Friday, February 27, 2026

RESEPI BUBUR LAMBUK JOHOR

 Assalamualaikum semua,

Akhirnya setelah 43 tahun hidup baru kali ini aku masak menu bubur lambuk johor, abah kata bubur lambuk johor ni sama je dengan bubur asyura johor. Patut la sebab bubur asyura johor memang ada kekacang dan rasa macam bubur lambuk. Hari tu teringin nak buat lepas tu mintak resepi kat abah sebab setiap tahun abah buat bubur lambuk untuk bagi-bagi pada orang kampung di bulan puasa. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

3 cawan beras, cuci dah toskan

18 cawan air, 1 cawan beras 6 cawan air

2 kotak kecil santan

3 ulas bawang putih, kisar

3 biji bawang merah besar, kisar

sejemput udang kering, kisar

1 inci halia, kisar

5 biji bawang merah kecil, hiris

3 ulas bawang putih, hiris

1 batang serai, ketuk

4 sekawan

1 sup bunjut

1 mangkuk daging

1 mangkuk jagung manis

1 mangkuk kacang kuda rebus

1 mangkuk lobak merah

1 pek perencah sup adabi

1 kiub ayam

2 sudu perencah kurma

Daun sup dan daun bawang

Garam

1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara Masak:

- Guna stiryfry dan tumiskan 4 sekawan, sup bunjut, serai dan hirisan bawang hingga naik bau dan layu.

- Bila dah naik bau tu, masukkan bahan-bahan kisar masak hingga pecah minyak. Masukkan daging kacau hingga dagin separuh masak.

- Masukkan lobak merah, jagung dan kacang kuda. Masukkan beras juga kacau-kacau kejap off mode stirfry.

- Masukkan kiub ayam, perencah sup, serbuk lada hitam dan kurma tambahkan air. Tambah garam dalam 3 sudu kecil. Tambahkan daun sup dan daun bawang. HP selama 30 minit

- Lepas 30 minit dah keluarkan warp, bukak penutup masukkan santan kacau-kacau stirfry kejap lepastu tambah daun sup dan daun bawang lagi lepas tu siap. Matikan api atau guna mood keep warm je.

* Patutnya letak bawang goreng akhir tu, tapi takde lak rupanya kat rumah jadi tak letak la.

* Guna cawan noxxa tau, rasanya tak sampai 250ml bekasnya
















bagi kat jiran-jiran

22 comments:

  1. Waaaa menyelerakan... favourite sangat niii. Terima kasih berkongsi resipi!

    ReplyDelete
  2. Meriah betul bubur lambuknya.
    Aromanya sampai ke LD tau hhhhahaaaa.Macam teringin nak buat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu tengok akak buat bubur lambuk kita pun terliur

      Delete
  3. Tak pernah lagi rasa bubur lambur versi ini

    ReplyDelete
  4. teringin nak makan bubur lambuk sbb di Kelate ni kami cuma ada nasi air je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelantan dengan terengganu tak sama ke jenis bubur lambuknya cikgu? Kalau terengganu bubur lambuk yang bagi pucuk paku merah pastu daun-daun herba dan isi ikan tu kan.

      Delete
  5. waaahhhhhhhhhh meriahhhh isi bubur lambuknya ni!

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing Dana, aduiii sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kesempatan buat kak... lain sikit dr bubur lambuk terengganu

      Delete
  7. Saya sukaaaa bubur lambuk. Hampir tiap HR makan ini saat masih di Penang dulu. Balik jakarta, walaupun msh rutin ke Malaysia, tp selalunya tak pernah pas puasa. JD tak pernah lagi merasakan bubur lambuk. Kalau lihat resep kakak, sebenarnya mudah, hanya saja banyak rempah yaaa. Beberapa saya mesti beli dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat nnti jangan lupa kongsi tau Fanny

      Delete
  8. Belum jumpa lagi bubur lambuk untuk berbuka puasa kali ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde orang jual ke wak? alah wak kan selalu rajin kalau buat nya

      Delete
  9. bg sy bubur lambuk sini lebih kurang jugak bubur asyura.. mst ada rasa rempah kurma & udang kering... kacang byk mmg bonus

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye memang kalau belah johor ni memang sama bubur lambuk dan asyura

      Delete
  10. Akak kena belajar buat la ni sebab suami suka bubur lambuk...

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. apa lah ertinya puasa takde bubur lambuk kan

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...