Monday, February 16, 2026

KERJA DI HARI CUTI TERSEPIT SEBELUM CNY

 Assalamualaikum semua,

Bukan main panjang tajuk kan, biasanya kalau cuti gini ramai yang cuti tapi itulah rasa takde nak buat apa kat rumah. Tak balik kampung jugak jadi kerja jelah. Lagi aman bila pengarah aku cuti rehat jadi kita takde gangguan. Dari minggu lepas banyak kedai sarapan orang Kelantan dah mula cuti. Hari ini kedai puspanita pun cuti jadi kami terfikir nak dapat sarapan kat mana lah. Jadi masak jelah sarapan kat pejabat. Mulanya ingat tak ramai yang kerja jadi ok lah kami masak nasi lemak untuk 10 ke 12 orang makan. Tapi semalam tup-tup ramai yang kerja dalam 20 orang jugak. Aku masak sambal siap-siap kat rumah, kacang dan bilis jugak. Kawan lagi seorang masak telur rebus dan timun dari rumah dia tambah dengan ayam goreng juga. 

Sempena esok CNY kita pakai baju merah hehehe







Masak nasi dekat pantry pejabat

Dah pukul 7.30 tapi gelap gelita lagi

37 comments:

  1. Akak kat taska yg dtg 3 je he hee ank transit 2 dan playshcool
    1 . Bosann la kita merayap la keluar

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Rezeki dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  3. Amboi pantri pejabat meriah macam dapur rumah.
    Ada buat sambal sotong ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantry sederhana je kak, aah buat sambal sotong

      Delete
  4. Samalah kita..akak pun kerja harini hihi...
    Bestnya masak-masak kat ofis...macam nak kena try test jugaklah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak cuba kak khamis dah pose heheheh

      Delete
    2. Hahaha tulah...memang tak buat lah kot..kat sini semua tengah mode diet nih...Akak sorang je yang tak diet-diet haha

      Delete
  5. Selamat bernasi lemak. Eh! rasa macam nak masak nasi lemak juga lah esok

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat lagi esok lusa nak bersarapan nasi lemak tu

      Delete
  6. Wow, bestnya dapat masak-masak di pejabat! Tempat saya tiada pantri, dan ruang agak terbuka, jadi peluang tu memang mustahil.

    Nampak sedap nasi lemak tu.

    ReplyDelete
  7. Pantry kami apa ada nya... janji boleh masak2 sikit yang ringkas2

    ReplyDelete
  8. Akak pn x cuti dana... brp kerat je kat ofis ni... khamis nnt br mohon cuti

    ReplyDelete
  9. Mmg rmi cuti kali ada cuti tersepit camni..ikutkn nk direct je seminggu tp xjd haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak mula2 sayang nk cuti tapi khamis rasa nyesal lak

      Delete
  10. Wak pun tak cuti tapi kerja sensorang aje

    ReplyDelete
  11. kami pun cuti arini..dah alang2 cuti sehari dapat 5 hari..onzzzz jah la kan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah itulah memang ramai jugak yang cuti ni

      Delete
  12. bestnya dpt masak2 kat office pastu makan reramai. office saya ada microwave je, tu pun jrg pakai. lunch sejam je

    ReplyDelete
  13. Bestnya boleh masak2 kat pantri office. Cie ambil cuti Isnin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab risau kedai banyak cuti itu yang masak sikit

      Delete
  14. seronok makan makan di ofis.. ni kira last sebelum puasa la ni huhu

    ReplyDelete
  15. Wah....nampak sedap nasi lemak tu... Seronok makan ramai ramai sebelum puasa...Selamat berpuasa Dana

    ReplyDelete
  16. Nasi lemak mantap sedap. Anak soleh kita langsung kena kerja CNY hehe

    ReplyDelete
  17. Sedapnya nasi Lemak...Huhu...Ye kan..Kerja aje la kalau takda benda nak dibuat kat rumah...Untung semua sepakat Masak...

    ReplyDelete
  18. Ternyata ramaaai yg datang ya kak 😄😄. Sedaaapnya sarapan nasi lemak. Beruntung sangat diperbolehkan memasak di pantry kantor.

    ReplyDelete
  19. Wah review‑nya lengkap banget dan gampang diikutin! Jadi makin penasaran pengen coba juga

    ReplyDelete
  20. Masa ni pun kak SA kerja...tapi dapat balik awal kul 4pm...hahaha..awal sejam je pun

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...