Wednesday, July 22, 2020

SEKOLAH DALAM NORMA BAHARU

Assalamualaikum semua,

Hari ini, hari pertama persekolahan untuk darjah 1 hingga 4, tapi di sekolah Aiyan untuk murid PPKI mereka dah mula pada 17/7/20. Cumanya Aiyan tak dapat mula minggu lepas, sebab dia perlu ada surat akuan dari doktor pakar untuk masalah jantung dia. Aiyan cuma bersekolah 3 hari je seminggu, isnin rabu dan jumaat. PPKI sekolah nya pilih SOP 3 secara penggiliran. 

Sedikit gambar persediaan bersekolah dalam norma baharu. Aiyan memang sangat teruja nak ke sekolah, rindu sangat lah kat kawan-kawan tu.

Sarapan pagi memang wajib untuk dia... se awal pagi pun dia boleh habiskan mehun goreng tu
selepas ternampak dalam blog kak Sha KasihkuAmani terus suruh Edy cari di mrDiy

isikan dalam bekas kecil yang picit-picit tu senang sikit nak guna



set lengkapnya, hand sanitizer, tisu biasa, tisu basah, sudu dan garfu, pelitup muka dan plastik kosong
pelitup muka dan plastik kosong... harapnya selamat lah tak hilang barangnya dalam bekas ni



Bila dah dapat surat akuan ini baru Aiyan boleh sekolah, murid yang ada masalah jantung yang kronik tidak dibenarkan datang sekolah. 


25 comments:

  1. Semangat Aiyan hendak pergi sekolah.
    Alhamdulillah dapat kebenaran bersekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, lama dah dia tanya bila dia boleh sekolah

      Delete
  2. selamat bersekolah ayyan..
    tapi kan dana pakai container yg tekan2 tu tak takut tertekan sendiri ke kat dalam beg? kecuali kalau ada lock kat penekan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah terpikir jugak tapi kita tengok hari pertama ni camne, lock dia ada tapi dan bukak bukan apa... kalau si aiyan tu tak reti buka lock tu mau menangis2 dia nnti bila tekan tak boleh keluar

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan untuk mama dana dan aiyan setiap hari. staysafe ye. Balik sekolah nanti banyak la cerita Aiyan pasal kawan-kawan dia nanti. Seronok Aiyan ye.. Bagus dana, penuh dengan persiapan untuk sekolah new norma ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. tak susah untuk sediakan barang kelengkapan dia tu, cuma risau lah kot nanti ada yang terhilang je

      Delete
  4. Selamat bersekolah ayyan. Mestilah excited kan.. Lama dh terperap kat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itulah, asyik tanya bila nak sekolah je

      Delete
  5. SELAMAT BERSEKOLAH AIYAN MOGA SELAMAT N GEMBIRA DI SEKOLAH DLMNORMA BAHARU

    ReplyDelete
  6. akukan dana mmg suke gileeeee kalo ko citer pasal aiyan makan2....suke tgk selera die....byk mcm mane pun abis je ...bagus betul...dayyan sampai tahap kene ugut koooo...hahahaahahahah

    bagus persediaan ko dana...lengkap padat terbaikkkk...in sha Allah moga2 anak kite terhindar dr penyakit yg berbahaya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha see the pipi n perut lah lieya oi si aiyan tu, sebelum ni mehun goreng tu separuh je sekarang nak penuh... moga anak kita terhindar la dari wabak ini... risau kan

      Delete
  7. Selamat kembali ke sekolah Aiyyan.
    Ikut SOP dan norma baharu

    ReplyDelete
  8. akak bagi je sebotol sorang kat budak2 ni bawak. Tak teringat nak beli botol sembur gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh takpe ok punya kak, si aiyan ni saja nk senangkan dia tak perlu buka bagai...

      Delete
  9. Semoga dijauhi dari segala virus durjana ni untuk anak2 kita semua

    ReplyDelete
  10. semoga aiyan dan semua anak2 di dalam lindungan Allah swt sentiasa, aamiin. Jaga diri baik2 ye sayanng

    ReplyDelete
  11. Semoga ayan sentiasa sihat.. akak pun buat beg mcm tu utk Syafi kitaorg namakan beg covid haha

    ReplyDelete
  12. Masalah Jantung Ayyan dah ok ke Dana sekarang ni?
    Mcm kita jugaklah lama cuti beranak, jumpa ofismate bff kan seronok jugak hihi...

    ReplyDelete
  13. tuisyen shida pun dah mula sesak..tp alhamdulillah..parent boleh ikut garis panduan :)

    ReplyDelete
  14. Yeah!! Seronok dapat membantu..
    Mudah isi dalam bekas kecil tu untuk anak-anak guna..
    Akak pun bekalkan macam Dana buat ini..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...