Friday, December 20, 2019

RESEPI KEREPEK NGAKU @ ARROWHEAD

As salam semua kawan-kawan,

Resepi hari ini adalah resepi berulang, setiap akhir tahun atau awal tahun mesti ada. Saja je kang korang tak kenal kerepek ini. Sedap tau, sekarang dah ada jual ubi nya kat pasaraya giant dah. Boleh la beli sesiapa yang berminat nak buat kerepek. Ubi ini muncul setiap kali nak CNY, lepas tu dia akan hilang. Rasa kerepeknya memang sedap, lemak manis gitu. Korang memang kene cuba lah.

Bahan-bahan:

1 kilo ubi ngaku @ arrowhead- di kupas kulitnya
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
penyagat


Cara Masak:

- Lepas kupas kulit ngaku nih, aku rendam dengan air garam dalam 30minit, air garam tu tak payahla masin sangat just nak ada rasa je
- Tunggu minyak panas, dan sagatlah ngaku tu terus ke minyak panas, kalau nak sagat dulu kat bekas pun boleh
- Goreng ngaku dengan api sedang dan sentiasa balik-balik kan supaya masak sekata
- Dah garing boleh angkat dan simpan dalam bekas


*Sebelum ini aku kan masukkan air garam masa goreng ngaku, tapi kadang terasa masin sangat jadi kali ini aku rendam kejap ngaku dengan air garam.

kira murah lagi harganya nih... ngakunya pun masih lagi besar-besar

lepas dah kita kopek kulitnya, dia punya batang tu biarkan supaya senang pegang masa nak sagat



aku pakai penyagat jenis ini, lagi senang dan ketebalan dia cun

masa mula-mula masukkan... 
dah nak garing sikit... kene sentiasa perhatikan jangan tinggal-tinggal kang hangus

gini lah colornya, kalau yang jual kat kedai kerepeknya cantik putih je... goreng sendiri coklat sikit tapi tetap sedap

dapatlah 2 bekas ini, dalam sejam jugak lah nk buat untuk 1kilo lebih tu


16 comments:

  1. baru tahu ada kewujudan ubi ngaku. mesti sedap kan?

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap.. nampak xberminyak ..klu goreng keledek berminyak...

    ReplyDelete
  3. fav tp tula kemalasan nk buat haha tp nk mkn..husband akak pn kalo mood rajin die yg buat

    ReplyDelete
  4. lepas ni cubalah letak marjerin dalam minyak..

    ni kawan ammi yg ajar.. dia bawakkan pisang goreng yang dia buat sendiri. sedap bak anggggg. tu yg ammi terus mintak tips. tapi tak pernahlah ammi buat lagi sbb malashhhh

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam. oh tak penah tahu pasal ubi ni, huhu

    ReplyDelete
  6. Bab nk kupas ubi ni mmg malas sikit sbb ianya comei2..kecik2..bab mkn krup krap kejap ja

    ReplyDelete
  7. akak ni dana dah lama angan2 nak buat. tak pernah menjadi laaa..

    ReplyDelete
  8. saya pernah buat tp rasa dia mcm pahit2 sikit

    ReplyDelete
  9. Sedapnya.. lama tak buat.. order dengan Dana jelah.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. Yang ni Mrs. A tak pernah jumpa biasa yang beli tu water chestnut tapi makan gitu je dengan kuah rojak mak bee hiks!

    Baharu tahu boleh goreng jadi keropok gitteww...

    ReplyDelete
  11. Boleh tahan gak harga water chestnut ni kan..tapi tu la..buat sendiri kerepek memang sedap..kalau akak masa sagat tu rendam ngan air yang ada garam, lepas tu baru goreng..

    ReplyDelete
  12. Sedap ni. Makan kunyah2 sambil tengok tv best

    ReplyDelete
  13. Akak dulu pernah buat sekali, mkn mmg ralat tapi nak menyagat Tu yg malas 🤭😁

    ReplyDelete
  14. Dari dulu teringin nak buat kerepek ngaku ni tapi itulah bahan utamanya susah sangat nak jumpa. Kalau terjumpa, tak rajin pulak nak membuatnya.

    ReplyDelete
  15. Kerepek ngaku ni mmg x leh smpn lma ye... Lemau.. Ke sye salah step cara goreng ngaku ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...