Assalamualaikum semua,
Abok-abok antara kuih kegemaran aku jadi setiap bulan puasa aku mesti buat. Cara nak buat dan bahannya pun mudah dijumpai. Kuih ini biasa dijumpa di belah selatan.
Bahan-bahan:
500gm sagu, rendam dalam 2 bekas dengan pewarna disukai-rendam kejap je
Setengah biji kelapa parut, kalau kelapa kecil guna sebiji
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 ketul gula melaka, potong kecil
Daun pisang
Cara masak:
- toskan sagu dan gaulkan dengan kelapa parut, gula dan garam hingga sebati
- lepas tu buat daun pisang bentuk corong, masukkan sesudu sagu letak gula merah dan tutup dengan sagu, balut dan tutup dengan gunakan lidi atau stapler.
Bila dah siap kukuskan dalam masa 20 ke 30 minit.
Rendam kan sekejap dalam 3 ke 5minit, boleh juga tak boh pewarna |
Jangan lupa toskan hingga kering ya |
Selepas gaul dengan kelapa gula pasir dan garam |
Macamni bentuk yang aku buat |
Boh sikit lepastu tambah gula melaka |
Tambahkan warna pink diatasnya |
Gini rupanya bila guna 2 warna, cantik di mata aku |
Lepas dah bagi jiran-jiran ini habuan kat rumah, tapi isi kecik sebab daun pisang kecil |
Warna hijau dah habis |
Kakcik suka makan kuih abok-abok ni tapi tak pernah buat... :)
ReplyDeleteCuba buat kakcik, mintak chef masakkan
DeleteTak pernah makan abok-abok dalam daun pisang.
ReplyDeleteBiasa makan abok-abok dalam daun apa?
DeleteMengimbau kenangan ni Dana... kuih abuk2 memang terkenal sebagai salah satu sajian untuk orang rewang di kampung kalau ada kenduri-kendara. Lamanya tak melalui pengalaman manis itu lagi.... rindu!!!!
ReplyDeleteBetul tu kak, memang kalau rewang kuih ini antara yang ada... kat selangor tak pernah jumpa orang jual kalau teringin kene buat sendiri
DeleteKalau rewang bisanya jumpalah kuih ni.
ReplyDeleteBetul tu wak... tapi kat sini manala nak dapat wak
Deletekak ana pernah buat kuih ni sekali je Dana tu pun masa kat kampung dulu buh dalam kelongsong daun pisang macam Dana tu hehe
ReplyDeleteDana memang suka kuih ni kak, sejak kecil heheheh
Deletebelum pernah merasa lagi makanan seperti ini
ReplyDeletekuih yang terkenal di bahagian selatan semenanjung
Deletesedap tp ummi xpernah makan.dana ni kreatif mcm2 reti masak..
ReplyDeletekuih yang mudah boleh la kak... dana suka kuih lama kak
DeleteSedapnya.. Nak cuba buat jugalah.. Sha suka kuih ini..
ReplyDeleteFirst time makan, ada kawan pejabat jual..
senang je kan buatnya, nanti cuba ya...
DeleteWuaaa tak pernah makan..tapi tgk warna die menarik jee
ReplyDeletebiasa kalau orang tua-tua dia tak warnakan pun, tapi saja je akak suka colorful
DeleteAkak tak pernah buat la Dana..mkn pun seingat sekali dua ja
ReplyDeletenanti try minta anak akak buatkan, dana ni tekak orang lama kak...itu suka
DeleteTak pernah dengar lagi..nih baru first time huhu. Nampak sedap
ReplyDeletekuih ni terkenal belah selatan... tapi melaka, selangor ada juga yang kenal
Deleteoooo...macam ni cara buatnya...saya ingatkan abuk2 macam di Kedah ni...
ReplyDeleteabuk2 kedah tu kita panggil tepung gomak
DeleteBARU TAU CARA BUAT ABOK2 TKSH DANA
ReplyDeletesama2 kak, mudah je cara buatnya
Deletenampak sedaaaapp
ReplyDeletehttp://mylittlestoryi.blogspot.com/
sedap untuk orang yang suka kuih ini
DeletePernah makan kuih ni tapi tak tahu nama. Rajin betul kak dana buat kuih.
ReplyDeletekuih kegemaran akak nih tapi tak pernah jumpa orang jual jadi kene la buat sendiri
Deleteaku suka sago ni simpan bersama bubur kcg hijau. simpan byk2 bsama jagung, pergh sedap.
ReplyDeleteni baru tau camna org buat, slama ni tau mkn je 😄
cubalah ko buat, boh color macam2
Deleteaduuu macam sedap je kak..nampak lembut kuihnya...tak pernah lagi try makan kuih ni
ReplyDeletesedap sunah, cubalah nanti.... kat johor kuih ini terkenal jugak
Delete