As salam semua kawan-kawan,
Hari ini kita kongsi lagi resepi yek. Sesekali bagi resepi di hari selasa mana tau nak cuba untuk hidangan di cuti Krismas kan. Masa ini aku masak pagi sabtu minggu lepas, teringin nak hirup sup pagi-pagi tapi takmo kuah soto yang pekat dengan rempah. Jadi aku masak lah sup simple ini, makan time pagi dengan cuaca sejuk memang layan tau.
Bahan-bahan:
300gm daging, hiris nipis
1 batang lobak, potong ikut suka
1 bekas fish kek, potong nipis
2 batang akar daun sup
1 biji bunjut sup ( bunjut je tau, yang lain-lain aku tak masuk)
1 sudu kecil serbuk kasar lada hitam
5 ulas bawang putih, kisar
2 ulas bawang besar, kisar
1 inci halia, kisar
air secukupnya
garam
Hirisan daun sup
tauge
Mehun yang di celur
Cara Masak:
- Tumiskan bahan yang kita kisar hingga naik minyak
- Masukkan sup bunjut, akar daun sup dan daging, masakkan hingga daging hampir masak
- Bila daging dah tukar warna, masukkan lada hitam, lobak merah dan fish kek, tambahkan 3 cawan air, biarkan hingga mendidih
- Boleh tambah air ikut pada nak masak banyak mana, tambah garam sebelum matikan sup bila dah mendidih, akhir sekali taburkan daun sup
Bahan utamanya, boleh je kalau nak tambah sikit tulang ayam dalam sup ini |
Kita tumis bahan kisar hingga naik minyak, tapi kita guna minyak sikit je yek |
daging ni edy beli yang takde lemak, memang cepat masak |
tambahla air ikut pada kesukaan korang nak banyak mana ya |
menu sarapan pagi itu, dahla hujan memang layan lah menghirup sup |
simple je mehun ni tapi layan time sejuk-sejuk tu memang best lah |
budak kecik ni takmo mehun sup nak nasi lemak, gigihla mama masakkan nasi lemak sikit untuk dia |
Sedap.. sedap.. teringin pula nak makan.. hehehe..
ReplyDeleteSedap nampak mihun Dana ni kuahnya pekat.
ReplyDeleteLapar plak tgk mehun sup tu
ReplyDeleteSedapnya sup daging.. jarang masak daging sbb kadang2 tak empuk.. pasni kena try la
ReplyDeletewaalaikumussalam. nyummm sedap nya, terliuq terus ^_^
ReplyDeleteSedap nampaknya bihun sup tu...tapi akak x minat bihun..kalau mee kuning akak suka..lepas tu sibuk acid reflux..hahahaha
ReplyDeleteSedapnya mehun sup daging. Kalau saya ji mahu makan bertambah kak
ReplyDeletehahah ayyan ayyan... buat perangai pulak dia ye. teringkat pulak kat si Ozil ammi tu. camnilah perangainya. kalau teringin nak nasi lemak mmg yg lain tu tak dipandang langsung
ReplyDeleteKalau rumah akak dok ulang makan smp ke malam la jawabnya..
ReplyDeletenampak sedap
ReplyDeletenampak sedap sup dana masak.. nasik lemak tu pn nampak sedap..yummy
ReplyDeleteAlhamdulillah Ayyan dpt mama rajin.. boleh mama masak nasi lemak yg sedap tu..😋
ReplyDeletemeehun sup ni antara kegemaran encik suami...biasa la orang utagha...depa suka sup2..
ReplyDeletewahhhh. sedap :)
ReplyDeleteMudah dan cepat masak. Sambal kicap tu wajib ada barulah nikmat makan bihun sup panas.
ReplyDelete