Monday, December 30, 2019

MAKAN SEDAP DI KAMPUNG JOHOR

As salam semua kawan-kawan,

Balik kampung kali ini, aku tak tau berapa kilo berat aku naik. Aku sangat pasti yang berat aku memang naik banyak, walaupun aku cuba buat senaman, briswalk keliling rumah sampai lah ke rumah nenak aku selang 2 rumah. 

Bila kami balik kampung, memang banyak la permintaan dan macam-macam mak masak. Lepas tu kat kampung panas, dah seminggu tak hujan, kerjanya pi cari aiskrim. Aku pun tumpang lah sekaki, aduhai macamne lah nk kurusnya tuh kan. 


jumaat malam sabtu abah pergi kenduri tahlil, siap ada nasi ambeng lagi... makan ramai-ramai memang best
bagi kami takde istilah geli, makan sesama ahli keluarga kat dulang, makin bertambah mesra, siap main copet lauk lagi

ahad tuh mak masak sambal totok lawan kan dengan jering

mak masak lemak ranti, ikan goreng tambah lak ulam dengan sambal memang mabeles

23hb isnin pagi, ajak mak pi beli sarapan kat kedai walaupun mak dah siap masak nasi goreng, terliur tengok sambal telur kat kedai... beli jugak lah 2 biji

sebab aku jarang beli makan kat kedai tu jadi aku beli lah menu lain, mee kari, mehun sup, nasi lemak dan nasi ayam

penuh meja dengan macam-macam makanan hehehe

kat kampung puas makan mangga, mangga depan rumah pun berbuah, mana yang jiran bagi lagi

23hb menu malam, mak rebus sayur ranti dan lawankan dengan sambal merah... sedap sangat ko

menu sarapan 25hb keladi goreng dan sukun goreng

selain itu di tambah dengan mee rebus beli kat kedai aritu, dia jual mee rebus hari rabu je tau

nasi lemak dengan sambal telur, mantap betul

menu makan tengahari 25hb, mak masakkan pecal... memang layan lah

petang tu kami beli satay kat pasar malam, ini jelah makan malam kami

bila balik kampung memang kami selalu akan masak samyang dan makan sama-sama..... best tau

22 comments:

  1. Bila sesekali balik kampung memang rosak la diet kan...tapi itu la yang seronok..bukan selalu boleh dapat...

    ReplyDelete
  2. bestnya balik kpg. makan ramai ramai tu heaven sgt.

    ReplyDelete
  3. nostalgia betul dulang tu..kalau ada kena simpan ..nnt nak tunjuk generasi anak2

    ReplyDelete
  4. k SA- betul tu SA, rugi kalau diet time balik kampung...

    ibu Lala- betul tu kak, itu yg kejenya makan je

    SUnah- hehehe itulah dik oi, berat pun mencanak-canak naik

    Ummi Nani- memang simpan lagi, kat kampung memang sentiasa ada guna bila ada kenduri

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.. meleelh air liur Sha enngok semua makanan tu terutamanya sukun goreng tu.. Pergh!! Mengancam dan sedap.. sini susah dapat..

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam. Samaaaaaaaaa. Tak kuat nak tahan nafsu sangat. Haha

    ReplyDelete
  7. Waduh2 Dana..
    lepas niat betul ye..
    sayur pucuk meranti rebus lah. jering lah.
    nasi ambeng lahh.. adoiiii..

    ReplyDelete
  8. Wow! Bestnya makan ramai2.
    Copet lauk hehe that's so funny, sebab tu yang saya suka buat dekat adik saya

    ReplyDelete
  9. kalau balik kampung memang rugi kalau diet kann..hihi..kena pulak mak masak yang kita suka..daun ranti mkn dengan sambal merah tu memang best!

    ReplyDelete
  10. Baru nak tanya mana pecel.
    ada rupanya.
    Lain kali boleh buat pecel lele pulak.
    Tempe goreng dengan sambel ketchup pulak takde.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, moga sentiasa di dalam kesihatan yang baik.
    Allahu, Itulah nikmatnya balik kampung. Memang, kalau balik kampung, misi bakar lemak terus fail. tak terdaya nafsu nak menolak apa-apa yang dihidang di depan mata..hehehee.

    ReplyDelete
  12. K Sha- hehehe kat kampung tengok banyak jugak pokok yang berbuah lebat sukun nya

    k Uminazrah- itulah pasalnya

    en Ejulz- hehehe alhamdulillah

    k AzianElias- hehheh itulah kak, memang betul-betul layan habis kak

    Tqa- itulah, tambah akrab gitu hehehe

    cikMatahariku- betul tuh, emak masak apa semua sedap

    wak WP- heheh mestilah ada wak pecel tuh, pecel lele je takde, tempe goreng ada tpi tak sempat amik gambo dah masuk parut baru ingat

    en Abuikhwan- wsalam... itulah, memang ke laut dalam lah misi diet tuh

    ReplyDelete
  13. Alahai semuanya gambar food. hahaha.. kita plak yang naik badan sekali nanti...balik kampung memang best makan.

    ReplyDelete
  14. Memang banyak betul makanan kan, hehe. Itu yang syoknya balik kampung. Makan ramai-ramai memang terasa bestnya. Berat naik takpe, nanti balik rumah boleh diet balik hehe

    ReplyDelete
  15. dana dan makan berpisah tiada haha

    ReplyDelete
  16. Bestnya makan makanan sedap sedap bila balik Johor

    ReplyDelete
  17. Seronok balik kampung dapat makan macam-macam. Memang perut tak sempat nak rehat dan hadam. Kesian perut. tapi apa nak buat, pantang nampak makanan sedap kat kampung

    ReplyDelete
  18. Dana~~~~~~ sedap nya weh! hahaha..ngences kok! yang kalau balik kampung tuh tak sempat nak hadam makanan2 sebelum tuh. Masuk pulak makanan lain. Aduyaiii...

    ReplyDelete
  19. wahhhh!!! banyak makanan sedap. mengoda betul lah. lapar terus perut tgk

    ReplyDelete
  20. Han- hehehe itulah kejenya makan je kalau blik kg

    Nurul Shahira- tulah naik mudah nk turun payah dik oi

    k Sheila- hahahah betul-betul

    Mimie- itulah yg bahaya tuh

    Azhafizah- itulah, rasa menyesal lepas makan tp lepas tu asik cari makanan je

    k NanyFadhly- hahahha itulah kak, tak makan kang nyesal bedal jelah

    ShirVen- hehehe itulah kerja aku bila balik kampung wei

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...