Assalamualaikum semua,
Di musim PKP ini memang macam-macam menu aku cuba. Terutama manisan, yang sebelum ini aku sangat la jarang untuk cuba masak dek kerana beberapa siri kegagalan dalam menyediakannya. Tapi bila dah duduk saja nak hilangkan bosan. Kita cubalah beberapa menu mudah.
Puding jagung ini selalu aku suka makan tapi tak pernah buat sendiri hehehe. Rupanya takdela susah sangat nak buat. Mehla aku kongsikan
Bahan-bahan:
1 tin jagung cream
1 cawan tepung kastard
1 cawan susu cair
1 kotak santan 200 ml
2 cawan air
1/2 cawan gula
Cara masak:
-campurkan semua bahan dalam kuali nonstick yang besar dan kacaukan semua bahan hingga sebati.
- bila semua dah sebati baru hidupkan api kecil sedang dan kacau hingga menjadi pekat, kacau je jangan tinggal tau.
- bila akhirnya dah jadi pekat dan keluar buih bunyi plup plup kira dah masak.
- terus masukkan dalam bekas biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais sebelum potong.
Kacau semua bahan hingga sebati aku guna hand whisk je |
Bila dah sebati kita hidupkan api dan kacau je.. gunakan whisk supaya semua sebati tak berketul |
Dah siap kita masukkan dalam bekas dan sejukkan |
Rupa potongan tak lawo tapi rasa sedap... |
Makan sejuk=sejuk sedap Dana, kalau rajin letak plak susu cair dan koktail, wowww dapnyaaa
ReplyDeleteHahahah tu mmg sdp sgt tu ada tambahan
DeletePetang nak buat laa . Semua bahan dah ada kat dapur
ReplyDeletePuding ni bahan mudah... itu yg laju je buatnya
DeleteMak pernah buat masa bulan puasa. Memang ketagih bila makan.
ReplyDeleteApa kata akak lak cuba masak sekarang ni... heheheh
Deletemmg fav ni..tp lama tk buat..aritu dh beli bahan tp sbb dlm peti ais byk brg kn nk sejukkn tkde space , tu yg tk buat2 lg...akak buat tk ltk santan
ReplyDeleteMmg ada resepi yg tak guna santan.... tapi dana guna mana yg dh ada bahn kt umah kak
DeleteCantik color puding jagung Dana looks yummy! favorite ni.
ReplyDeleteMrs. A pun dah dua kali buat puding jagung time PKP ni tapi resepi Dana dengan Mrs. A lain sikit hehhehe...
Dana tgk mmg mcm2 jugak resepinya kak, dana pilih yg paling mudah je kak heheheh
DeleteSemua bahan² dah ada dh. Tapi trauma nak buat puding jagung. Dulu buat cair. Geram. Hahaha
ReplyDeleteNanti rajin boleh cubs resepi ni...
Btw follow sini...
Kene tunggu dia pekat sampai kuar buih n bunyi plup2... tu memang pekat betul
DeleteSedap ni tau!
ReplyDeleteRasa kenyang kalau makan 3-4 ketul heheeeee.
Betul kak, cepat muak kalau mkm banyak... tu dana buat tak manis
DeleteCantik kejadiannya
ReplyDeletetentu sedap
Alhamdulillah wak
DeleteSuami akak yg selalu dok buat ni sejak akak sakit..tp 10 kali dia nuat,10 kali rasanya berlainan..
ReplyDeleteHeheheh mesti dia pakai resepi lain2 kak
Deletesedapny.. haritu nak buat sebab ada jagung tpi tepung kastard pulak takde.. langsung xbuat..hehe.nt nak buat memandangkan dana da membuatkan semngt ummi mebuak2 tgk dana punya puding..hehhe
ReplyDeleteHeheheh buat nanti kak, jangan tunggu lagi
DeleteWahhh.. sedapnya kak dana. terliur pula. kita dah la memang suka puding jagung
ReplyDeleteNanti cuba buat ya
DeleteWOW CANTIK N SEDAP TU
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap kak...elok kejadiannya
DeleteYa Allah sedapnya tengok time2 camni.
ReplyDeleteOkay esok nak cari jagung tin!
Puding jagung sedap dimakan bila sejuk.
ReplyDeleteWah.. Jadi.. Nampak sedap.. Bahan pun tak banyak.. Best ini kalau berjaya buat..
ReplyDeleteasal ada jagung mmg sedap. aku sgt suka ni tapi if aku buat, takda org makan di rmh ni. keep it up rerajin masak and share resepi Dana 😍
ReplyDeletemenang berapapun di bayar
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
WA : +85587781483
Waaaa. Nampak sedap 👍
ReplyDeleteSedap puding jagung makan sejuk sejuk. Lama tak memuding ni sebab selalu bahan terlajak laris musim PKP ni.
ReplyDeleteViral ek puding jagung ni.... kebetulan kakak kat kg pun msg resepi puding jagung ni... Tapi nasiblah hakak tak berapa suka sangat kalau tidak harus dah try jugak ni
ReplyDeleteBelum Raya baju dah tuko nampak.... cantik ar simple. Camne nak buat
Deletesedap ni makan sejuk2.. alhamdulillah hari tu buat menjadi la jugak
ReplyDeletetapi terlebih garam pulak hahaha..
waa nanti nak buat jugak laaa...talam jagung pun teringin nak buat...
ReplyDeleteWhoa sedapnya.. akak buatbx letak santan mesti lemak aje Kan
ReplyDeleteakk ada buat jugak hari tu sebelum puasa, memang sedap makan ni bila dah disejukkan..:)
ReplyDelete