Sunday, April 12, 2020

RESEPI AGAR-AGAR PANDAN SANTAN

Assalamualaikum semua,

Maaf la korang, hampir tiap hari entry aku tentang resepi. Habis bila duduk di rumah je, masak jelah aktiviti paling banyak dibuat. Di masa PKP ini banyak resepi kuih manis yang aku cuba masak. Sebelum ini memang aku sangat jarang masak kuih manis. Lepas dah google resepi agar-agar santan pandan paling mudah aku pun cuba. Nasibla jadi walaupun tak jadi 2 layer dek kerana edy yang tergoncangkan agar-agar masa nak simpan dalam peti ais.

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar tali
5 cawan air
1 cawan air pandan, aku kisar 7 helai daun dan tapis
1 cawan gula

1 biji telur *
1 cawan santan *
Sedikit garam*

Cara masak:

- Dalam 1 mangkuk campurkan telur, santan dan garam dan kacaukan dengan sebati menggunakan garfu.

-Masakkan agar-agar tali dengan air dan air pandan, masak hingga agar-agar tali larut, masukkan gula dan kacau hingga larut semua.

-Apabila semua dah larut masukkan bancuhan santan dan telur yang kita kacau tadi, dan kacaukan rata agar-agar, bila ia sudah mendidih boleh matikan.

- Simpankan dalam bekas untuk sejukkan, bila dah sejuk boleh simpan dalam peti ais.

Pertama kali mencuba ini

Kacaukan hingga agar-agar hancur

Rupa selepas di campurkan dengan santan dan telur

Nampak rupa dia tu, edy la punya kerja sampai rupa gini

nasibla masih cantik lagi coraknya


makan lak sejuk-sejuk sedap betul

23 comments:

  1. cantik kejadiannya Dana sedap lak tu adoi terasa dah nak ramadan kan :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tulah nasibla jadi agar-agar ni tak terlembik

      Delete
  3. if tgh tgk tv, agar2 ni depan mata, cfrm tak terasa zapp2 je masuk mulut. dah lama bebenar aku tak buat agar2, dah lupa step, baca entry kau ni, refresh memory, eh senang je pun... tulang yang reput 🤣

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Cubala buat kak, tak pun suruh anak buatkan akak tukang rasa

      Delete
  5. Dua hari lepas kakak buat agar-agar santan gula kabung, meh kita tukar sepinggan Dana... hahaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh sedap tu kak, kalau dekat memang kita dah main tukar2

      Delete
  6. Replies
    1. Tak payah wak, duduk umah ni ada je dikerjakan

      Delete
  7. Aww sedap Ni lagi2 makan time tgh pnas

    ReplyDelete
  8. endak pernah guna agar2 macam tu. mau try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah akak ni tak pernah guna yg serbuk heheh

      Delete
  9. kite tak pernah try buat agar2 ni wak.. nanti nak try lah.. hee~ banyak nau masa terluang kite ni..

    ReplyDelete
  10. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete
  11. haaa yang ni housemate saya da buat hari tu...hari2 makan sikit2 takut habis..hahahah sedappp!

    ReplyDelete
  12. Sedap ni agar agar santan. jarang jumpa dah. nak buat sendiri tak tahu bila nak membuatnya. menu dah bersusun susun dah ni. hihi

    ReplyDelete
  13. both pandan n gula merah saya suka.. semua agar2 la suka
    cuma yang pandan x penah buat. selalu gula merah je..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...