Tuesday, November 1, 2022

KFC SPICY SMOKEY CRUNCH

 Assalamualaikum semua,

Beberapa hari lepas asyik la ternampak orang makan menu kfc yang baru, nampak menggoda ayam gorengnya. Jadi semalam mintak Edy belanja lah kfc sebab dia dah gaji kan. Macam biasa lah memang aku yang selalu suka cuba menu baru kfc atau mcD, dia pulak selalu akan ambil menu biasa je. Sejenis susah nak makan yang pelik-pelik Edy tu. Memang kurang adventure sikit dia tu, yelah belut pun tak makan, urat keting lembu tak makan, babat ke apa memang tak makan. 

Bagi aku ayam spicy smokey crunch ni memang sedap, terasa lah dia punya rempah tu yang pedas, bersalai, manis masin ada. Rempah dia tu kena bagi aku, ayam pun agak besar dah tak saiz anak ayam macam sebelum ini. Cuma itulah masalah takde ais memang kadang buat geram jugak, dan cheesy wedges pun asyik takde stok.

Edy beli 3 ketul sebab dia nak rasa jugak 1 ketul

nak cheesy wedges tapi ada ini je

Edy dulu kini dan selamanya akan ambil ayam spicy

tanpa ais, tak sejuk letak la ais sendiri kat rumah


merah menyala




19 comments:

  1. ingatkan husband saya je jenis yang tak berani nak cuba makanan baru,memang dia akan mkn apa yang biasa dia makan je..
    dah lama xmakan KFC lps dikecewakan dgn ayam kecik&tak ada coleslaw,tgk Dana dan Kak Amie di LD makan rasa macam terliur plk

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma kak Amie lagi best ada ais dan cheesy wedges, dekat sini ikut tempat kot kak... ada cawangan takde coleslaw ada yg ada. Tapi ayam baru ni bg dana ok sedap, boleh ulang lagi

      Delete
    2. Ya ampun! Tiba-tiba Kak Amie nak order lagi spicy smoky crunch ni... sedap!

      Delete
    3. amboi dia, teringat-ingat ye kak nanti dah takde rindu lak kita ye

      Delete
  2. Merah menyala nampak pedas sangat.
    Hehe aispun tiada. Aduh. Sabar sahajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. merah menyala rempah dia tu kak, tapi tak pedas mcm ayam mcd triple spicy tu kak, masih ok lagi bagi dana. Tapi kalau akak jenis tak kuat pedas memang terasa jugak

      Delete
  3. Tak baik tau..tadi kat FB..Ni kat sini plak akak baca...nasib hari ni bawak bekal

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh alah selalu akak goda makanan macam2, dahla opis akak tu mcm2 makanan ada lagi best tau

      Delete
  4. pedas tak.. nampak mcm salut dia tu mcm ayak mekdi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rasa pedas kak tapi tak sepedas ayam mcd tu.

      Delete
  5. Kalau kak Dana dah cakap sedap, maknanya sedap lah tu. Okay nak cuba jugaklah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Fizah. Ni dah plan dan beli lagi hihihiii...terasa-rasa dah kat lidah...yummy!

      Delete
    2. bagi akak rasa dia sedap, ada pds manis sikit layan lah dari yg biasa, nanti cuba tau

      Delete
    3. kak Amie la punya pasal buat akak terliur dok menayang je

      Delete
    4. hahahaaa.... jangkit-menjangkit pulak dah ye Dana

      Delete
  6. eddy tu samala mcm wak nih, selalu order snack plate spicy je., tapi kat indon susah oo nk cari snack plate camtu., siap pakej nasi lagi., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh gengla kalau jumpa wak, kalau dekat sana snack plate spicy sedap tak? Coselaw ngn kentang putar ada tak? Okla tu ada nasi kenyang wak

      Delete
  7. ammi kalau nak makan kfc tak suka pegi kat outlet yg dalam kawasan rumah...ayam selalu tak semenggah, ini takde itu takde...tempat lain elok je ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas nak pergi kat cawangan yg besar kt wangsa maju nun beli la yg dekat rumah sikit tp itulah... ais pun takde camno

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...