Monday, December 16, 2019

HUJUNG MINGGU YANG SEJUK

As salam semua kawan-kawan,

Kejap je masa berlalu, dah masuk minggu ke 3 di bulan disember. Esok ada appoinment dengan doktor debar dia macam apa. Doakan semuanya baik-baik je ye kawan-kawan.  Tapi hati ni sebenarnya teruja sebab jumaat insyallah kami nak balik kampung. 

Hujung minggu baru ni, sabtu ahad hujan je. Sabtu dari awal pagi sebelum subuh dah hujan renyai, masa nak masak kat dapur kul7.10 tapi masih nampak mendung lagi. Sampai ke tengahari masih lagi mendung je dan lepas tu hujan renyai sampai ke petang. Sambung lagi hujan malam tu. 

Ahad pagi nampak cerah, siap pergi sarapan lagi tapi lepas sarapan dalam kul10 tu nampak dah mendung, pergi beli barang sampai rumah dah mula gerimis. Tengahari tu mula lah hujan renyai, petang hujan lebat lak. Sejuk je rasa, nak mandi pun rasa malas heheheh



kul 7 lebih selalu dah terang tapi ni mendung je 

dalam kul 1 lebih mula hujan renyai 

kul 3 petang masih lagi renyai je... baju memang tak kering la jawabnya

pagi ahad dalam kul 10 lebih, mendung dah tu

masa ini kul 5 lebih hujan boleh tahan lebat sampai dekat nak malam jugak lebat gini

23 comments:

  1. betul tu dana, 2,3 hari ni hujan je dekat rumah akak pun sama,bab mandi tu memang gigillah sebab takde air panas

    ReplyDelete
  2. sejukkk syok landingggg hehe...pg td nk p keje pn kemalasan

    ReplyDelete
  3. Di kelantan dah abis banjir fasa 1. Skrg kejap hujan, kejap mendung harap2 x banjir lg la musim ni. Dah nak buka sek ni.

    ReplyDelete
  4. tulah Sabtu tu kalau takde wedding nak kena attend rasanya sampai ke petang kot ammi tak mandi ahakssss

    ReplyDelete
  5. ooo ko lik kg minggu ni ye dana.... best2...

    tu laa same kat putrajaya..sabtu tu mmg non stop hujan...mood pun ngantuk ajek wey....

    umah aku kat kg dah naik banjir dah nie.... sungai dah melimpah2 sbb empangan machap terpaksa lepaskan air...mujur umah aku tu area tgi sikit so selamat ...tp tu pun dah sipi2 sbb air kat longkang parit semua dah melimpah....

    ReplyDelete
  6. Sejuk giler kan...nak mandi pun bercinta sebab air paip sejuk..pagi tadi akak bangun subuh nak mandi pun rasa nak menjerit..sejuk macam ada ais dalam baldi tu...

    ReplyDelete
  7. k ARyan Azra- heheh tulah pasal, air panas kat rumah rosak dah... tak dan-dan nak baiki kak oi, redo jelah mandi sejuk2

    MamaTisya- itulah sejuk bebeno pagi tadi, rasa macam nk sambung tidur je

    AbamKie- itulah, harapnya takde dah banjir lagi di kelantan dan negeri lain, nak naik sekolah ni kesian kalau kene banjir lagi

    k Shiela- hehehe itu melampau sangat kak oi sampai petang tak mandi

    LieyaLatif- insyallah nk balik kg lieya, dah lama bebeno tak balik johor. Rumah aku tanah gambut susah sikit nk banjir, tapi kampung sebelah naik air jugakla sebab hujan je kan

    k SA- itulah pasalnya SA, lagi lah kami ddk area bukit nih... berkabus je sana sini sejuk dia lain macam

    ReplyDelete
  8. Musim hujan ini baju memang lambat keringlah.. Yang best kalau dapat bermalas-malasan di atas katil..
    Semoga semuanya baik2 saja ye Dana..

    ReplyDelete
  9. sekarang musim tengkujuh..

    maka tidak hairan memang selalu hujan

    ReplyDelete
  10. akak kat betong dari jumaat sampai ahad. alhamdulillah kat sana cuaca cantik. kalau tak tak boleh la nak jalan jalan.

    ReplyDelete
  11. k Sha- betul tuh, memang kalau banyak baju tak kering ke dobi lah jawabnya

    mrHanafi- ya betul

    IbuLala- bestla tu kak, ikut kawasan jugak kan, ada yang hujan lebat sepanjang hari, kami renyap, ada yang terang panas je

    ReplyDelete
  12. Sabtu bawak anak-anak mandi kat air terjun FRIM kepong, rintik dari kami sampai pukul 9.30 sampai pukul 12.30. Bila rintik mula lebat kelam kabut p salin baju. Lepak rumah adik kat rawang, malam baru gerak balik rumah.. Dari pukul 12.30 tu lebat sampai ke malam la hujan nye..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Sama la seperti di tempat saya, boleh dikatakan setiap hari hujan turun. Biasalah dah masuk musim tengkujuh. Moga tidak berlaku banjir.
    Selamat pulang ke kampung dan menikmati percutian di sana..

    ReplyDelete
  14. Sejuk lain macam sekarang ni hujan turun tak berhenti²..air pun sejuk bebenau sampai ke tulang sejuknya.

    ReplyDelete
  15. musim hujan.kg sye ni hari hari ujan..tak payah pasang kipas pon..sejuk nau

    ReplyDelete
  16. Kat tempat wak baru hari ni tak hujan.
    Tapi air sungai makin naik sebab empangan tasik dibuka.
    Masih banyak kampung dilanda banjir

    ReplyDelete
  17. Weekend baru2 nie memang duduk rumah je . Nak keluar pun malas sebab hujan .

    ReplyDelete
  18. Sejuk.. Tak payah pakai aircond pun dah gigil-gigil.

    ReplyDelete
  19. Mmg sejuk sampai Mandi pun tapak tangan jadi biru.. akak pun dh beberapa Hari jemur baju bawah tangga je dana

    ReplyDelete
  20. OrchidPuteh- tulah pasalnya, kalau dok mandi mandi jugak tu mau kesejukan

    en Abuikhwan- wsalam, itulah sebab sebelum ni panas memanjang je baru je mula hujannya

    Azhafizah- tulah pasal, time nk mandi pagi-pagi nak pergi kerja tu mmg bercinta

    AD- betul tu, kalau boleh layan tv sambil berselimut

    wak WP- harapnya tak berpanjangan banjir di johor ye wak

    Suhana- betul tu bila dah hujan nak keman-mana pun tak berapa best

    Ai- betul, bukak kipas pun slow je sbb sejuk

    k Mamapp- itulah kak, bila dh mula musim hujan, ke dobi jelah utk keringkan baju

    ReplyDelete
  21. melaka pun sejuk, dana.
    dah masuk hari ke 5 dah terasa mcm cameron highlands.
    stroberi coklat jer takde :) hi hi hi...

    ReplyDelete
  22. aah...seminggu ni memang lain macam sejuknya...

    ReplyDelete
  23. Mmg musim hujan sekarang ni. Bangun pagi sejuk! Kalaulah kena pi kerja sure sejuk nak mandi tu hahahhaha..
    Hujan hujan gini bajulah susahnya, dah 3 hari tak kering wei.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...