Friday, February 27, 2026

RESEPI BUBUR LAMBUK JOHOR

 Assalamualaikum semua,

Akhirnya setelah 43 tahun hidup baru kali ini aku masak menu bubur lambuk johor, abah kata bubur lambuk johor ni sama je dengan bubur asyura johor. Patut la sebab bubur asyura johor memang ada kekacang dan rasa macam bubur lambuk. Hari tu teringin nak buat lepas tu mintak resepi kat abah sebab setiap tahun abah buat bubur lambuk untuk bagi-bagi pada orang kampung di bulan puasa. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

3 cawan beras, cuci dah toskan

18 cawan air, 1 cawan beras 6 cawan air

2 kotak kecil santan

3 ulas bawang putih, kisar

3 biji bawang merah besar, kisar

sejemput udang kering, kisar

1 inci halia, kisar

5 biji bawang merah kecil, hiris

3 ulas bawang putih, hiris

1 batang serai, ketuk

4 sekawan

1 sup bunjut

1 mangkuk daging

1 mangkuk jagung manis

1 mangkuk kacang kuda rebus

1 mangkuk lobak merah

1 pek perencah sup adabi

1 kiub ayam

2 sudu perencah kurma

Daun sup dan daun bawang

Garam

1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara Masak:

- Guna stiryfry dan tumiskan 4 sekawan, sup bunjut, serai dan hirisan bawang hingga naik bau dan layu.

- Bila dah naik bau tu, masukkan bahan-bahan kisar masak hingga pecah minyak. Masukkan daging kacau hingga dagin separuh masak.

- Masukkan lobak merah, jagung dan kacang kuda. Masukkan beras juga kacau-kacau kejap off mode stirfry.

- Masukkan kiub ayam, perencah sup, serbuk lada hitam dan kurma tambahkan air. Tambah garam dalam 3 sudu kecil. Tambahkan daun sup dan daun bawang. HP selama 30 minit

- Lepas 30 minit dah keluarkan warp, bukak penutup masukkan santan kacau-kacau stirfry kejap lepastu tambah daun sup dan daun bawang lagi lepas tu siap. Matikan api atau guna mood keep warm je.

* Patutnya letak bawang goreng akhir tu, tapi takde lak rupanya kat rumah jadi tak letak la.

* Guna cawan noxxa tau, rasanya tak sampai 250ml bekasnya
















bagi kat jiran-jiran

4 comments:

  1. Waaaa menyelerakan... favourite sangat niii. Terima kasih berkongsi resipi!

    ReplyDelete
  2. Meriah betul bubur lambuknya.
    Aromanya sampai ke LD tau hhhhahaaaa.Macam teringin nak buat lagi.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi rasa bubur lambur versi ini

    ReplyDelete
  4. teringin nak makan bubur lambuk sbb di Kelate ni kami cuma ada nasi air je.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...