Tuesday, November 29, 2022

SAMBUTAN HARI KELUARGA DAN HARI LAHIR PPKI SKPD

 Assalamualaikum semua,

Hari sabtu 26 November 2022 Aiyan ada majlis sambutan Hari Keluarga dan Hari Lahir PPKI di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seawal pukul 7 pagi dah berkumpul untuk daftar masuk di Taman Tasik, majlis mula awal supaya tak panas sangat. Malam sebelum tu Edy turut serta tolong cikgu dan ibu bapa lain untuk buat persiapan khemah, susun kerusi dan belon. Untuk buat majlis ini pihak PPKI berhubung dengan pihak DBKL untuk sewa tapak, khemah dan kerusi. Tahun-tahun sebelum ini mereka buat majlis di hotel sekitar Kuala Lumpur tapi lepas covid semua dah mahal itu yang buat di tempat terbuka gini. 

Majlis ini kerjasama ibu bapa dan cikgu-cikgu dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semua seronok dan majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Aku dan Edy jadi AJK Kebersihan dan keselamatan jadi sebelum balik memang kene bersihkan tempat itu, semua yang hadir memang sangat beri kerjasama takde yang buang sampah merata. Semua buang sampah di plastik hitam yang disediakan, habis acara para bapa bekerjasama susun kerusi di bawah kemah, sapu sampah dan letak plastik hitam sampah ditempat yang disediakan. Datang bersih pergi pun kena bersih juga kan. 


Tentatif program

antara yang sampai awal, lepas daftar duduk dulu 

Matahari belum muncu lagi masa ni

bersiap sedia untuk berzumba

saja aku suruh Aiyan dekat depan biar dia sakan berzumba

lepas berzumba ada pemilihan kumpulan untuk aktiviti sukaneka

berkumpul untuk bergambar masa ni
ambil gambar ramai-ramai


ada booth untuk bergambar, apa lagi


masa ni Aiyan dah mula buat muka... 



bergambar dengan encik badut

bergambar dekat belon cantik dulu

dah mula panas walaupun baru pukul 9 lebih




potong kek hari lahit

dapat hadiah cabutan bertuah

dia gembira lah masa ni dapat hadiah

baju untuk aktiviti luar


kawan baik dekat kelas, bergambar dulu

papa ada masuk sukaneka juga, baling selipar


kumpulan papa dapat tempat kedua, dapat la botol air

17 comments:

  1. seronoknya ada aktiviti2 mcm ni...bagus!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PPKI selalunya memang banyak program kak, baru mereka seronok belajar

      Delete
  2. Replies
    1. Ye ramai, dari darjah 1 sampai 6. Tak semua ikut tapi boleh tahan la hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. alhamdulillah kak selalunya ibu bapa memang beri sambutan untuk majlis gini

      Delete
  4. parents semua bagi kerjasama seronok...
    cantik meriah colourful aiyan dapat cabutan bertuah hadiah apa tu cute je nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak, mak pak yang ada anak istimewa ni memang kena participate untuk banyak program gini, untuk anak-anak kita juga kan. Tak buka lagi isinya apa kak heheheh

      Delete
  5. Cantik reka tulisan pada T-shirt.
    Alhamdulillah kerja sama ibubapa dapat dilihat dalam gambar. Tahniah Dana dan suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak, itulah ibu bapa kene bg sokongan lebih untuk anak yang istimewa ni kak

      Delete
  6. seronoknya, ramai juga ye
    salam perkenalan dari saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ramai juga ibu bapa yang turut serta

      Delete
  7. seronok akak tengok kemeriahan dan skongan ibubapa, guru dan semua

    ReplyDelete
  8. boleh beramah mesra dengan parents lain kan

    ReplyDelete
  9. Pengisian masa dengan aktiviti yang memberi faedah. Bagus kan Dana.

    ReplyDelete
  10. Meriah betul sambutan..nampak Ayyan happy sangat tu

    ReplyDelete
  11. Bila parents bai kerjasama barulah seronok kan Dana.. Meriah betul aktivitinya..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...