Wednesday, April 29, 2020

RESEPI ABOK-ABOK INTI GULA MELAKA

Assalamualaikum semua,

Abok-abok antara kuih kegemaran aku jadi setiap bulan puasa aku mesti buat. Cara nak buat dan bahannya pun mudah dijumpai. Kuih ini biasa dijumpa di belah selatan.

Bahan-bahan:
500gm sagu, rendam dalam 2 bekas dengan pewarna disukai-rendam kejap je
Setengah biji kelapa parut, kalau kelapa kecil guna sebiji
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 ketul gula melaka, potong kecil
Daun pisang

Cara masak:
- toskan sagu dan gaulkan dengan kelapa parut, gula dan garam hingga sebati
- lepas tu buat daun pisang bentuk corong, masukkan sesudu sagu letak gula merah dan tutup dengan sagu, balut dan tutup dengan gunakan lidi atau stapler.
Bila dah siap kukuskan dalam masa 20 ke 30 minit.

Rendam kan sekejap dalam 3 ke 5minit, boleh juga tak boh pewarna

Jangan lupa toskan hingga kering ya

Selepas gaul dengan kelapa gula pasir dan garam

Macamni bentuk yang aku buat

Boh sikit lepastu tambah gula melaka

Tambahkan warna pink diatasnya

Gini rupanya bila guna 2 warna, cantik di mata aku

Lepas dah bagi jiran-jiran ini habuan kat rumah, tapi isi kecik sebab daun pisang kecil

Warna hijau dah habis

34 comments:

  1. Kakcik suka makan kuih abok-abok ni tapi tak pernah buat... :)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan abok-abok dalam daun pisang.

    ReplyDelete
  3. Mengimbau kenangan ni Dana... kuih abuk2 memang terkenal sebagai salah satu sajian untuk orang rewang di kampung kalau ada kenduri-kendara. Lamanya tak melalui pengalaman manis itu lagi.... rindu!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, memang kalau rewang kuih ini antara yang ada... kat selangor tak pernah jumpa orang jual kalau teringin kene buat sendiri

      Delete
  4. Kalau rewang bisanya jumpalah kuih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak... tapi kat sini manala nak dapat wak

      Delete
  5. kak ana pernah buat kuih ni sekali je Dana tu pun masa kat kampung dulu buh dalam kelongsong daun pisang macam Dana tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana memang suka kuih ni kak, sejak kecil heheheh

      Delete
  6. belum pernah merasa lagi makanan seperti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih yang terkenal di bahagian selatan semenanjung

      Delete
  7. sedap tp ummi xpernah makan.dana ni kreatif mcm2 reti masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih yang mudah boleh la kak... dana suka kuih lama kak

      Delete
  8. Sedapnya.. Nak cuba buat jugalah.. Sha suka kuih ini..
    First time makan, ada kawan pejabat jual..

    ReplyDelete
  9. Wuaaa tak pernah makan..tapi tgk warna die menarik jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa kalau orang tua-tua dia tak warnakan pun, tapi saja je akak suka colorful

      Delete
  10. Akak tak pernah buat la Dana..mkn pun seingat sekali dua ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti try minta anak akak buatkan, dana ni tekak orang lama kak...itu suka

      Delete
  11. Tak pernah dengar lagi..nih baru first time huhu. Nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih ni terkenal belah selatan... tapi melaka, selangor ada juga yang kenal

      Delete
  12. oooo...macam ni cara buatnya...saya ingatkan abuk2 macam di Kedah ni...

    ReplyDelete
  13. BARU TAU CARA BUAT ABOK2 TKSH DANA

    ReplyDelete
  14. nampak sedaaaapp

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. Pernah makan kuih ni tapi tak tahu nama. Rajin betul kak dana buat kuih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih kegemaran akak nih tapi tak pernah jumpa orang jual jadi kene la buat sendiri

      Delete
  16. aku suka sago ni simpan bersama bubur kcg hijau. simpan byk2 bsama jagung, pergh sedap.
    ni baru tau camna org buat, slama ni tau mkn je 😄

    ReplyDelete
  17. aduuu macam sedap je kak..nampak lembut kuihnya...tak pernah lagi try makan kuih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sunah, cubalah nanti.... kat johor kuih ini terkenal jugak

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...