Friday, January 14, 2022

CARA SEDIAKAN GULA HANGUS

 Assalamualaikum semua,

Sejak balik dari kampung, aku memang dah jarang masak. Resepi baru pun takde, maafkan lah diriku ya. Hari ini aku kongsi tip cara masak gula hangus, ada videonya sikit. 

Dulu mil pernah ajar buat kek gula hangus tapi aku tak pernah cuba sebab takut nak buat gula hangus, tapi masa nak buat apam gula hangus aku cuba-cuba lepas tu baru tahu caranya. Mudah je caranya

Bahan-bahan:

2  cawan gula

2 cawan air panas

Cara masak:

- Masukkan 2 cawan gula dalam kuali yang besar hidupkan api sedang, biarkan sampai gula tu hangus. Bila semua gula dah cair dah tukar warna coklat.

- Perlahankan api dan masukkan air panas perlahan-lahan dari tepi, biarkan dulu jangan kacau, kalau nak kacau pun guna sudip panjang. Sebab nanti gula tu akan mendidih bila masukkan air panas. 

- Bila dah tak meletup-meletup baru kita gaul-gaul bagi semua gula yang keras tu cair. Bila semua dah cair boleh matikan api dan sejukkan untuk digunakan nanti.

sebelum masukkan air

dia jadi gini bila kita masukka air 


sebab tu kene guna periuk atau kuali yang besar dan sudip panjang

22 comments:

  1. Ok faham..terima kasih kongsi tips..

    ReplyDelete
  2. xkena caranya mmg xjadi kan dana

    ReplyDelete
  3. mmg part nk wat gula hangus ni kena ati2..slh cara tk menjadi..tkpn akan jd pahit

    ReplyDelete
  4. Mak kita dulu buat niaga kek gula hangus ni. Kalau balik asrama atau rumah sewa, memang request buat kan kek gula hangus ni nak makan dengan kawan2. Tapi sekarang mak dah tak sihat. Kek pun takleh makan, apa lagi nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. MY kene cuba buat sendiri lah mana tau kot jadi mcm yang emak MY selalu buat... teringat kek gula hangus mil kita, dia pun suka buat memang niaga jual kek nya tapi dana tak pernah cuba masak lagi

      Delete
  5. Lama dah Kak Amie ak menghanguskan gula. Dulu rajin buat sebab suka makan apam gula hangus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kadang bila teringin atau teringat baru buat ye kak...

      Delete
  6. Jaman dulu2 kan ada orang buat dan jual gula-gula hangus.
    Buat lebih kurang macam nilah jugak
    5 sen dapat 4 biji

    ReplyDelete
  7. Saya pun kadang elok kadang fail buat gula hangus ni..hihi
    Kalau fail...buang senyap-senyapšŸ¤­

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sayang kalau buang tp kalau guna jugak tak menjadi lak kuihnya sebab pahit heheheh

      Delete
  8. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
    ok baik, terima kasih pengkongsian yang baik... pernah buat dulu2 dua kali. dua-dua pahit...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ustaz, ehehhehe itu terlebih hangus tu ustaz kalau pahit hehheeheh

      Delete
  9. masa msk air tu kena. hati2 he hee
    risauu jga kan

    akak penah berkali jga hangus kena buang

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak bila masukkan air tu memang scary... mula-mula dulu dana pakai kuali kecik habis terkeluar-keluar lepas tu baru tahu tricknya

      Delete
  10. Gula hangus pernah buat untuk buat puding caramel je. Kek gula hangus tak pernah buat lagi. Mencabar juga nak buatnya tak boleh leka. Kalau tak kacau kang hangus terus. Terima kasih share tipsnya kak.

    ReplyDelete
  11. Oooo....macam tu caranya....okey faham dah

    ReplyDelete
  12. Nani bila buh dlm bekas kecik dia jadi keras tak gula hangus tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila buh dlm bekas kecik dia jadi keras x gula hangus tuh

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...