar-kelar

1 inci kunyit hidup, tumbuk

20 -30 biji cili api, tumbuk

sedikit garam

6 helai daun kunyit

Aluminium foil

Cara masak:

- Campurkan bahan tumbuk dengan tempoyak, tambahkan garam gaul hingga sebati

- 2 helai daun kunyit hiris kasar dan campurkan dalam tempoyak tadi

- Ambil aluminium foil 2 lapis, susunkan daun kunyit lepas tu lumur ikan dengan tempoyak tadi dengan rata, sebelum tutup dengan alumium foil letak 1 helai daun kunyit atas ikan dan bungkus.

- Perapkan selama 30 ke 1 jam ikan nya, lepas tu bakar. Aku gunakan magic pan je, masak agak- agak dengan api kecil sedang setiap bahagian selama 10 ke 15 minit. Kalau ikan besar tambah masa lagi gunakan api kecil

Bawah letak daun kunyit jangan lupa lumur ikan bahagian dalam jangan lupa bagi tempoyak

Kalau ada daun kunyit besar boleh balut ikan

Malas nak bakar kat oven, guna magic pan je

Dah siap...bau dia aduh sedap


Lembab je isi ikan nya, aku tak tambah gula sebab tempoyak ni dah ada rasa sedikit manis dan masam

Sedapnya aku ratah gitu je... 

Thursday, September 23, 2021

PHOTO DIARY #35/2021

 Assalamualaikum semua,

Jomlah kita layan cerita bergambar ya.

Kiriman penghantaran bunga hidup memang sampai dengan kotak besar

Supaya pokok bunga tu dalam keadaan elok

Maktek mintak daun kunyit, malam tu dah ambil sebab takut pagi tu lupa

8 helai daun kunyit katanya nak buat pais ikan patin

Dah besar kan, aku tunggu kat bawah dia turun sendiri dari rumah Maktek di tingkat 1

Bila kita suruh buat muka manis, dia buat muka garang

Pais ikan patin Maktik bekalkan 1 untuk kami...sedap

Pokok yang baru lepas di masukkan dalam pasu, duduk tempat redup dulu

Sedap pulak strawberi ni, tak masam.. 

Cantik kan, aku suka tengok awan

Ros ni bau dia wangi sangat, dah kering pun masih wangi


Pokok yang baru dipasukan, kalau ada bunga atau kuntum, kene di buang .. sayang tapi terpaksa supaya cepat pertumbuhan akar

Wednesday, September 22, 2021

HUJAN BERANGIN MALAM TADI

 Assalamualaikum semua,

Malam tadi aku tidur awal, pukul 10 lebih dah tidur sebab pagi nak bangun awal untuk masak sarapan. Edy dah mula kerja penuh, masuk kerja pun awal buat masa ni minta Maktek jagakan Aiyan. 

Masa nak solat dalam bilik tepi aku nampak pokok kacang botor senget, terpikir hujan lebat kot. Keluar rumah nampak basah depan pintu, pokok asparagus aku sampai tumbang. Memang hujan berangin malam tadi, kat parking pun nampak banyak ranting kayu jatuh. Mujur tak kena kereta aku.

nampaknya aku kene pangkas daun asparagus nih sebab jadi berat kalau angin kuat, habis tumbang dua pasu tu

Nampak tu pokok kacang botor dah senget gitu, mujur lah tak jatuh bawah tu ada kereta... naya je

Senget begini dah, aku suruh Edy potong je... takut hujan lebat lagi siang nanti, pokok limau purut jiran sebelah tu pun nampak senget 

Tuesday, September 21, 2021

BUNGA ROS DI PETRON MRR2

 Assalamualaikum semua,

Sepatutnya ini entri kurang tulisan heheheh tapi bolehla kan. Setiap kali aku ke petron di mrr2 menghala ke Ampang ni memang aku suka, sebab tuan punya ni ada tanam pokok bunga ros keliling petron. Pelbagai warna dan bentuk, cantik sangat dah macam di nursery tau.

Tepi petron ni ada banyak lagi bunga ros, rasa macam nak beli je tau

Pokoknya dah besar tau, memang ada yang jaga sebab pernah nampak

Memacam warna ada

Diselang seli dengan pokok bunga raya



Geram aku tengok yang warna putih

Ini paling memikat hati


Aduh cantiknya kan...