Monday, July 27, 2020

TANAMAN DI TANAH NAN SEKANGKANG KERA

Assalamualaikum semua,

Maaf ya kawan-kawan hari ini lambat sikit buat entry, ada kerja sikit tadi. Sedar-sedar dah pukul 11.00 pagi. Kami ni selalu setiap ahad baru ada masa untuk keluar bersama-sama, sarapan kat luar dan ke pasaraya atau shopping complex. Cuma sejak PKPP ini aku malas sikit nak pergi ke mall, lebih prefer duduk kat rumah atau suruh Edy je beli barang keperluan.

Hujung minggu baru ini, pergi ke nursery, nak cari tanah yang dah habis. Lepas tu sambil tu jenguk-jenguk lah pokok yang berkenan di hati dan poket. Semua nampak berkenan di mata tapi di poket pula tak berapa nak setuju hehehe.

Sudahnya aku beli tanah 2 guni tanah campur dan 1 pasu bunga ros. Itu pun tak pusing sampai ke dalam nursery tengok kat bahagian depan je. Sampai rumah tu lepas letak barang dengan seluar jean dan baju lengan panjang terus lah tukar tanah, petik tanaman apa yang boleh. Makin lama makin banyak tanaman aku, harapnya terus subur la semua.

cantik pokok bunga raya nih, cuma itulah harga dia RM150 sepokok 

kalau pasu kecil ini RM35 tapi aku tak beli jugak, mungkin beli untuk lain kali heheheh 

terpikat dengan bunga rose ini, sepokok ini RM20 je... harapnya hidup lah
Ini bunga rose pertama aku

mintak Edy pasang jaring kat tepi pasu ini, takmo kene berak kucing, kene makan siput...
aku tanam bendi baru keluar daun 2 helai

bunga rose jepun yang aku ambil dari kampung hari tu

lepas pindah pasu letak bunga rose kat tepi tu

harapnya subur lah rose nih
kutip daun kencur, simpan dalam peti kalau tak habis di makan siput
petik kangkung dan bayam brazil juga

siap di basuh, bayam brazil, kangkung dan daun kucai tu aku masak tumis goreng

26 comments:

  1. wahhh bestnya dapat kutip hasil...cantik betul kangkung tu Dana...buat bihun letak kangkung memang awesome giler

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene tanam banyak lagi kangkung rasanya ni kak... sebab senang jaga n mudah nak hidup kan dia

      Delete
  2. Pokok kitorang ada kena serang siput dengan banyak. Kena beli racun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana ada siput jugak tapi tak berapa banyak, masih terkawal lagi tapi kadang ada jugak ulat... racun memang kene ada

      Delete
  3. mahal jugak ek pokok bunga raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab besar tuh sunah, dan jenis pokok yang dah kacuk bukan jenis biasa ini jenis bunga besar

      Delete
  4. Di kampung dulu ada tanam pokok bunga raya..skrg entah kemana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah saya kat kampung pun sama, sekarang dah takde dah bunga raya...

      Delete
  5. Best dapat bercucuk tanam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok bila menjadi, bila tak jadi sakit hati hehehhe

      Delete
  6. TAK PERLU RUANG LUAS UTK BERCUCUK TANAM KAN DANA YG PENTING MAHU N RAJIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, dulu masa duduk rumah tingkat atas macam-macam alasan nak menanam sekarang dah ada tanam sikit kene lah rajin

      Delete
  7. sukanya tengok pokok2 macam tu..sy pun baru terhegeh-hegeh belajar menanam..tapi seronok bila tengok pokok2 ni subur menghijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bila menjadi kita seronok, bila dia layu, kering sedih betul rasa

      Delete
  8. WoW! mahalnya harga pokok bunga kebangsaan kita tu.
    Kalau kat kampung Mrs. A nampak pokok bunga raya buat endah tak endah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh mungkin sebab pokoknya dah besar dan jenis kacuk kak... kalau dulu kat kampung mesti ada sepokok kan jenis yang merah tu

      Delete
  9. Wah! Dapat tuai hasilnya. Sekangkang kera pun kalau rajin usahakan jadi sekangkang gajah hahahaaaa....

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah
    Dah panenan tanamannya.

    ReplyDelete
  11. hari2 tengok ramai kawan blogger tanam pokok sampai akak pun rasa nak try tanam pokok jugak. Sekarang baru tanam bayam brazil dengan halia. Hari2 la berdoa, berbisik kat pokok halia dengan bayam brazil tu supaya tumbuh elok. Hahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh punya kak, bayam brazil mesti boleh hidup sebab senang nak tumbuh tu

      Delete
  12. setakat ni tanaman shida pokok daun kunyit jer..musim hujan ni elok dia kembang..yg lain masih cr masa nk menanam..

    ReplyDelete
  13. Seronok bila dapat kutip hasil lepas penat menanam..

    ReplyDelete
  14. segarnya semua tanaman, saya selalu tanam pokok sayur tak menjadi..hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...