Thursday, December 19, 2019

PHOTO DIARY #41/2019 JAMUAN TAHUNAN KSKK 2019

As salam semua kawan-kawan,

Aku dah teringat hari ini dah jumaat, sebab esok aku nak cuti balik kampung jadi rasa harini macam dah jumaat. Selalu aku balik kampung kan hari sabtu hehehhe.

Semalam pejabat aku ada buat jamuan tahunan kelab sukan, bawak sekali si aiyan. Bendahari kelab kata bawa je, sebab makanan pun memang banyak dan ramai staf yang cuti. Si aiyan mesti lah suka, dia kan suka bila ada majlis gini sebab dia kan jenis peramah. 

Macam tahun lepas setiap staf dapat sehelai tuala, diaorang beli tuala ikea dan jahit nama kelab dan tahun. Makanan ada macam-macam jugak, jom kita tengok apa je gambar yang ada ya. 




ada macam-macam color, aku berkenan hijau atau biru tuh 

menu utama ada, yong tau fu, oden, nasi goreng, spaghetti carbonara dan ayam goreng

bahagian kuih dan manisan, ada pulut sambal, popia goreng, roti jala, kek marbel, koleh kacang, dadih dan bubur chacha

beria dia dengar ucapan dari pengerusi majlis

macam-macam gaya dia... geram nengok
sebab dia pakai baju ungu, dapat tuala sama warna baju... sopan anak bujang ku

masa penyampaian tuala, aku wakilkan dia ambil... siap cium tangan lagi tau

dia gembir lah, sebab katanya dapat hadiah

masa ni ada nyanyi untuk sambutan hari lahir bulan 10,11 dan 12, dia pun sibuk nak nyanyi jugak

semangat dia nyanyi tau, dia tak takut atau segan pun dengan yang lain-lain tu



mama ambil yong tau fu

carbonara ni untuk aiyan siap mintak tambah lagi, tapi lastnya mama yang kene abiskan
aku suruh makan sendiri je carbonara tuh

sedap katanya cuma dia tak tahan dengan lada hitam tu

tuala yang dapat tahun ini

koleh kacang ni sedap tau... memang teringat-ingat hehehe

apam polkadot ni ambil untuk aiyan... 

disebabkan masa lunch dia tak tidur, dek kerana layan jamuan dan makan dia tak tidur... masa balik masuk dalam kereta je tertidur, patutla senyap je sampai ke rumah

19 comments:

  1. Ni tengahari ni Dana.....Perut masih kenyang tapi nafsu tak tahan tengok gambo makanan hahhaha....
    Seronokkan makan makan kat ofis mcm ni...terbayang masa kerja dulu

    ReplyDelete
  2. bestnya makan2 kat ofis..
    kat tmpt keje sy ni time sklh ade la mkn2..
    time cuti sklh mkn sorg2.. haha..

    sopan sngguh aiyan siap salam cium tgn..
    bagusss.. hehe

    ReplyDelete
  3. Haha aiyan makan smp tertido kekenyangan...semua makanan nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kole kacang tu.. Esok nak gi cari jugalah..

    ReplyDelete
  5. k Hainom- heheheh akak dah siap masak ke belum? ke dh sudah makan dah

    Ezy- heheh yelah kan time cuti ni mesti sunyi kan, akak mula-mula ingat korang cuti jugak macam cikgu-cikgu tuh

    k Kamsiah- tulah kak, ikutkan napsu semua nak... tapi tulah makan sikit-sikit

    k Sha- itulah bila lama tak makan, mmg layan, dpt lak yang sedap n kene dengan selera lg best

    ReplyDelete
  6. alahai, so cute lah anak kak dana. Tapi, lebih tertarik dengan makanan heheheh :p

    ReplyDelete
  7. pulut sambal yg dalam plastik tu kan... memanggil2 je tu.

    ReplyDelete
  8. perghhhh berpinau mata tengok makanan ni semua, hehe. rambang mata kalau kena pilih sebab tak tau nak makan yg mana dulu. haha

    ReplyDelete
  9. Mekar- hehehe makanan itu memang menggoda kan

    k Shiela- hehehe memang sedap cuma masin sikit kat sambal udang tuh

    k UmiNazrah- hehehe itulah, dana pilih makan sikit-sikit je mana yang teringin

    ReplyDelete
  10. hujan hujan ni tengok gambar makanan automatik jadi lapaq :/

    ReplyDelete
  11. best nya mkn2 kat office camni. masa office lama selalu buat sebab gerai tuk order mknan sebelah je, ni sejak office baru belum lagi. taktau nak order mana. kedai sini semua mahal2, kedai lama yg selalu oder tu pula dah terbakar

    ReplyDelete
  12. SUKANYA AIYAN DAPAT HADIAH..SEDAP SEMUA MAKANAN DISEDIA

    ReplyDelete
  13. kemain dia ye.. kecik2 dah keje opis. hehehehe

    ReplyDelete
  14. Memang banyak betul pilihan makanan. Berpinau mata pilih nak makan mana satu dulu hehe. Office sha jarang buat makan-makan sebab orangnya sikit sangat 😅

    ReplyDelete
  15. Macam2 makanan tersedia
    tapi tempe goreng cicah sambal kicap takde ke

    ReplyDelete
  16. Wahhh , banyak menu . Memang balik boleh gantung kuali la . Eh tak boleh jugak kak dana dengan aiyan je yang kenyang ,si bapak kat rumah tu lapor . Hehehehe . . A'ah saya pun bekenan towel warna hijo dengan biru tu . Menarik dan jarang-jarang tengok orang pakai towel warna tu .

    So aiyan bayar balik waktu tidur tengah hari tadi tu . Hahahhaa

    ReplyDelete
  17. seronok gaya port luck mcm ni..perut sampai nak pecah

    ReplyDelete
  18. Sesekali layan pot luck macam ni memang best...amboi seronok betul ayyan erk..

    ReplyDelete
  19. lamanya tak makan kuih koleh kacang tu. sedapnya lah..jarang orang jual dah kan

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...