Friday, April 3, 2020

RESEPI BINGKA PANDAN

Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi bingka pandan yang aku baru buat minggu lepas. Senang dan sedap, semua kat rumah ni suka. Aku buat petang, malam tu habis licin. Ini pertama kali aku masak, selama ini aku ingatkan susah nak masak.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan air kisaran daun pandan
1 cawan gula
1 1/4 cawan santan
3 biji telur
2 sudu besar planta
Sedikit pewarna hijau@ perisa pandan
Sedikit garam
Bijan

Cara masak:
- Pukul semua bahan dalam 1 bekas besar kecuali bijan
- Bila semua dah sebati masukkan dalam loyang yang dah di lengser dengan planta.
- Tabur bijan di atas bingka sebelum bakar dalam suhu 180 selama lebih kurang 45 ke 50 minit, bergantung pada warna kerak.

Ini bahan-bahan yang aku guna

Campur je semua kalau ikutkan boleh kisar dengan blender tapi rasa macam bau bawang kang

Aku pukul dengan mixer je dalam 2 minit gitu

siap tabur bijan, disebabkan ini pertama kali aku ingat dia takkan naik macam kek itu sampai hampir penuh

Dalam oven masa 10minit tak silap....

Lepas dalam 30minit kot, hambik ko... masa tu seriau jugak nasib tak melimpah kat bawah hahahah

Bila dah sejuk dia menurun rupanya hahahah... kerak dia bukan main

Ini lah rupanya, bagi aku sedap je siap bagi maktek dan jiran lagi ingatkan orang kat rumah tak suka... sekali laju je habis 

33 comments:

  1. Memang sedap bingka pandan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, nanti nak buat lagi... selama ni ingat susah nak buat nya

      Delete
  2. Waaa, sedap tu.. sy semalam buat projek coklat moist huhu..

    ReplyDelete
  3. Bau pandan sure sedap kan. wangi je..
    now ni kan. masak apa je lah. sure licin Dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak bau daun pandan tu satu rumah bau... masa tu tak sabar nk tunggu masak

      Delete
  4. Waa nampak sedap tu Kak. Kami xde oven nak buat aktiviti membakar. Adakah perlu mengoder oven sementara PKP ni ? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada akak tengok org guna magicpan, kalau nk oder di shopee ok jugak tgh sale ni

      Delete
  5. kalau sendiri buat memang puas makan..

    sangat sesuai pada masa sekarang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah duduk di rumah je memang kejenya mSak dan makan

      Delete
  6. Ohhhh sedapnyaaaaa I love Bingka Pandan so much!
    Masa dia kembung dalam oven tu, nampak macam soufflé hehe
    Pandan soufflé

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahah aah kan.. nasibla dia turun bila sejuk

      Delete
  7. Replies
    1. Tulah bekasnya kecik sangat kak tu yang naik macam apa

      Delete
  8. omakkauu..tinggi jugak dia naik ek! febret gak ni, tapi tak pernah buat sendiri...selalunya mak yang buat..hahahah

    ReplyDelete
  9. Aduhai... Dana, kalau kakak buat ni Firdauslah yang paling suka, terutama yang berkerak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi kak buat la, bau dia aduh semerbak kan

      Delete
  10. Selalu makan bingka ubi je. Ada bingka lain ruanya.

    ReplyDelete
  11. Favourite akak juga! makan bersama teh o panas! nyamannnn

    ReplyDelete
  12. saya kueh2 ni memang tahuuu makan je. jangan la suruh buat memang x menjadi. tangan ni xde skill benda2 macam ni..

    ReplyDelete
  13. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
  14. Banyak resepi masa PKP ni 😂

    ReplyDelete
  15. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete
  16. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...