Kejap je rasa dah masuk hari jumaat, aku nak kongsi dengan korang menu yang aku masak malam tadi. Aku pernah kongsi resepi ini tahun lepas rasanya tapi saja nk kongsi lagi. Kot ada kawan blog yang tak pernah tengok resepinya boleh la cuba ya. Mula-mula dulu aku pun tak pernah cuba, takut tak jadi, takut tak sedap. AKu mintak resepi ni dekat kawan pejabat yang asal kelantan. Bila dah masak edy kata sedap, aiyan pun suka aku on jelah dengan resepi ini.
AKu ni bukan orang pantai timur, jadi mungkin ada sikit yang aku tambah tolak yek. Masak cara sendiri janji ada rasa tu, aku perasan masakan ini wajib ada lengkuas itu yang bagi rasa dia lain.
Bahan-bahan:
2 ekor ikan aye (rebus dulu dengan gula nise, garam dan asam keping selama 30 minit ke 1 jam dengan api sedang)
3 ulas bawang putih, kisar
5 ulas bawang merah kecil, kisar
1 biji bawang besar , kisar
2 inci kunyit, kisar
1,1/2 inci lengkuas, kisar
1 sudu besar cili boh, kisar
2-3 keping asam keping
gula dan garam
2 kotak santan kecil
air secukupnya
1 batang timun di potong memanjang
5-7 biji cili api
Cara Masak:
- Rebuskan bumbu yang kita kisar dengan 2 cawan air biar hingga bumbu masak dan mendidih, masak dengan api sedang
- Masukkan ikan yang kita telah rebus dan sedikit air rebusan nya,asam keping, biarkan meresap rasa dalam ikan tu selama lebih kurang 5 ke 10 minit dengan api sedang
- Masukkan timun dan santan tambah lagi air, masak dengan api kecil sedang jangan kacau sangat nanti ikan boleh hancur.
- Perasakan dengan gula dan garam, masukkan cili api tunggu mendidih dengan buih kecil, siap
2 ekor ikan ni, tamak betul orang yang beli tuh... rebus dengan garam, gula nise dan asam keping |
aku tak sempat rebus lama, sebab masa dah suntuk... rebus dalam 45minit gitu dengan api sedang |
bahan kisar yang aku rebus dengan air hingga masak |
bila dah masukkan ikan rebus tu, masukkan separuh air rebusan ikan dalam ini |
lepas dah masukkan santan, masakkan dengan api kecil je sampai masak |
dah siap, saja tayang kepala tu sebab kegemaran edy |
sedapnya..selalu mkn kat kedai jual nasi berlauk
ReplyDeletenampak nyem...
ReplyDeleteaci tak kalau tukau ikan lain...tak sukalah ikan tongkol ni
fav menu ni sbb mak akak slalu masak kalo buat nasi berlauk tp ank tk pernh try masak lg..tau mkn aje hehe
ReplyDeletewaalaikumussalam. hmmmm sedap ni, tambah lagi sedap kalau makan resepi orang terengganu yg masakkan. hehe
ReplyDeleteSedapnyaaa kak Dana gulai ikan aye ni. Fav!
ReplyDeletesedapnye..boleh cuba nnt..
ReplyDeleteIduraz- betul memang selalu ada untuk nasi berlauk
ReplyDeletek Sheila- boleh je tukar ikan lain, macam mabong, ikan tenggiri pun boleh
mamaTisya- akak try la buat pulak, bestla mak dia boleh masakkan
k UmiNazrah- alah bukan orang terengganu masak pun sedap kak, dana pun bukan orang terengganu
Inani- heheh makan dengan nasi pastu ada lak sambal cili perkkh mmg tak ingat apa dah
Sedapnya buat nasi berlauk..
ReplyDeleteapsal arini ramai kongsi resepi..alahhh lapa laaaa
ReplyDeleteWoaahh!! camni rupanya masak ikan tongkol lemak version pantai timur. Nyumsss
ReplyDeletesedap ni.. suka sangat..
ReplyDeletecik Bunga- cuba jangan tak cuba
ReplyDeletek Kamsiah- tulah kak, memang layan
AD- hehehe hari jumaat akak mmg segmen kongsi resepi
k NanyFadhly- hehehe aah kak, cuba lah masak mana tau berkenan
Han- orang pantai timur mesti suka
wahh ikan tongkol
ReplyDeleteFuhhhhh tak menahan tengok nya..
ReplyDeletememang sesuailah kawen dengan orang pantai timur.
ReplyDeleteperghhhh ! terliur . Dah la weekend tengok post nie , tengah hujan renyai-renyai plak . Lapar sokmo . .
ReplyDeleteWOW SEDAP NI MKN DENGAN NASI DAGE
ReplyDeletekat kelate ni kami makan nasi berlauk pagi2. salah satu lauk favourite ialah ike ayo masak kuning ni la..
ReplyDeletesedapnya gulai ikan tongkol makan dengan nasi panas. boleh bertambah nasi dibuatnya.
ReplyDeleteSedapnya gulai ikan tongkol. Makan dengan nasi panas-panas, letak sambal belacan & ulam. Fuh. Bertambah nasi.
ReplyDeleteSubhanallah.. sper duper sedap ni.. kalau orang2 tua berselera makan makanan bersantan.. mak mertua ummi ada dekat rumah.. boleh masakkan die lemak ikan togkol..hehe.tq dana. ;)
ReplyDeleteWow! Nampak menarik
ReplyDeleteMessarah- iya antara masakan yang sesuai di masak
ReplyDeletek MULAN- hehehe memang layan kak, sampai 3 hari layan lauk ini
wak WP- heheheh dana dah kawin dengan orang pantai timur baru belajar masak ini
Suhana- hehehe time hujan memang lapar je perut ini kan
k Paridah- betul kak, makan dengan nasi berlauk pun sedap kak
Abam Kie- betul tu, tapi selalu suami suka makan untuk menu makan malam
Azhafizah- betul tuh, bau dia tu pun dah sedap
NurulShahira- betul tu memang lawan dia tuh
k Ummi- boleh, masakan nya pun tak pedas, semerbak lengkuas tu sedap betul
Akashah- memang menarik lagi2 rasanya
Akak tak pernah lagi masak macam ni tapi tengok macam menarik dan macam senang nak buat..boleh cuba la nanti...
ReplyDeletesedap tuu
ReplyDeletek SA- cuba lah nanti kak, mana tau tersuka... boleh jugak cuba dengan ikan lain
ReplyDeletek Aryan Azra- betul tu kak
Nampak sedap tu 😋
ReplyDeletePart kepala tu yang extra mengancam tu.. hehehe..
ReplyDeleteresepi baru bagi aku, tapi yg pasti Dana masak cfrm sedap ni. isskk..lapar...
ReplyDeleteSaya belum pandai lagi masak resipi ni... Hari tu masak encik suami kata tak kena lagi bahannya... so belum try buat lagi :p
ReplyDeletek Ujie- heehhe sedap kak, sendiri puji
ReplyDeletek Sha- heehe itulah pasal kepala tu menggoda
ShirVen- cuba lah masak wei
k Nora- takpe cuba lagi... insyallah jadi punya
Nampak sedap tapi saya kureng makan ikan tongkol. Makan tu makanlah tapi kureng lah
ReplyDelete