Monday, December 9, 2019

BEG TANGAN UNTUK MAK NOR

As salam semua kawan-kawan,

Salam isnin kawan-kawan, ada yang tengah bercuti ke hari ini? Aku masih gigih lagi kerja sambil mengasuh aiyan di minggu ke 3 cuti sekolah.  Insyallah lagi 2 kami nak balik kampung di Johor.  Kami ber 4 je, aku, aiyan, maktek dan ecah, papa dan pakcik tinggal jaga rumah.  

Masa kami ke Kuala Terengganu pada oktober untuk konvo paksu memang dah plan nak belikan beg tangan untuk mak Nor tapi takde kesempatan.  Jadi nya aku bincang dengan adik-adik untuk kongsi beli dan aku akan carikan sebab kebetulan aku nampak ada beg tangan polo tengah sale di Aeon big, wangsamaju.

Semalam pagi lepas beli sarapan dan membeli keperluan sekolah aiyan, kami pun ke aeon big. Menarik juga tengok pilihan yang ada, rambang mata jugak lah. Akhirnya dapat la yang berkenan di hati, harap mak Nor suka dengan beg tangan baru ini. 

design nya simple je semua harga pun berpatutan

warna pun kira cantik bagi aku, cuma design tak banyak sangat
ini yang kami berkenan, ada 4 pilihan warna... warna asal dia merah gelap tapi nampak merah terang pulak

beg tangan aku memang merah terang, siap letak sebelah-sebelah untuk perbandingan warna

Besar juga tapi ok lah muat mak aku nak boh macam-macam dalam tu

suruh dia ambil gambar nak tunjuk kat nenek... gaya dia tu

ini warna sebenar beg tangan tuh, dalamnya ada dapat 2 lagi beg, best kan




22 comments:

  1. Cantiknya handbag untuk Nenek Ayyan...awal tahun lepas SA belikan warna yang sama untuk Mak Lang...

    ReplyDelete
  2. Tentu siibu gembira dan berbangga menerima pemberian Dana..

    ReplyDelete
  3. cantik beg tu..dapat 3 beg lagi tu.

    akak kerja sampai esok je,lepas tu cuti hehehe

    ReplyDelete
  4. Mak-mak nie tak kisah pun pasal design , jenama atau mahal ke tak . Biasanya diorang bersyukur sangat ada jugak anak-anak beli hadiah untuk diorang . Ayat yang biasa keluar dari mulut diorang "mak tak mintak pun , tak payah la membazir" . Hmmm , rindu pulak dekat mak . .

    ReplyDelete
  5. k SA- pening jugak mula-mula nk pilih tapi janji selesa dan sesuai, nak warna hitam macam dah bosan sangat

    k Kamsiah- alhamdulillah, harapnya kak

    k Aryan Azra- itulah kak dapat 3 beg terus best tuh, wahhh mesti lama akak cuti tuh

    Suhana- betul tu, sama lah ayat mak akak gitu gak, dia bukan mintak tapi kita sebagai anak yang nak bagi, kita rasa happy bila dai pakai

    ReplyDelete
  6. nice..mesti mak suka tu..nk2 plak ada 2 beg kecik lg tu

    ReplyDelete
  7. alamakkkkk syoknya ada sale polo!!!
    bestnye nenek dapat beg baru ye hehehe

    ReplyDelete
  8. cantik..seronok neneknya dapat handbag baru ni,,, tambah hadiah dari anak2.

    ReplyDelete
  9. Mesti mak suka beg baharu tu nanti.
    Gembirakan hati ibu semasa dia masih ada...

    ReplyDelete
  10. MamaTisya- itulah, harapnya dia suka lah, selalu emak ni tak kisah dia suka je

    wak WP- hehehe itulah wak, berbaloi2

    Anamizu- aah, memang dicari-cari sale ini, beg sebelum ini dah teruk sangat

    cik Bunga- betul tu, alhamdulillah

    Abam Kie- betul tu abam, sebab tu kalau tak dapat balik kami beli apa-apa mesti akan poskan apa yang dia teringin

    ReplyDelete
  11. cantiknya beg. Mesti nenek suka beg tangan tu. Warna dia menyerlah sangat. Suka!

    ReplyDelete
  12. Cantik Dana..pandai pilih!
    Lg best, ada lagi hadiah dlm hadiah 🤩

    ReplyDelete
  13. Sha pun suka design simple macam ni. Senang nak match dengan baju. Kaler pun cantik. Mesti nenek Ayyan suka 😊

    ReplyDelete

  14. rambang mata tengok henbeg tu semua. rasa sume nak.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Wah! kalu bawak orang rumah saya ni mmemang rambang bijik mata nak memilihnya.. semuanya cantik-cantik.
    Memang sesuai sangat warna tu, tentu gembira hati orang tuanya. Walaupun mereka tidak meminta tetapi tanggungjawab kita untuk menggembirakan mereka sehingga hujung nyawa...

    ReplyDelete
  16. Azhafizah- harapnya dia suka... kadang dia suka yang gelap2

    k Ujie- untuk emak tak boleh yang ulala sangat, nanti dia segan nak pakai

    NurulShahira- itulah, harapnya dia suka lah

    Ibu Lala- hheehhe tulah pasalnya kak

    enAbuIkhwan- wsalam, perempuan memang suka tengok benda macamni ustaz, kadang dapat yang kecil pun dah gembira sangat, iya sentiasa gembirakan hati orang tua kita selagi hayat ada

    ReplyDelete
  17. Design simple mimple macam ni kena dengan saya.. Sampaikan salam saya buat makcik ya kak Dana..

    ReplyDelete
  18. Berbaloi beli masa slae.. Siap ada extra beg lagi ye dalam dia.. Memang berbaloi-baloi.. Bila kena cahaya kamera memang nampak macam merah terang..

    ReplyDelete
  19. confirm mak epi tu dapat bag beranak pinak. merah terang n tak berapa terang pun ok kat mata aku

    ReplyDelete
  20. Bijakkan? Beli time sale memang untung banyak... bukan dapat satu... daapat 3 tuh... hehehe mesti Maknya suka...

    ReplyDelete
  21. Cantik handbag untuk mak nor tuh. Pandai akak pilih

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...