Saturday, April 11, 2020

RESEPI KUIH GETAS


Assalamualaikum semua,

Maaf ye kawan- kawan tak sempat hari ini buat entry. Dari pagi nak buat tapi asyik bermalasan sampai sudah tak terbuat. Aku nak kongsi kat sini kuih orang lama. Kuih getas korang kenal tak? Mudah  nak buatnya, aku jenia suka makan gitu je tanpa gula sangat. 

Bahan-bahan:
 2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 biji kelapa parut (kebetulan beli kelapa kecil)
1 sudu kecil garam
Air secukupnya

Cara masak:
-Campurkan semua bahan gaulkan sebati kecuali air.
-Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tak melekat, buat bentuk seperti nugget dan goreng api sedang.
-Aku tak suka sangat getas yang manis, jadi aku boh gula aising je, tak sira

Sangat mudah buat nya

Siap dah dohnya... air memang tak guna banyak pum

Aku buat bentuk ikut suka hahaha

Goreng api sedang memang nampak macam nugget

Orang malas gini lah, boh gula aising je

Minum lak dengan air kopi o 

19 comments:

  1. kalu di kelate kuih getas ni keras n bentuknya mcm fun fries. disira n rapuh bila digigit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah menarik tu jadi sangat ranggupla kalau rupa macam fries

      Delete
  2. Saya rasa pelik makan kuih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kekenyalan itu kot... tak semua orang suka teksturenya

      Delete
  3. Minggu lepas kakak buat kuih getas, nak buat entri tak jadi sebab terlupa ambil gambar getas yang sudah disira!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh tentera dah tak sabar nak makan ke kak sampai lupa

      Delete
  4. TAK PERNAH RASA KUIH GETAS BOLEH CUBA NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba kak,biasa lps masak disira dengan air gula...

      Delete
  5. Pernah makan kuih getas ni... tapi tak pernah buat sendiri pun... TQ share resepi... nampak mcm mudah je... hehehhe.... kalau datang mood rajin, boleh buat ni... tapi sini kelapa parut/kelapa mmg selalu tak da.. huhuhu.... teringin jugak makan kuih2 ada rasa2 kelapa ni.... huhuhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye memang mudah buatnya... nanti bila ada kelapa parut cubalah ya

      Delete
  6. Tak pastilah pernah makan ke tak kuih getas ni Dana hehehee...
    Tengok bahan-bahan tu macam Mrs. A sediada kat dapur tu teringin pulak nak cuba buat.
    Tapi Mrs.A suka manis gittewww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka manis kang akak sira dengan air gula... sebab memang orang akan sira dgn air gul

      Delete
  7. sedap ek kak? kita sekarang teringin kuih beko..huhuhuh

    ReplyDelete
  8. rindu nak makan kuih ni. sini jarang org buat, if ada pun biasa if balik kpg, ada kematian or keramaian baru ada org buat ramai2.

    ReplyDelete
  9. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete
  10. macam pernah makan tapi tak tahu namanya. baru tahu namanya kuih getas. cam mudah nak membuatnya tu

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...