Monday, February 16, 2026

KERJA DI HARI CUTI TERSEPIT SEBELUM CNY

 Assalamualaikum semua,

Bukan main panjang tajuk kan, biasanya kalau cuti gini ramai yang cuti tapi itulah rasa takde nak buat apa kat rumah. Tak balik kampung jugak jadi kerja jelah. Lagi aman bila pengarah aku cuti rehat jadi kita takde gangguan. Dari minggu lepas banyak kedai sarapan orang Kelantan dah mula cuti. Hari ini kedai puspanita pun cuti jadi kami terfikir nak dapat sarapan kat mana lah. Jadi masak jelah sarapan kat pejabat. Mulanya ingat tak ramai yang kerja jadi ok lah kami masak nasi lemak untuk 10 ke 12 orang makan. Tapi semalam tup-tup ramai yang kerja dalam 20 orang jugak. Aku masak sambal siap-siap kat rumah, kacang dan bilis jugak. Kawan lagi seorang masak telur rebus dan timun dari rumah dia tambah dengan ayam goreng juga. 

Sempena esok CNY kita pakai baju merah hehehe







Masak nasi dekat pantry pejabat

Dah pukul 7.30 tapi gelap gelita lagi

3 comments:

  1. Akak kat taska yg dtg 3 je he hee ank transit 2 dan playshcool
    1 . Bosann la kita merayap la keluar

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Rezeki dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  3. Amboi pantri pejabat meriah macam dapur rumah.
    Ada buat sambal sotong ya?

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...