Monday, February 23, 2026

MENU BERBUKA DAN SAHUR KAMI YANG RINGKAS

 Assalamualaikum semua,

Setiap hari memang kerjanya fikir nak masak apa ya untuk berbuka dan sahur. Edy dan Aiyan biasa berbuka dengan makanan berat dulu kalau aku makanan ringan-ringan pun dah cukup macam tempe goreng, roti john, murtabak. Tapi mujur la Edy dengan Aiyan ni jenis tak banyak songeh makan je apa yang di hidang hehehe. Jom tengok menu kami yang ringkas je.

 menu berbuka hari pertama, mee goreng dengan roti prata inti kentang yang di import dari kampung

menu sahur hari kedua, panaskan ayam kicap tambah telur dadar dan sayur tempe

menu berbuka hari kedua, Edy beli nasi beriani dekat mamak dan aku tambah tempe goreng


Aku cukup dengan tempe ni pun ok dah

sahur hari ketiga masak sambal sardin dan panaskan nasi beriani sikit

Menu berbuka hari ketiga, mehun sup dan jagung rebus

Mehun sup ringkas je tapi sedap

Menu sahur hari ke empat, keluar dah menu lagend telur kicap hehehe

Menu berbuka meriah sikit, ada bubur lambuk johor, mee rebus jiran bagi, roti sardin maktek bagi... roti john dan roti bom beli kat mamak

menu sahur hari ke lima. sayur tauge dan ayam goreng mamak 

2 comments:

  1. Tempe goreng letak ketumbar jintan tu eh? Sedap!

    Kami pun buka dan sahur ringkas je sebab cuma berdua. Macam-macam jenis tak habis makan pulak. Buka semalam je paling meriah sebab beli di bazar Ramadan.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...